TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Showing posts with label Nikon. Show all posts
Showing posts with label Nikon. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Happy Birthday si Maira tecik!


Last weekend ada jemputan birthday party anak sepupu ipar, eh, ye ke? Em, lebih kurang gitu la hubungannya. Heheh..Konfius plak. Kiranya, anak kepada sepupu Abam. Namanya Maira. So, layan gambar jom!

Maira asyik nangis je sepanjang haritu. Nak demam.. Tengok la wajahnya, kesian kan?


Maira with her mummy

Kek Hello Kitty! Cute kan?
Woww! she got a big car as a birthday present from her grandmother.

Potong..jangan tak potong maira!


Comel kan?


Olololo..tomeynya!


Dah habis..so,
HAPPY BIRTHDAY DEAR MAIRA!!!

Makcu cayam Maira..
:)

Monday, March 28, 2011

Jom pi kelas kawan-kawan!

Haiii! Sudah laaamaaaaaa saya tidak meng'update' blog ini. Terlalu busy..Sebab almost everyweek, saya terpaksa outstation sampai seminggu hari bekerja. Memang tak sempat lah kan.. And of cos my husband turut menjadi mangsa keadaan. Selalu kena tinggal dek isteri.hihi..


Oh ya, nak citer, last two weeks, saya dan officemates masuk satu kelas fotografi. Agak murah bayarannya. tak sampai RM200 tu, ok la kan. Belajar pun, benda-benda yang basic saje. In fact, that's my first time memasuki kelas fotografi ni. Sebelum ni, memang saya akui, saya main hantam je capture gambar ni. Asalkan elok di mata saya, ok la. Hahaah! But, being a photographer ni, basic2 pasal macam mana nak capture gambar, WAJIB kena tahu. Nanti takde la orang cakap, "pakai kamera canggih-canggih, tapi, dok pakai mode auto je".. :P. So, keseluruhannya ok, cikgu pun sempoi! Memang patut pun saya masuk kelas tu. Rupa-rupanya, banyakkkkkk lagi benda yang saya tak explore dalam camera saya tu. (Ada hati nak upgrade camera konon..ptuiiii!)..


Ok, jom layan gambar-gambar..captured by me!

Beah..

Maira..

Gambar budak gomok  ini sah-sah bukan saya yang ambik...hehe..
(di atas ye, bukan bawah ni..takut silap paham nanti)


Last-last, cikgu yang ambik gambar kami..heheh.. :P


Saturday, February 26, 2011

Sudah habis!

Esok pagi-pagi dah nak balik Nilai..
Alaaa...
Malas gila nak packing packing..
Malas gila rasa nak kerja...
Malas gila nak basuh baju yang ditinggalkan kat rumah..
Malassssssss!!!

Apepon,
Kami kena jugak packing,
Kami kena jugak basuh baju baju,
dan KEMBALI KE PANGKAL JALAN!

Adeyyy...Babai KB..


Wednesday, February 16, 2011

Ohmaigod!

Salam 1 Malaysia..

Wah, ape ke halnya tiba tiba masuk bagi salam 1 Malaysia neh? Mengigau kot. :P. Lamanya tak update blog. Sekarang baru ada ruang sikit..


Woh, penat gila weh. Rasa ngantuk lagi. Sebenaqnya, saya baru balik dari Jakarta semalam. Kul 11.30 malam mendarat, tung tang kul 1 lebih sampai rumah dan kul 2.00 pagi lebih jugak lah baru boleh tidur.. Pergi sana  ni pun tanpa dirancang. Ada la halnya. Saya pergi bersama Abam dan mak mertua. Hehhe..Next time lah saya cerita pasal ni ek.


Nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Semalam, sampai aje rumah, benda yang penting skali yang saya  nak buat ialah on handphone. Hahha! Bertalu-talu sms dan email masuk. Email biasanya saya tak tengok sangat sebab biasalah, email fesbuk! Dah semak email peribadiku itu.. hehe. Dok tangguh nak delete, last-last, 2000 lebih email yang unread saja. Tiba-tiba plak terasa nak tengok email. Mataku terbuntang apabila melihatkan......


Alhamdulillah, dapat tempat Ke-2... saya sendiri pon terlupa pasal contest ni. Itupun, ada blogger lain yang tolong bagitau. hihi.. Saya masuk sekitar 2,3 bulan lepas kot. Main hantar je gambar yang saya snap tuh. Tak sangka plak terpilih. Di blog penganjur pun dah ada keputusan rupanya. Satu yang saya suka pasal contest ni sebab tak perlu nak jadi follower blog dia. Hantar saja gambar yang nak dipertandingkan. Senangkan?


Gambar-gambar ini lah yang dipertaruhkan tu. Amacam?

Apepun, terima kasih bebanyak pada penganjur.. (^^,)

Tuesday, January 25, 2011

Kids...


Tengah belek-belek gambar dalam hardisk. Terjumpa 2 budak cumel ini. :)

Syu, geram tengok Dania nih.. :P


Ini anak kepada En. Haizul kita.. sukanya dia bila nampak saya.. hihi..

Tuesday, December 28, 2010

Another bokeh photos

Oh. Sangat suka boleh buat gambar seperti ini.
Perlu banyak belajar lagi teknik-teknik mengambil gambar bokeh seperti ini..





Credit to jiran sebelah sebab pinjam lampu-lampu depa untuk photoshoot malam ini.hahha!


Friday, December 24, 2010

Bokeh photos for today!

"Hi! Nama saya Gamat. Saya berkenan dengan gadis depan saya ni."


 "Cantik kan dia?"

"Huh! Dah la gomok, badan kontot pulak tu. Ada hati nak kat aku"


:)

Thanks Syu for the gift. Boleh wat main-main ..hahah!



Saturday, December 18, 2010

Cuba try test tengok


Hari ini hari minggu. Em, macam la korang taktau kan? Hehhe..Terasa ingin mencuba memasak resipi yang diambil dari buku resipi yang dibeli oleh Abam semasa pameran buku tempoh hari. 




Disebabkan resipi ini sahaja yang memenuhi kriteria bahan bahan yang diperlukan, so, harini kita masak Ikan Mambong Goreng Asam. Heheh.. Dalam resipi pakai ikan tenggiri. Tapi, disebabkan banyak ikan mambong dalam peti, kita guna ikan yang sedia ada je lah. Boleh kan? Saya tak pernah masak masakan ini. So, memang taktau apa rasa originalnya. Caranya, simple saja! 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung ke, ikan selayang ke ape-ape saja/ 4 keping ikan tenggiri
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
10 biji cili padi (dihiris) - kalau mahu pedas lagi, tambah la lagi!
1 labu bawang besar (dihiris)
1 cawan air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa (saya tambah gula sedikit, ternyata lebih sedappppp!)

Cara-cara:
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan tersebut dan angkat. 
Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga layu. Masukkan air asam jawa, serbuk kunyit dan garam gula secukup rasa. Siappp! Mudah bukan?


Em, malas pula nak ambik gambar masa masak tadi. Kalau tak, hangitlah la ikan sebab dok asyik snap je. So snap yang dah siap je la. Boleh terima?


Taraa!!

Rasa masam-masam manis gitew! Saya suka, Abam pon mestilah suka..hehe

Okeh, ini hidangan lain. Ayam goreng kicap. Resipi campak sendiri. Hehhe.. Eh, takkan nak bagitau gak bahan-bahan, cara-cara segala. Korang dah tau kot? :)


Saya ambik gambar ni bukan apa. Nak masuk contest Foto JB Club Tema 'Makanan'.   So, maybe saya bagi gambar di atas sebagai pertaruhan kot. Hehe.. Sape yang nak join, jom lah! Syarat: kena ambik gambar makanan yang mengiurkan. Mengiurkan tak???


***selingan***


Oh ya, petang tadi saya berjaya buat record baru bersama treadmill! Ha, tak habis kat status fb, kat blog pon nak tulis jugak. hehe

Time: 15 minutes (before this, only 10 minutes. Tu pon dah semput)
Distance: 1.1 km
Calories burned: 32
Total weight loss: 500g. (kira okay la tu Hhaha!)

Wednesday, December 15, 2010

Tak cukup lah satu!


Tengok lah nih!
Dah penuh!
Nampaknya nak kena beli satu lagi hanger.
Ada lagi tudung yang belum gantung nih. 
Tunggu queue hanger baru.. tehee..
Tapi, tu lah, takde tempat nak gantung pula.



Oh ya, saya dah cuba try pakai tudung yang jual kat pasar JKR bawah ni, awning yang bukan thai silk punya tu. [dah cuba lagi, try pula..hehe..]. Rupanya selesa la jugak. Selama ni, ingat tak best, tak sesuai dengan muka. Maybe muka semakin bulat. Hantam sajalah tudung macam mana pun. Heheh! Hanya RM10 satu. So, lepas ni, no more ARIANI. Mahal la Ariani, satu tudung dah boleh beli 8 helai yang biasa punya...huhu...Cuma tu la, mahal-mahal Ariani pun, kualiti bagus. Tahan lama. Tapi, boring gak tak boleh nak pakai kaler-kaler lain. So, baik beli yang murah-murah ni punya. Macam-macam kaler ada nanti. Tu sebab makin penuh hanger nih. Tapi, sekarang gila shawls pula. Tsskk.. :'(. Oh. kalau macam ni la perangai saya, yang masih tak berubah-ubah, macam mana nak beli susu anak nanti? Makan tudung la nanti! Huhu...



Can see the tudung purple above? Tudung ni saya beli semata-mata untuk pakai masa majlis bertandang dulu. Tapi, yang sedihnya, lepas majlis tu je, saya dah tak jumpa sampai ke sudah tudung tu.  Sampai bawah katil saya cari, memang takde! Saya takut, saya terhantar ke butik ini sekali dengan baju songket nih. Sedih gila. Sayang tau! Sebab Ariani punya.



Last Thursday, belek-belek kain langsir, tak sangka tudung purple tu elok je dok tergantung di penyangkut langsir kat tepi tingkap bilik saya.. At last! Jumpa juga setelah 6 bulan lebih dok mencari.. Alhamdulillah. =)


So, boleh la pakai! Kiranya, 2nd time pakai semalam.
Em, rasa lain la bila pakai berbanding dulu.
Terasa sedikit KETAT!
HUH!!!!!


Amboi..gelak sakan nampak korang nih..wuuuu!


Sunday, December 12, 2010

Bersiaran dari Corus Paradise


Hai kawam kawam..hehe.. Burim tahap gaban sekarang nih. Tak burim jugak, lebih kepada lonely kot. Oh ya. Lupa nak bagitau. Saya di Port Dickson sekarang nih dan menginap di Corus Paradise. Abam ada bengkel di sini. So, sebagai isteri yang mithali, saya juga ikut sama. Heheh...Dah 2 hari Abam berbengkel di sini, tapi, saya dok melangut sorang-sorang dalam bilik hotel nih.  Wifi kat hotel ni mahal gila. RM9.00/hour. Melampau kot? Hotel lain takde kenakan bayaran pun. Nasib baik bawak broadband, kalau tak, tak tahu lah nak cakap. Boleh pikir kot saya jadi apa kat bilik nih. Heheh.. Tengahari ni nak kena checkout dah dan pagi ni Abam still ada  bengkel di dewan.

Korang suka tengok gambar kan? Nikmati lah gambar-gambar kami di bawah. Hahah!


Oppss!

Booolat!

Isteri VS Suami

Cak!
Kepala katil

Terpaksa jalan sorang-sorang, menghadap laut ..pastu, amk gambar sendiri..hukhuk :P

Dah takde kerja

view from our room..cantik
Sunset.. no editing pls.. SOOC from my camera.. :P

Semalam ada barbeque. So, mana yang bawak family terlibat sama. Makanya, saya pon turut sama la makan barbeque.  Em, rasanya kurang best sebab makanan yang dibakar semuanya dah sejuk. Tak boleh nak feel sangat. Selepas sesi makan, ada pula sesi karaoke. Disebabkan semua malu-malu nak karok, diorang tetapkan, sesiapa yang volunteer yang nak karok dulu, akan dapat hamper. Besarrrr punya!


 Yang buat announcement tu adalah Abam, dan Abam juga lah yang volunteer nak nyanyi..Hahha! Entah apa-apa Abam nih.


Makanya, dapat lah hamper yang besar punya!!!


=)


Haruslah dibuka sebab banyak sangat coklat Vochelle dalam tuh. *eyes rolling*


Okaylah, mahu kemas-kemas untuk pulang... Babai PD..!! Nanti kami datang lagi..