TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, March 28, 2012

Happy Besday!

Happy 3 months old my lovely Ayesha..!!!


Tuesday, March 27, 2012

Nasi Goreng Ala La La La Tok

Malam tadi Suami nak makan nasi goreng. So, saya buatkan. Saya masak, Suami jaga Anak.


Tapi kelihatan poyo nasi goreng ni kan? Poyo sebab buat bentuk mangkuk dan siap ada hiasan bawang goreng bagai. Suami gelak je. Dia kata macam kat kedai ni. Kahkah! Ala, kasi can lah weh. Sekali sekala nak buat special sikit untuk tersayang, apa salahnya kan?

Resipi? Alah, takkan resipi nasi goreng pun nak kena bagi? Takyah la ek. Lagipun, bukan apa, sebab saya masak main campak je. Ikut selera kat mulut tuan badan je. Hehe...

Cuma nak sharing la. Mungkin ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Tapi, saya memang tak tahu. Hehe. Dulu, saya tercari-cari resipi nasi goreng ala Siam. Kan kalau kita makan nasi goreng kat kedai, tukang masaknya orang Thailand, ada satu bahan dia guna, memang jadi sedap nasi goreng tu. Mak mertua kata diorang letak ajinomoto banyak sebab tu jadi sedap. Ok, yang mungkin betul. Tapi, saya nak cari juga kot kot ade bahan yang saya tak tahu kan. Rupa-rupanya diorang letak sos ikan. Masa duk kat Nilai dulu, susah juga nak cari macam mana rupa sos ikan ni kan. Saya cari memang takde. Balik kelantan, baru lah jumpa. Hehe..

Bila saya rasa sos ikan ni, macam pernah rasa je. Saya pon mengkaji mana datangnya sos ikan ni. Actually dari budu jugak, patutlah banyak sos ikan kat Kelantan. Kan kalau kita biarkan sekejap botol tu tanpa digoncang, akan terbentuk dua lapisan. Lapisan bawah pati ikan, lapisan atas macam air warna merah+coklat skit. Yang lapisan air tu la adalah sos ikan. Memang sedap untuk digunakan dalam pelbagai masakan. Buat goreng sayur ke, ikan masak stim ke, dan macam macam lah. Try lah.

Monday, March 26, 2012

Meniarap


Sejak dalam pantang lagi, Ayesha suka tidur meniarap. Bukan dia yang suka, tapi saya yang letak macam tu. Bukan apa, macam kesian je tiap kali tengok dia tidur terlentang, selalu terkejut-kejut lepastu, menangis dengan kuat sampai kita pon rasa takut sebab ingat kena gangguan ke apa. Lagipun, bila dia tidur macam tu, dia tidur lama sikit dan perut pun kurang kembung. Bila dah tidur lama, mood dia pun happy. Bila anak happy, mak pon happy la. :). Tapi, agak merisaukan juga bila Ayesha sampaikan langsung TAK BOLEH NAK TIDUR TERLENTANG. Letak je terlentang bila dia tertidur, tak sampai 5 minit tidurnya. Terus terjaga. Bila bawak berjalan rumah saudara mara, semua pelik tengok Ayesha tidur macam tu. Agak tersentap bila ada yang cakap, 

“Kenapa bagi tidur macam tu, nanti anak orang lain molek comel je, anak kita jadi hodoh”. 

Sedihhhhhhhhhh kot cakap macam tu! Hati ibu mana yang tak terasa :’(

Even dalam stroller pon, kami terpaksa meniarapkan dia. Kalau orang tengok, macam ibubapa yang kejam pula. T_T. Maybe sebab dah ajar tidur macam tu dari kecik kot. Tapi kan, bila dia tidur meniarap, saya nampak Ayesha boleh angkat kepala sendiri agak cepat even baru beberapa hari. Dia boleh alih sendiri kepala ke kiri dan ke kanan masa tidur.

Bila orang tanya Ayesha dah boleh meniarap ke belum, saya tak tahu nak jawab macam mana. Ayesha memang selalu meniarap je. Hahha! Mungkin kena jawab Ayesha dah melentang kot pulak. Hehhe..Atau sebab tu Ayesha lambat meniarap? Rasa bersalah menyelubungi diri lagi T_T. Tapi, Alhamdulillah, sekarang Ayesha dah pandai tidur terlentang. Kena ajar ajar sikit. Nasib baik dia nak. So, takde lah kami risau lagi. :)

Sekarang, saya perasan, dia suka dok mengiring. Saya bagitau pengasuh, rupa-rupanya, Mama dia yang lambat tahu. wuu! Ayesha dah boleh meniarap Khamis lepas. Yeay! OOoo..depan Mama dan Abah tak pulak Ayesha tunjuk aksi ye. Nak kena ni..

Seronok betul bila dapat tahu setiap perkembangan anak kan? Ayesha sekarang dah boleh gelak tau! Kalau gomol gomol dia, dia boleh gelak. Tapi, tak selalu la dia tunjuk. Baru 2,3 kali. Ikut mood kot. Amboi, kecik-kecik dah ade mood ek. Tak sabar nak tengok dia meniarap, pastu merangkak,  pastu bercakap, berjalan, sekolah, kawin eh eh, dah jauh sangat tu. Patut pikir adik Ayesha dulu. Terskip tadi. Kahkah!

Tak best la entry kalau tak letak gambar kan?

Kalau dah buat muka garang macam tu, maka terserlahlah kelabuhan pipi tu.
Nape pipi Sayang Mama ni labuh sangat??! Kemam susu kat pipi ke?Hehhe..




Sunday, March 25, 2012

EBM handle with care :)

This article, saya dapat dari Kumpulan Ibu Menyusu dalam facebook. So, for mommies out there, boleh la nak rujuk cara pengendalian Expressed Breastmilk (EBM) ni. Sama-sama kita belajar yea!

**************************************

1. Sentiasa simpan susu di dalam fridge sebelum diminum. Simpan di bahagian /rak teratas (bukan freezer) dan paling dalam (bukan di pintu). Ini bagi mengawal suhu susu supaya sentiasa sejuk. Tidak sesuai di simpan di bahagian paling luar fridge / dekat dengan pintu / di rak di pintu kerana kekerapan membuka fridge akan merubah suhu susu / suhu tidak stabil. (Alamak, selalu jugak simpan dekat dengan pintu bawah tu sebab peti bahagian dalam penuh. Lepas ni dah tak boleh buat macam tu dah..(-_-"))

2. Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat / mendidih) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu /menghilangkan / membunuh antibody dan nutrients yang terkandung di dalam susu. Air suam-suam panas adalah melalui nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.

3. Apabila susu telah sekali dipanaskan, susu tidak boleh dimasukkan semula ke dalam fridge. Susu yang telah dipanaskan boleh tahan di dalam suhu bilik selama 2 jam jika baby belum minum / sentuh mulutnya di puting botol. Jika baby telah minum sikit tetapi tidak habis, susu boleh tahan 1 jam dari masa selepas dipanaskan. Baki susu yang melepasi masa harus dibuang. Susu yang telah dipanaskan sekali tidak perlu / boleh dipanaskan semula.

4. Susu dari botol-botol (bernombor) yang berlainan hanya boleh dicampurkan / disatukan hanya jika suhu susu di dalam botol-botol tersebut adalah sama. Contohnya jika ingin mencampurkan susu di dalam botol nombor 1 dengan susu di dalam botol nombor 2, pastikan suhu susu adalah sama. Contohnya kedua-dua botol nombor 1 dan nombor 2 sama-sama di dalam fridge atau sama-sama telah keluar dari fridge. Tidak boleh mencampurkan susu dari botol nombor 1 yang telah lama di keluarkan dari fridge dengan susu di dalam botol nombor 2 yang baru di keluarkan dari fridge - perbezaan suhu.

5. Turutan nombor di botol susu harus diikuti agar susu yang tidak disentuhi langsung (di dalam fridge) boleh disimpan / dibekukan untuk kegunaan masa akan datang. Kebiasaannya botol yang bernombor awal seperti 1, 2 dan 3 adalah stok susu beku (dari freezer) yang dicairkan dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam dari masa ianya cair. Jika susu ini tidak dihabiskan dan melepasi 24 jam, ianya haruslah dibuang, tidak boleh disimpan semula kerana telah luput. Manakala botol yang bernombor kemudian seperti 4, 5 dan 6 pada kebiasaannya adalah stok susu baru diperah (fresh) / chilled. (EBM tak sempat nak guna banyak pun lagi sebab Ayesha tak banyak sangat minum. So, bagi chilled EBM je. Tapi, tak boleh juga kan? Takut expired plak susu dalam deep freezer tu..)

6. Susu ibu mempunyai sel hidup dan kerana itu kawalan suhu sangat penting dalam mengendalikan susu ibu supaya segala nutrients di dalamnya terpelihara dan sampai ke baby.

7. Susu ibu jugak tidak boleh digoncang dengan kuat. Boleh digoyangkan botolnya dengan lembut (gentle swirl) untuk mencampurkan / melarutkan lemak yang terpisah. (kadang-kadang tergoncang kuat gak sebab sayang lemak lemak di dinding botol..tak bagus ni..lepas ni tak boleh buat dah)


DAYA KETAHANAN SUSU

a) Suhu bilik : 15 degrees, boleh tahan 24 jam
b) Suhu bilik : 19 degrees-22 degrees, boleh tahan 10 jam
c) Suhu bilik : 25 degrees, boleh tahan 4-5 jam
d) Dalam peti sejuk 2 pintu (fridge) : 0-4 degrees, boleh tahan 7-8hari (2 hari paling bagus untuk elak serapan  bau makanan lain)
e) Dalam freezer(bagi peti sejukjenis satu pintu) : boleh tahan 2 minggu
f) Dalam freezer(bagi peti sejuk 2/3 pintu) : boleh tahan 3-4 bulan
g) Deep freezer with constant temperature : -19 degrees, boleh tahan 6 bulan ++
h) Cooler bags/ box bersama icepacks : 0-4 degrees, boleh tahan 12-24 jam (bergantung kepada bilangan icepacks)


Okay, ini dalam bentuk gambarajah, senang nak faham sikit kan?



Tengok tu, betapa kayanya khasiat susu ibu berbanding susu formula kan?

ISTILAH-ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

- EBM = Expressed Breast Milk
- Fresh EBM = Susu yang baru diperah
- Chilled EBM = Susu yang sudah diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan (lemak akan terapung).
- Frozen EBM = Susu yang disimpan di dalam tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

• bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
• bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
• breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
• bekas dadih - ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
• Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
• Kuantiti susu yang diperah
• Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran jika anda memberi minum dari bekas penyimpanan tersebut.

TIPS DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
• Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
• Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
• Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
• Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

Kalau EBM yang dalam plastik ikat2 macam ni? Macam mana eden nak susun, nak guna yang paling lama ek? Jenuih pikir dah. Dalam plastik merah tu saya asingkan ikut bulan. Macam ni je cara paling senang nak cari. Hehe..



JANGAN BUAT!!! JANGAN BUAT!!!

• JANGAN simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
• JANGAN penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
• JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
• JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
• JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
• Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
• Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kena pandai budget supaya tak membazir.



Thursday, March 22, 2012

I'm getting older..


Lately kenapa aku asyik lupa? Sedih semalam tak habis lagi ni. How come boleh lupa nak simpan susu yang dipam sampai 2 kali hilang kat office sebab nak pergi pam kat bilik meeting sebanyak 10oz TAK DISIMPAN DALAM FRIDGE kat rumah?! Gara-gara excited sangat nak buat surprise besday untuk Suami sampai lupa langsung pasal susu. Masa pam, bukan main lagi sayang, setitik pon berkira tau. Nak transfer susu dari botol pam ke bottle storage, berhati-hati sebab taknak kasi tumpah walau setitik pun. Aduinye pon.

Last week pon sama. Ambik susu yang lebih dari babysitter 2oz x 3botol lupa nak simpan jugak.  Alih-alih masam macam tu je dalam bag Ayesha. 6oz tu....Sedih kan? Menangis masa nak buang susu yang dah masam tu. Sedih tak terhingga. Biarlah..anggap takde rezeki untuk Ayesha. Ada hikmah disebalik kejadian kan. Mana tau, mungkin rezeki Ayesha lebih murah lepas ni. :')

Minum susu Mama banyak-banyak ye Sayang..
Biar sihat dan kuat.
 Mama loves you Sayang..

Wednesday, March 21, 2012

Abah's Day!

Terjaga dari tidur kol 4.00 pagi. Rasa sarat terus pergi pam. Selesai pam, Allah! Birthday Suami. Saya tertidur awal sangat malam tu. Lepas maghrib seingatku. Kusiapkan dulu keperluanku untuk ke office. Iron baju, prepare pum kits, bekalan susu dan baju Ayesha. Begitulah rutinku setiap awal pagi. Setelah selesai segalanya, saya menyelinap masuk ke bilik tidur. Bahagia melihat 2 cintaku sedang nyenyak tidur. Perlahan-lahan saya mendekati Suami supaya Ayesha tidak terkejut dengan kehadiranku. Suami terjaga dari tidur. Kubisikkan ke telinga Suami  sambil mengucup pipinya, "Happy Birthday Sayang..sorry, Sayang tertidur awal semalam". "Terima kasih Sayang..takpe..." balasnya sambil tersenyum air liur basi. Haha! "Hadiah Abang, kat sebelah Sayang ni" sambungku sambil melihat Ayesha. "Comelnya..thanks Sayang.." balasnya lembut.


**************************


20 Mac adalah besday Suami. So, haruslah menyambutnya. Hehe. Ingat nak buat surprise nak bake sendiri kek untuk Suami. Taaaapi, adalah menjadi ketidaklogikkan memandangkan sekarang ni, nak pergi mana-mana pun Suami yang bawa. Takkan nak beli bahan buat kek ajak Suami juga? Dah sah sah kantoi. Adakah itu dipanggil SURPRISE? Hhaha.. So, terpaksa lah menggunakan khidmat pertolongan adik-adik untuk menempah kek. Itu sahaja mampu dibuat. huhu..Actually dah boring kot. Setiap kali birthday, sape sape lah, asyik kek Secret Recipe je. Tapi, tak boleh nak buat apa, kek tu je yang sedap kot. Nak nak kat Kelate ni, agak susah untuk mencari kek yang boleh dimakan. Tak pasti sebab memang tak ada ke ataupun saya yang tak cari. hehe..


So, semalam bergegas juga lah, balik kerja, ambik Ayesha dari rumah pengasuh dan solat Asar. Nasib baik rumah pengasuh depan rumah je. Hehe. Lepas solat, terus pergi dapur, pasang lilin, dannnn SURPRISEEEEE! Ok, malas nak cerita panjang sebab tu je la yang berlaku. haha..Tapi, agak best lah sebab Suami pun tak tahu ade kek. Ingat takde apa. Ok la tu, kira menjadi la surprise saya ni. HAHAHH! Sorry Abang, Sayang tak romantik pon. Kehkeh! Dah la tidur awal semalam, tak sempat nak tunggu 12am nak wish birthday. 

Kek and donut je sebagai hidangan.. hehe..

mmmm...tengok je la orang makan si pipi labuh! Awak tu kecik lagi..

Abah malu-malu kucing nak tiup lilin. Terkejut dengan surprise tak habis lagi. Hehe..
Berkerut-kerut kening anak Mama sorang nih. Sama kening Abah dia...

My family. Papa tak sempat nak senyum pun. Hehe..

Masa ni Ayesha dah nak mengamuk-ngamuk. Lapar susu kot. Mana aci dok tengok orang makan je kan. Ayesha kan kan.


Buat suamiku...
Insan yang aku cinta dan sayang....sangat!
Sayang memohon agar kehidupan Abang sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Harapan dan impian Sayang, agar Sayang mampu untuk membuat Abang tersenyum dan tertawa saat kita meniti usia bersama.
Moga Allah bekalkan Sayang kekuatan untuk memberi ketenangan di hati Abang walaupun ketika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih Abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku.... :')

Friday, March 16, 2012

Apam Polkadot - First trial



Haa gelak la habis habis. 
Wuuuu.. (T___T)

Pasal ape ntah apam saya jadi leper macam ni. Leper je. Kembang naik tu okay dah cuma naik secara leper. Kah kah kah! Saya pon nak tergelak tengok apam sendiri ni. Rasa dah sedap cuma tak comei.. Mula-mula salahkan paper cup lembik. Sampai jadi jatuh macam tu. Ye lah, sebab papercup brand Giant. Rupa-rupanya tidak. Baru tau papercup tu kena letak dalam sarang ek? Haha! MEMANG SAYA TAK PERNAH TAHU. Yang tak tahan, Suami tahu, dia tak cakap pun dengan saya. Stress tau masa buat apam ni. Dah la adunan banyakkkkkk. Dengan Ayesha taknak tidur, asyik merengek je, dengan apam tak jadi nya, rasa nak buang je adunan. Malas nak sambung. 

Bila dah rasa tak larat sangat tu, begini lah jadinya...............


JADILAH APAM POLKADOT BESAR PUNYAAAA! HAHAHAH!

Start kol 4 petang, konon nak buat minum petang. Last-last kol 8 malam baru siap. MINUM MALAM JADINYA..!

Namun begitu, jiwa nak buat apam polkadot tak pernah luntur. Nak try buat lagi sampai jadi cantik comel. Mama pun dah tempah untuk buat apam polkadot ni untuk majlis PIBG minggu depan untuk 300 orang. Kalau 300 orang, takkan sebiji sorang kan? Mesti lah 2-3 biji sorang kan. Dekat 1000 biji la nak buat. Larat ke aku ni??? Tengok la macam mana. hihi..

p/s: Resipi ambik kat sini.

Sunday, March 11, 2012

Heavy Dinner




Suami nak makan bihun malam ni. Terlebih masak sudah. Rosak diet aku!

Saturday, March 10, 2012

Puding Roti Kukus




Lepas tidurkan Ayesha, saya ke dapur. Rasa nak masak something. Kulihat banyak lagi roti gardenia yang tak habis. Yang size besar pula tu. Tarikh luput harini. Baru makan beberapa keping kot. Terus ligat berpikir nak buat apa dengan roti tu. Kubuka laptop dan google resipi untuk buat puding roti. Alaa..kena bakar ke? Kat rumah Mama takde oven. Ada orang buat style kukus tak? Oh, rupa rupanya ada. Yes! Ok, bahan-bahan pun semua dah sediada, so, mari kita buat puding roti kukus. Resipi guna 4 keping roti je. Macam sikit je kan? So, saya ubah sedikit, guna 8 keping roti.

Bahan-bahan:

8 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 1/2 tin susu cair
3 biji telur
6 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Butter
Sedikit kismis

Cara-cara:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Saya makan panas-panas pun sedap juge. hehhe..



Mengancam bukan? Senang rupanya nak buat puding roti ni. Ha, nanti, kalau tak tau nak buat apa dengan roti yang tak habis makan tu, boleh lah cuba resipi ni okay! Resipi di atas telah diubah ikut citarasa saya sendiri. Rasa ngam ngam. Tak manis dan tawar sangat. Best! Sedap sangat. Suami pon suka. Tapi, kalau nak lagi best, masa susun roti tu, boleh tabur kismis skali. Lagi best kot.! Cuba lah! :)

Thursday, March 8, 2012

2 months old checkup


Actually dah terlepas tarikh seminggu. Terlupa plak Ayesha ada checkup 26 Feb lepas. Mati mati ingat 29hb. 26hb tu plak, saya on the way balik ke Kota Bharu from KL. Nasib baik dapat tarikh baru tanpa dengar bebelan nurse, Ahad lepas. Setiap kali nak bawak Ayesha pergi injection, setiap kali itulah hati rasa tak tenang, rasa sayu. Tak boleh la tengok my princess ni menangis. Kita terasa sakit, apatah lagi si kecil itu kan. Tapi, apa boleh buat, sudah lumrah kehidupan si anak kecil. Untuk kebaikan juga kan.

Berat : 5.7kg, Panjang, 59 cm & Ukur lilit kepala, 37cm

Alhamdulillah, semua dalam graf yang normal

Macam biasa, kena bogelkan baby untuk ukur berat. Alamak, Ayesha berak! Mama plak simple haritu, bawak pampers je. Baby wipes tak bawak pon. Adoiii. Susah kot kalau takde sinki nak basuh. So, MEMANG TAKDE! Kena basuh jugak, tertonggek tonggek kat paip air basuh berak si budak bertuah tu. 

Lepas dah jumpa nurse time for injection. Nurse cakap, boleh terus masuk bilik suntikan. Apalagi, kami masuk la ke dalam sana. Dalam tu ada 2 orang nurse sedang berbual-bual. Salah seorang menegur kami,

Nurse: Nama anak Ammar ke?
Me    : Tak, Ayesha
Nurse: Ooo..saya tak panggil lagi, awak dah masuk.
Me    : Pastu, saya kena kuar balik la ni?
Nurse: Takpelah, dah masuk dah, kita cucuk je lah. (sambil bergelak ketawa dengan temannya)

Rancak betul perbualan 2 orang nurse tu. Macam kami takde je kat situ. Dah habis cucuk dan tulis catatan kat buku, nurse tu bagi buku kesihatan kat Suami. 

Suami: Eh, bukan buku anak saya ni.
Nurse: Eh, bukan yang ni ke? Nama anak bukan Ammar ke? Dah tu, saya tulis yang mana ni? Oh, tertukar. Nasib baik injection yang sama.

I was like...CUAI KOT!!!! Kalau injection tak sama tadi macam mana? Padahal dah trang tang tang dok cakap pasal tersilap orang tadi. Boleh LUPA??

          

Friday, March 2, 2012

Breastfeeding



I was blessed that I've been given chance to fully breastfed my daughter with the most perfectly design food on earth, breast milk. Even at first, my breast milk belum keluar for 3 days after deliver Ayesha dan saya dengan sedihnya terpaksa bagi dia formula milk sebab kesian tengok dia menangis siang malam sampai merah padam muka kerana kebuluran (T_T). Namun, walaupun tak keluar, saya selalu paksa dia to suck my nenen and always think POSITIF bahawa SUSU AKAN KELUAR! Alhamdulillah, kolustrum yang dinantikan telah tiba pada hari yang ke-4 and until now, saya masih menyusukan dia, FULLY. InsyaAllah, will be continue till 2 years old. Amin.. :)

Sekarang ni, kalau saya terpaksa tinggalkan dia dengan Mama or pengasuh, alhamdulillah dia boleh minum dengan botol tanpa rasa confuse pon (so far la). Macam-macam jenis botol saya beli. First Year, Tommee Tippee, Pureen. Beli atas sebab kecomelan botol-botol tersebut. Hehe..ataupun memang kebetulan Ayesha ni jenis tak banyak songeh. Semua dia ngap je. (O.o). Tapi, memang betullah orang kata baby girl ni tak banyak sangat minum susu berbanding baby boy. Memang sempat bengkak susu. That's why la saya dah start buat stok susu masa 20 hari pantang. Kalau tak, belum lagi nak start buat stoknya. Tapi, production takdelah banyak mana pun. Awal awal ni, milk supply pun developes based on child's needs kan. Kalau Ayesha minum sebelah, sebelah lagi saya pam. Sekarang ahamdulillah, susu makin bertambah. Rezeki Ayesha. :)

Sedang saya cuti sebelum bersalin haritu, saya pernah apply untuk berpindah ke JKR Kelantan memandangkan Suami bekerja di Kelantan. Takkan la saya dan Ayesha nak pergi kerja di KL tanpa Suami kan. Tak sanggup rasanya nak tanggung sorang sorang. Memang saya dah fikir, kalau application saya tu ditolak, memang saya akan RESIGN!. Lagipun, my contract tamat end of this year. Tanpa disangka sebelum start kerja, dapat berita my application approved! Alhamdulillah rezeki Ayesha nak bersama ngan Mama dan Abah dia. :). So, sekarang ni, tengah pulun mengepam nak kumpul stok susu.

So, semalam saya dah mula bekerja. Kerja sekarang macam makin busy je berbanding masa dok KL dulu. Hari pertama pun dah rasa stress. Lagi menyedihkan, macam takde peluang je nak mengepam di office. Meja sebelah, lelaki, belakang pun lelaki. Terpaksa naik surau. Surau pula takde power supply. Aduh!!!! Nasib baik 2 hari lepas beli pam manual. So, lambat lah sikit. Tapi, macam tak best je hilang lama sikit. Takut bos cari. Takpelah, akan cuba cekalkan hati untuk mengepam. Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini untuk  terus mengepam demi anakku.



Walaupun tak sebanyak mommies lain, rasa syukur sangat. Ada juga rezeki untuk Ayesha. Takpelah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? Sampai berapa lama entah boleh tahan untuk stok sebanyak ni.


Nasib baik lah rumah Mama ni ada deep freezer yang besar. Barang sediada dalam tu pun tak banyak. So, boleh la buat stok banyak banyak. (Banyak ke?). Aishh, kan dah cakap, kena sentiasa POSITIF! Semangat nak breastfeeding. Breastfeeding is beautiful, right?