TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, December 28, 2012

Happy 1st Birthday, Ayesha!

Dear Ayesha,

Today is your birthday. Happy first birthday, Sayang. Mama dan Abah nak awak tahu yang kami sayang awak sangat sangat tau! :)

*******

Pejam celik  pejam celik, dah genap setahun my baby girl, Ayesha. Rasa macam baru je lahirkan dia. Dah besar dah anak Mama. Dah boleh mula pikirin for 2nd baby nih. Haha! Gelenya mung ni Che Pah! Kahkah!

Oleh sebab harini terpaksa bekerja juga, so, last Wednesday, we have a great small advanced birthday party for her. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Kek angry bird. Comel tak? I did it myself...
..
..
..
krik..krik..krik..(siap bunyi cengkerik lagi)
Ok..ok..tipu je. Mana sempat nak buat sendiri plus tak reti. Haha! Beli je ni.
 Yang kelakar, habis merah-merah gigi semua yang makan kek ni. Hihi..

Pantang ade je benda kat kepala, terus nak cabut buang. Alahai..birthday girl ni ..

Tengok ni, ramai tau kawan-kawan Ayesha datang. hehe..
"Saya dapat hadiah hp tau! Blakberryt tuuuu..."  :D

Ini hasil kerja Abah Ayesha la ni. Pancar kat TV. Siap berbackgroundkan lagu happy birthday lagi. Haa, kan tak payah nak buat banner2 bagai. Boleh terus edit. Clever boy!

Macam senyum sinis saje. Hehhe..








We love you more than words could ever express, Ayesha.  Thank you for an amazing first year.  I am looking forward to an incredible life together.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..

Love,
Abah and Mama




Sunday, October 14, 2012

Sibuk je..



Ha, Mama Ayesha pandai tau main piano. Boleh teka lagu apa saya main tu? Dapat tak irama tu? Kahkah! Lagu Sepohon Kayu tau..

Orang nak tunjuk bakat, dia pun sibuk nak tunjuk bakat jugak. Macam tu la kalau dia main. Ganas! Dia hempas-hempas piano tu sampai bateri terkeluar, pastu, bateri tu dia masuk mulut. Pastu, kalau dia tak dapat benda yang dia nak, dia akan hantuk kepala atau gigit apa saja yang ada dekat dengan dia. Contoh dalam video ni, meja yang paling dekat, meja la dia gigit. Nak tunjuk tanda protes tak dapat barang yang dia nak. Kahkah! Kelakar betul anak bertuah Mama ni.

"Ayesha sayang..sopan santun sikit. Awak tu gegel.."

Monday, October 8, 2012

[VIDEO]: Mari Berdansa Bersama Ayesha!

Haa, jangan tak tahu. Ayesha dah pandai dancing sekarang tau. Pantang dengar music je, terus hayun-hayun badan dia. Tak sure kategori menari ke tak nih. Makin rancak lagu, makin kuat dia hayun badan dia. Tak percaya tengok ni..



 
Kan..? I've told you! Haha! Comel anak Mama nih.

Oh..how time flies..dah 9 bulan lebih dah dia sekarang. Setiap hari, ade je benda baru dia buat. Explore lah banyak banyak nak ye.

Sekarang dah tak sempat nak update benda benda baru pasal Anak. Kerja kat office memang banyak sangat. Stress lah. Kalau dah nama stress nih, memang susu drop ah. Makin nak habis kontrak, makin banyak pulak kerja. Hmm..takpelah, biasalah, dah nama kerja kan.

Tuesday, September 25, 2012

Homemade baby rusk for my angel Ayesha :)





Konon-konon nak buat biskut untuk si manja saya tu.. Selagi mampu, buat sajelah. Konon-konon homemade lah kenn.

Dapat info cara buat baby rusk dari Group HSFFYB kat FB, so nak try buat lah. Alahai...senang sangat kot. Bakar saje. Pakai roti Gardenia kosong tu aje. Lagipun yang tu aje lemak manis disukai ramai kan? Okay, first step, buangkan tepi roti tu. Oleh disebabkan saya takde pon cookies cutter-yang-super-duper-cute macam Kak Farah Rahim tu, so, kiter pakai cutter yang dok ada kat dapur tu je la ye..iaitu pisau biasa tu la.. hehe. then potong kecik-kecik macam stick (as picture above). Saya buat panjang panjang macam tu supaya senang nak bagi Ayesha pegang. Lagi best kalau sapu unsalted butter kat roti. Last skali, bakar roti dalam oven 170C selama 30 minit.

Saya hanya ade microwave oven saje kat rumah. So, bila saya bakar, memang takde nampak hitam hitam kesan bakar pon. Macam gambar kat atas tu, macam tu la rupa sebelum dan selepas bakar. Memang roti tu jadi keras dan rapuh. Okay untuk baby.

Petang semalam, tersinggah kedai nak beli periuk untuk buat bingka. Ternampak cookies cutter yang cute-cute.  Dah jumpa pun. So bakar lagi......Taraa...!



 Ni la cookies cutter tu.. Tekap saje. Dapat la 3 bentuk. Lebihan roti tu, boleh cicah kopi. Heheh..

Comelkan???


Tengok la anak dara I ni makan. Berseleranya! Tak pernah beli baby chair, so, memang merata la dia makan.. Atas meja di ruang tamu pun jadilah. Heheh..Memang agak messy sebab roti ni sangat rapuh. Macam roti yang kita  bakar dalam toaster tu la. Actually, first time ajar dia makan sendiri. Maybe tak pandai lagi nak makan macam mana. Mula-mula bagi roti ni, dia genggam sampai pecah. Then, patah patahkan jadi kecil, pastu, baru dia makan. Ingatkan dia nak hisap gitu saje. Hmm..makan la Sayang cara macam mana pun, asalkan Sayang selesa. hehehe..

"Yummy Mama!! Beshhh!"

"Saya takde gigi lagi, nak kena gigit lumat lumat dengan gusi je"



"Mama...tengok ni, dah habish!"

Tuesday, September 18, 2012