TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Showing posts with label Ayesha. Show all posts
Showing posts with label Ayesha. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Happy 1st Birthday, Ayesha!

Dear Ayesha,

Today is your birthday. Happy first birthday, Sayang. Mama dan Abah nak awak tahu yang kami sayang awak sangat sangat tau! :)

*******

Pejam celik  pejam celik, dah genap setahun my baby girl, Ayesha. Rasa macam baru je lahirkan dia. Dah besar dah anak Mama. Dah boleh mula pikirin for 2nd baby nih. Haha! Gelenya mung ni Che Pah! Kahkah!

Oleh sebab harini terpaksa bekerja juga, so, last Wednesday, we have a great small advanced birthday party for her. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Kek angry bird. Comel tak? I did it myself...
..
..
..
krik..krik..krik..(siap bunyi cengkerik lagi)
Ok..ok..tipu je. Mana sempat nak buat sendiri plus tak reti. Haha! Beli je ni.
 Yang kelakar, habis merah-merah gigi semua yang makan kek ni. Hihi..

Pantang ade je benda kat kepala, terus nak cabut buang. Alahai..birthday girl ni ..

Tengok ni, ramai tau kawan-kawan Ayesha datang. hehe..
"Saya dapat hadiah hp tau! Blakberryt tuuuu..."  :D

Ini hasil kerja Abah Ayesha la ni. Pancar kat TV. Siap berbackgroundkan lagu happy birthday lagi. Haa, kan tak payah nak buat banner2 bagai. Boleh terus edit. Clever boy!

Macam senyum sinis saje. Hehhe..








We love you more than words could ever express, Ayesha.  Thank you for an amazing first year.  I am looking forward to an incredible life together.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..

Love,
Abah and Mama




Sunday, October 14, 2012

Sibuk je..



Ha, Mama Ayesha pandai tau main piano. Boleh teka lagu apa saya main tu? Dapat tak irama tu? Kahkah! Lagu Sepohon Kayu tau..

Orang nak tunjuk bakat, dia pun sibuk nak tunjuk bakat jugak. Macam tu la kalau dia main. Ganas! Dia hempas-hempas piano tu sampai bateri terkeluar, pastu, bateri tu dia masuk mulut. Pastu, kalau dia tak dapat benda yang dia nak, dia akan hantuk kepala atau gigit apa saja yang ada dekat dengan dia. Contoh dalam video ni, meja yang paling dekat, meja la dia gigit. Nak tunjuk tanda protes tak dapat barang yang dia nak. Kahkah! Kelakar betul anak bertuah Mama ni.

"Ayesha sayang..sopan santun sikit. Awak tu gegel.."

Monday, October 8, 2012

[VIDEO]: Mari Berdansa Bersama Ayesha!

Haa, jangan tak tahu. Ayesha dah pandai dancing sekarang tau. Pantang dengar music je, terus hayun-hayun badan dia. Tak sure kategori menari ke tak nih. Makin rancak lagu, makin kuat dia hayun badan dia. Tak percaya tengok ni..



 
Kan..? I've told you! Haha! Comel anak Mama nih.

Oh..how time flies..dah 9 bulan lebih dah dia sekarang. Setiap hari, ade je benda baru dia buat. Explore lah banyak banyak nak ye.

Sekarang dah tak sempat nak update benda benda baru pasal Anak. Kerja kat office memang banyak sangat. Stress lah. Kalau dah nama stress nih, memang susu drop ah. Makin nak habis kontrak, makin banyak pulak kerja. Hmm..takpelah, biasalah, dah nama kerja kan.

Tuesday, September 18, 2012

Tuesday, July 3, 2012

(VIDEO) Eksen nak berdiri :P

Cepatnya masa berlalu. Dalam tak sedar, my bam bam girl dah 6 months. Yeay! Finally, Mama dah berjaya menyusukan anak Mama for 6 months. Fully. Alhamdulillah, syukur sangat. Hopefully, Mama akan terus cekal untuk meneruskan penyusuan sampai 2 tahun nanti. InsyaAllah. :'). Banyak betul cabaran dan dugaan untuk menyusukan anak ni tau. Sekejap susu banyak, sekejap susu dropppp sangat. Kalau production susu merudum, boleh stress sampai tak boleh nak makan nasi. Macam menipu je stress sampai tak boleh makan nasi. :/. Biasalah, hidup memang ada naik turunnya, ye tak? Tapi..berbaloi-baloi. Susu formula sekarang mencanak-canak naik harga but mom's milk adalah yang terrrrrbaik!

Apa yang bestnya sekarang, Ayesha dah boleh makan. Yeay! Suka betul dia boleh makan. Before this, everymorning sibuk nak mengepam, sekarang dah bertambah satu lagi, kena prepare food for my baby. It's okay walau kena bangun seawal 5.30 pagi. Relaku korbankan demi anak tersayang. Mama hanya mahu yang terbaik untuk anak Mama.





Suka betul dia kalau kita layan dia. Nak nak kalau pegang berdiri macam ni. Eksen betei, mana taknya. Merangkak pon belum lagi, dah nak berdiri macam ni. Anak sape ni.. (o.O).


Monday, March 26, 2012

Meniarap


Sejak dalam pantang lagi, Ayesha suka tidur meniarap. Bukan dia yang suka, tapi saya yang letak macam tu. Bukan apa, macam kesian je tiap kali tengok dia tidur terlentang, selalu terkejut-kejut lepastu, menangis dengan kuat sampai kita pon rasa takut sebab ingat kena gangguan ke apa. Lagipun, bila dia tidur macam tu, dia tidur lama sikit dan perut pun kurang kembung. Bila dah tidur lama, mood dia pun happy. Bila anak happy, mak pon happy la. :). Tapi, agak merisaukan juga bila Ayesha sampaikan langsung TAK BOLEH NAK TIDUR TERLENTANG. Letak je terlentang bila dia tertidur, tak sampai 5 minit tidurnya. Terus terjaga. Bila bawak berjalan rumah saudara mara, semua pelik tengok Ayesha tidur macam tu. Agak tersentap bila ada yang cakap, 

“Kenapa bagi tidur macam tu, nanti anak orang lain molek comel je, anak kita jadi hodoh”. 

Sedihhhhhhhhhh kot cakap macam tu! Hati ibu mana yang tak terasa :’(

Even dalam stroller pon, kami terpaksa meniarapkan dia. Kalau orang tengok, macam ibubapa yang kejam pula. T_T. Maybe sebab dah ajar tidur macam tu dari kecik kot. Tapi kan, bila dia tidur meniarap, saya nampak Ayesha boleh angkat kepala sendiri agak cepat even baru beberapa hari. Dia boleh alih sendiri kepala ke kiri dan ke kanan masa tidur.

Bila orang tanya Ayesha dah boleh meniarap ke belum, saya tak tahu nak jawab macam mana. Ayesha memang selalu meniarap je. Hahha! Mungkin kena jawab Ayesha dah melentang kot pulak. Hehhe..Atau sebab tu Ayesha lambat meniarap? Rasa bersalah menyelubungi diri lagi T_T. Tapi, Alhamdulillah, sekarang Ayesha dah pandai tidur terlentang. Kena ajar ajar sikit. Nasib baik dia nak. So, takde lah kami risau lagi. :)

Sekarang, saya perasan, dia suka dok mengiring. Saya bagitau pengasuh, rupa-rupanya, Mama dia yang lambat tahu. wuu! Ayesha dah boleh meniarap Khamis lepas. Yeay! OOoo..depan Mama dan Abah tak pulak Ayesha tunjuk aksi ye. Nak kena ni..

Seronok betul bila dapat tahu setiap perkembangan anak kan? Ayesha sekarang dah boleh gelak tau! Kalau gomol gomol dia, dia boleh gelak. Tapi, tak selalu la dia tunjuk. Baru 2,3 kali. Ikut mood kot. Amboi, kecik-kecik dah ade mood ek. Tak sabar nak tengok dia meniarap, pastu merangkak,  pastu bercakap, berjalan, sekolah, kawin eh eh, dah jauh sangat tu. Patut pikir adik Ayesha dulu. Terskip tadi. Kahkah!

Tak best la entry kalau tak letak gambar kan?

Kalau dah buat muka garang macam tu, maka terserlahlah kelabuhan pipi tu.
Nape pipi Sayang Mama ni labuh sangat??! Kemam susu kat pipi ke?Hehhe..




Friday, March 2, 2012

Breastfeeding



I was blessed that I've been given chance to fully breastfed my daughter with the most perfectly design food on earth, breast milk. Even at first, my breast milk belum keluar for 3 days after deliver Ayesha dan saya dengan sedihnya terpaksa bagi dia formula milk sebab kesian tengok dia menangis siang malam sampai merah padam muka kerana kebuluran (T_T). Namun, walaupun tak keluar, saya selalu paksa dia to suck my nenen and always think POSITIF bahawa SUSU AKAN KELUAR! Alhamdulillah, kolustrum yang dinantikan telah tiba pada hari yang ke-4 and until now, saya masih menyusukan dia, FULLY. InsyaAllah, will be continue till 2 years old. Amin.. :)

Sekarang ni, kalau saya terpaksa tinggalkan dia dengan Mama or pengasuh, alhamdulillah dia boleh minum dengan botol tanpa rasa confuse pon (so far la). Macam-macam jenis botol saya beli. First Year, Tommee Tippee, Pureen. Beli atas sebab kecomelan botol-botol tersebut. Hehe..ataupun memang kebetulan Ayesha ni jenis tak banyak songeh. Semua dia ngap je. (O.o). Tapi, memang betullah orang kata baby girl ni tak banyak sangat minum susu berbanding baby boy. Memang sempat bengkak susu. That's why la saya dah start buat stok susu masa 20 hari pantang. Kalau tak, belum lagi nak start buat stoknya. Tapi, production takdelah banyak mana pun. Awal awal ni, milk supply pun developes based on child's needs kan. Kalau Ayesha minum sebelah, sebelah lagi saya pam. Sekarang ahamdulillah, susu makin bertambah. Rezeki Ayesha. :)

Sedang saya cuti sebelum bersalin haritu, saya pernah apply untuk berpindah ke JKR Kelantan memandangkan Suami bekerja di Kelantan. Takkan la saya dan Ayesha nak pergi kerja di KL tanpa Suami kan. Tak sanggup rasanya nak tanggung sorang sorang. Memang saya dah fikir, kalau application saya tu ditolak, memang saya akan RESIGN!. Lagipun, my contract tamat end of this year. Tanpa disangka sebelum start kerja, dapat berita my application approved! Alhamdulillah rezeki Ayesha nak bersama ngan Mama dan Abah dia. :). So, sekarang ni, tengah pulun mengepam nak kumpul stok susu.

So, semalam saya dah mula bekerja. Kerja sekarang macam makin busy je berbanding masa dok KL dulu. Hari pertama pun dah rasa stress. Lagi menyedihkan, macam takde peluang je nak mengepam di office. Meja sebelah, lelaki, belakang pun lelaki. Terpaksa naik surau. Surau pula takde power supply. Aduh!!!! Nasib baik 2 hari lepas beli pam manual. So, lambat lah sikit. Tapi, macam tak best je hilang lama sikit. Takut bos cari. Takpelah, akan cuba cekalkan hati untuk mengepam. Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini untuk  terus mengepam demi anakku.



Walaupun tak sebanyak mommies lain, rasa syukur sangat. Ada juga rezeki untuk Ayesha. Takpelah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? Sampai berapa lama entah boleh tahan untuk stok sebanyak ni.


Nasib baik lah rumah Mama ni ada deep freezer yang besar. Barang sediada dalam tu pun tak banyak. So, boleh la buat stok banyak banyak. (Banyak ke?). Aishh, kan dah cakap, kena sentiasa POSITIF! Semangat nak breastfeeding. Breastfeeding is beautiful, right?


Tuesday, February 28, 2012

Baby sitter


Sememangnya pengasuh adalah menjadi satu perkara yang merunsingkan si ibu apabila selesai berpantang dan akan kembali bekerja. Ok ke kat situ?Ramai tak budak yang dia jaga? Kalau baby nangis, dia angkat ke tak atau biar je nangis macam tu? Pertanyaan yang sering menjadi tanda tanya bagi si ibu. Tambahan pula sekarang makin meningkat kes kematian bayi di nursery dengan macam macam kes. Sudah semestinya si ibu akan mencari apa sahaja yang terbaik untuk anak mereka.

Begitu juga dengan saya. Saya akan mula bekerja pada 1 Mac nanti. Tapi, baru semalam mula mencari pengasuh. Sebab banyak sangat fikir benda benda negetive. Rasa gerun mahu menghantar Ayesha ke nursery. Kat Youtube, boleh tengok macam-macam cara diorang nak suruh budak budak tidur. Bagi puting, then salotape mulut lah,  bedung sampai ketat gila la..haih, menangis tengok :'(. Tapi, dah nak buat macam mana, terpaksa kuharungi jua. Oh ya, untuk pengetahuan kalian, alhamdulillah my application untuk bertukar ke JKR Kelantan telah diluluskan. Dapat dekat dengan Suami dan anak. Syukur alhamdulillah. Rezeki Ayesha ni. So, mulai sekarang, saya akan menetap di Kota Bharu. Tidak lagi di Nilai.

Actually, tak banyak nursery yang berdaftar kat sini sebab kampung kan. Bukan macam di KL. Kebanyakkan orang di sini just hantar kat jiran dan saudara mara je. So, semalam baru start rasa cemas pasal kat mana nak letak si bam bam Mama ni. Khamis ni dah nak start kerja dah. Nak hantar kat mak sedara, macam susah je nak explain bagaimana nak handle susu ibu ni. Ye la, kat kampung ni bukannya meluas sangat lagi pasal EBM ni. Nak nak orang lama. hehe.. Kang bagi pisang lenyek la, bagi minum air masak la. Saya mahu breastfeed Ayesha secara exclusive! Selagi tak sampai 6 bulan, kalau diizinkan olehNya, saya mahu Ayesha minum susu ibu sahaja. InsyaAllah.

Teringat jiran saya betul-betul depan rumah ni, takde buat apa rasanya. Surirumah sepenuh masa. Anak-anak dia pun dah besar. Boleh la nak try tanya. Lagipun, beliau masih muda. Late 30's macam tu. Dah lama jugak kami berjiran. And alhamdulillah, jawapannya adalah YES! Beliau mahu menjaga Ayesha. Rezeki Ayesha lagi :'). Mana nak cari pengasuh yang berada di depan mata kan?hehe..Sangat lega. Hopefully, Ayesha serasi dengannya dan pengasuh pun serasi dengan Ayesha. Ayesha kan good girl. :)

Sembang apa tu Ayesha? Banyaknye cerita dia.. :)

Tengok tu, buat muka comel macam tu! Haih..macam mana Mama nak kerja ni Sayang? 



Wednesday, February 22, 2012

Assalamualaikum Sayang Mama!


Everytime bangun tidur, mesti ceria macam ni.
Lagi lagi kalau waku pagi.
Senyum senyum kat Mama dan Abah.
Ajak sembang la...potpetpotpet...

Aishhhh..geram kat awak tau!

Sunday, February 5, 2012

Keterujaan seorang ibu


12.49a.m..

Biasalah dah ada anak kecik ni. Time time macam ni masih berjaga. Update blog sambil dodoikan budak bam bam ni. Kenapa entah malam ni dia tak berapa boleh nak tidur. Orang kata, tidur tak jerap/lena. Dah tidur, letak atas  baby cot, tak sampai 5 minit, bangun balik. Asyik ulang macam tu la dari tadi. Kembung perut pun tak. Maybe dah tidur banyak siang tadi. Sian anak Mama nih. 

Oh ya, petang tadi my parcels dah sampai. Dah gila shopping online sekarang (Walaupun takde gaji. Eh, PTPTN tak bayar lagi. Duh!). Not for me. Shopping baju Ayesha. Alahai, comel-comel lah baju baby ni kan? Nak nak baju baby girl. Dengan dress lah, accessories lah. Rasa nak borong semua. 


Tengok lah ni. Memang betullah, dah jadi ibu ni, memang asyik cari barang untuk anak je. Hehe. Tapi, sayangnya, baju-baju yang saya order, semua besarrr untuk Ayesha. Tak boleh nak pakai lagi. Sekarang ni, Ayesha dah boleh pakai size 3-6months. Tapi, baju yang saya order ni, untuk saiz 3-6m besar la pulak. Size anak orang putih kot. Takpelah, nasib baik besar, kalau kecik, memang tak sempat pakai langsung la Ayesha. Adik dia pulak yang pakai. :">


Tu dia..dengan headband lagi. Geram tengok anak kawan, Dalila comel betul pakai headband. Headband ni saya tempah dari Bribbons. The price RM20/each except the blue color is RM18. Sangat bagus kualitinya. Getah yang digunakan sangat  lembut dan tak meninggalkan kesan di kepala baby. Kalau nak order, boleh bagi saiz kepala baby anda, and they will do the maths. Alah, kalau longgar pon, boleh jahit sendiri sebab getahnya boleh laras. Ayesha pon longgar. Ayesha nak try? Meh Mama pakaikan.....



Ololo..nape nangis ni cayang? Rimas ek? Tak kiralah, rimas ke tak, Mama nak paksa jugak Ayesha pakai. Rambut awak tu, dah lah tak berapa nak ada. Cover la sikit cayang. Baru nampak gegel sikit. HARHAR! Mama sungguh kejam. kehkeh!

Friday, February 3, 2012

[Entry bergambar]: Ayesha

Dah mandi, dah minum susu, taknak tidur plak Ayesha ni. 
Apalagi, bermula la. 



Sian.... kena bungkus dengan towel.
Mula-mula okay lagi..

Dah start drama..

Last skali..uwaaaaaaaaaaa!
Dah rimas sangat la tu.hekhek..
Okay okay Mama bukak..Mama bukak..
Tu la, taknak tidur sangat. :P



Monday, January 30, 2012

One month check-up


So, petang semalam saya dan Suami membawa si pipi bulat ke Klinik for 1 month injection. Kiranya first time saya keluar masa dalam pantang. Lama betul tak lihat dunia luar. Suka dapat keluar macam budak budak happy dapat pergi swimming pool. hehe..Teringat pula nurse semalam, sedang dia memeriksa pusat Ayesha, 

"Sebulan ni nak kene cucuk apa?"
"Err......hah?". Ish, nurse ni memang tak tahu ke aku nak cucuk sebulan ni?
"Sebulan ni untuk Hepatitis B la.."

Oh, rupa-rupanya, dia nak menguji saya. Poyo kot nurse ni, saya tahu la nak cucuk Heptitis B. (inilah yang dikatakan bodoh sombong, padahal nasib baik nurse bagitau, kalau tak, memang tak tahu. Menyesal Ayesha ada ibu macam ni.kahkah!)

Ingatkan Ayesha je yang nurse nak check, rupanya, mak dia pun kena checkup juga. Kena test air kencing dan check HB. Erm, result, tak pula diorang bagitau. Okay kot. Cuma, problem saya yang dulu, timbul balik. Ada sebutir ketulan in upper my breast. Before pregnant dulu, memang pernah timbul. Cuma ketulan sekarang tak sebesar dulu. Masa pregnant, ketulan ni takde. That's why saya biar je. Tapi, lepas bersalin, ketulan ni timbul balik. Agak besar juga. Dalam 2.5cm I guess. Sangat merisaukan. Tssk. Hopefully, bukan ketulan yang wanita takutkan tu. (-_-"). 

Ramai juga orang di klinik semalam. Makanya, lama juga kami menunggu. Lenguh juga memangku si pipi bulat nih, berat. Hehe..Bila Ayesha bangun dari tidurnya dan start menangis (lapar barangkali) keadaan kami laki bini kelam kabut. Ye lah, mana taknya, saya belum pernah ada pengalaman menyusu di tempat awam. Nasib baik ada 'sudut penyusuan' di klinik tersebut. Boleh la menyusu dengan bebasnya. Kalaulah bilik penyusuan tu takde, mau nya saya pergi masuk dalam kereta. kahkah!

Overall, check up semalam okay, cuma berat dia susut sedikit. Masa 20 hari, beratnya 4.6kg, sekarang 4.5kg. Apakah? Dalam otak, mula lah ligat dok fikir, Ayesha ni tak cukup susu ke apa? Mama bagitau, memang biasalah, baby susut sedikit dalam masa sebulan ni. Phew! 

Apa yang saya tak suka bila checkup baby, nak kena buang segala baju seluar baby. Itu okay lagi, apa kejadahnya sampai nak kena buang sekali dengan PAMPERS? Dah la depan orang yang menunggu. Malu kot. Berapa sangatlah lari bacaan kalau tak buang pampers tu? Timbang berat saya pun main bundar je. Ada ke patut, bacaan 52.5kg dia pergi tulis 55kg? Accurate lah sangat! (tiba-tiba marah). Walau apepun, perkara tu jugalah saya kena lalui for next every month. (T_T). (mood tak puas hati sebab leceh nak kena pakaikan balik baju seluar barut segala. hehehe)

Lepas ukur panjang, timbang segala, time for INJECTION! Macam tau tau je dia nak kena inject, Ayesha start merengek rengek. Bila masuk jarum, dia menangis dengan kuatnya. Ya, Allah, tak sampai hatinya tengok dia menangis macam tu. Sampai merah padam muka. Rasa nak menangis sama. Rasa macam nak tarik jarum tu. Rasa nak peluk Ayesha kuat-kuat tak mahu bagi dia takut. Macam terasa-rasa nurse inject kat peha saya sekali. Sedih betul :'(.



Olololo...sedihnya anak Mama nih. 
(sedih sebab kena paksa pakai topi ala-ala masterchef ni)



Tuesday, January 24, 2012

Tempoh berpantang!

Assalamualaikum..

Baru siap tidurkan Ayesha. Sekarang ni pesen berjaga waktu siang plak. Dari Subuh tadi dia berjaga tau. Better la berbanding dia berjaga malam kan? Nak mandi, nak makan pun kena curi curi. Time dia tidur ni la baru boleh nak makan la, tidur la, blogging la, facebooking la. :D

Hari ini dah masuk 27 days confinement. Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan. 27 hari bagaikan 270 hari. Nampak sangat tak best kan pantang ni? Bukan apa, mana nak jaga diri lagi, nak jaga baby lagi. Memang la time pantang ni kena rehat, tapi, tak boleh nak rehat sangat. Teringat masa 1-3 days after deliver of Ayesha, sekolah kan tak start lagi. So, semua benda Mama kena buatkan. Nak kena prepare air mandi dengan segala jenis daun la, siap mandikan saya sekali,  nak kena masak makanan, mandikan baby lagi, basuh baju baby, kerja rumah pun Mama yang setelkan. Almaklumlah, saya sorang je anak perempuan yang ada kat rumah. Kesian Mama. Lepas sekolah dah start, Mama pun dah start sekolah, memang saya buat sendiri la semua. Yang mana saya larat saya buat la. Cuma nak mandikan Ayesha, saya tak pandai lagi waktu tu. So, waktu rehat, Mama terpaksa lari balik rumah sebab nak mandikan Ayesha. Kesian Mama kan? Letih kot. Nasib baik ada Abam di sisi, boleh juga nak tolong mandikan Ayesha, masak untuk saya, bakar tungku, basuh baju baby. Kadang-kadang kesian juga nak mintak tolong dengan Suami. So, kadang-kadang tu saya buat je semua tu sendiri. *sobs*

Tapi, ada bagusnya berpantang ni kan? Boleh slim melim lah orang kata. Memang tak banyak pilihan makanan yang ada. Nasi pun kering je takde kuah. Air pun hanya boleh minum Horlicks, Susu, Milo. Nescafe ke kopi ke, memang tak dapek la. Yang tak tahan, SEMBELIT. Maybe selalu minum Milo O kot. Breakfast, biasanya saya minum susu dan oat je. Tu pun kalau sempat. Kalau tak sempat breakfast, memang tak lah. Lunch, saya makan nasi dengan lauk ikan selar bakar/ikan haruan goreng. Waktu petang, saya minum milo cicah biskut or roti gardenia wholegrain warna hijau tu. Even minum petang je, sampai 3,4 keping jugalah. HAHA! Lapar tau. Hehe.. Mama bagitau, saya hanya boleh makan roti jenis tu je. Kalau roti lain, takut angin or ada telur. Waktu malam, minum susu cicah roti juga. Teringat masa majlis akikah Ayesha, hari ke-9, macam macam lauk dan kueh ada. Tapi, terpaksa tahan diri. Rasa nak menangis je time tu sebab tak dapat makan. HAHA! Entah apa-apa.

Dah hujung-hujung nak habis pantang ni, tiba-tiba selera makan bertambah pula. Haishh. Macam mana ni, badan tak kurus kurus lagi ni? Tapi, walau macam mana lapar sekalipun, saya akan pastikan SAYA MAKAN NASI SEKALI SEHARI JE!. (Takut gemuk weh). Kalau ikutkan, saya naik 17 kg masa pregnant. Banyak gila kan? Berat maximum masa tu 67kg. Memang perut besar sungguh. Siap orang kata macam mengandung anak kembar je. Dalam hati, risau juga, kot kot twin betul. 2 kali teran la aku...hehe..Sekarang ni, tinggal 2 kg lagi nak sampai ke berat asal (berat before pregnant). Yey!

Sepanjang berpantang ni, emosi pun kena jaga tau. Stress juga nak nak kalau baby berjaga waktu malam. Kalau si ibu tak cukup tidur, memang penat la. Ada masanya baby menangis juga even dah bagi susu, dah letak minyak angin takut kembung. Sampai tak tahu nak buat apa lagi. Kadang-kadang ada juga rasa geram dan rasa nak menjerit je.

Tapi, bila tatap wajah si comel Mama ni, nak marah pun tak jadi. Apalah salah si kecil ni kan? Padahal dia tak tahu apa pun. Ada la sebabnya dia menangis tu kan? Tapi, Mama dia ni tak paham jugak. :'(


"Eh, opocot mak kau!"
kecik-kecik dah pandai melatah ni... :D

Nyenyak benor tidurnya


Oh ya, 29hb ni, Ayesha dah nak start cucuk sebulan. Oh, so scary. Takut dia demam, habislah. Kalut la Mama dia ni nanti. (T_T). Hopefully, Ayesha tak meragam. Ayesha kan budak baik :)

Tuesday, January 17, 2012

Day 20 - Sesi mengurut dan bertungku DONE!


Dah genap 20 hari saya berpantang harini. Pagi tadi juga dah selesai sesi mengurut dan bertungku. Menurut tukang urut, Kak Da, biasanya kalau hari ke-20 pantang tu, sesi mengurut dan bertungku perlu habis untuk kali yang ke-3. Tak boleh buat sekali saje, or 2 kali je. PERLU HABIS 3 KALI.  Tak perlu 3 hari berturut-turut pun takpe. Asalkan kena habis 3 KALI. Itu minimum la. Kalau kau nak buat hari-hari sampai 40 hari pantang pun takpe. Saya ni sebab takde gaji, tak boleh urut banyak-banyak. Mahal tau tukang urut sekarang ni. Buat setakat mampu je. Baik punya alasan, padahal taknak sebab sakit.  Hehe..Tukang urut pun dah kacip peranakan tadi. Tujuan kacip peranakan adalah supaya, peranakan tidak jatuh semula. Best juga mengurut ni. Ringan je badan. Tapi, time mengurut tu, memang sampai menggelupur lah. Nasib baik tak tendang Kak Da tu. hehe :D Almaklumlah, tak pernah berurut kan. Kalau pernah pun, kat spa. Memang la tak sakit. Kalau sakit, tak laku la kedai dia nanti. kehkeh!

Alhamdulillah..Ayesha pun behave saja time saya kena urut. Abam yang mengasuh. Memang tidur je dia sepanjang saya kena urut. Baik budak Ayesha ni. :) Meh nak tengok sikit budak Ayesha ni.



Haa, ni gaya Ayesha tidur sekarang. Ayesha ni kalau tidur terlentang, dia memang mudah terkejut. Ye la, dah la tak boleh nak bedung. Tangan dia kuat sampai boleh tertanggal bedung. Sebab tu saya letak dia secara meniarap. Risau juga.  Takut lemas ke apa. Tapi, dia dah boleh angkat kepala, okay la. Cuma, kena careful juga. Selalu kena tengok tengok dia.  Takut lemas ke apa. Tak boleh tinggal dia sorang-sorang. Tapi, memang dia nyenyak betul tidur macam ni. Bunyi bom pun tak terkejut kot. Hehehe..Pastu plak, yang comelnya, kalau dia meniarap, dia tak suka berlunjur kaki macam budak lain. Dia suka dok mengerekot macam dalam gambar tu. Geram Mama tengok! Rasa nak gigit bontot kaki tu! erk! Sory Ayesha, Mama terpaksa post gambar seksi Ayesha ni.

Harini pun last day nurse datang rumah. Nurse timbang berat Ayesha tadi, dah 4.6kg. Amboi, beratnya Ayesha ni. Baru 20 hari. Macam berat sekampit beras dah ni. Patutla Mama sakit pinggang everytime dukung Ayesha. Takpelah, asalkan Ayesha sihat sudah la ye..


Olololo..comey comey bucuk Mama nih!

Saturday, January 14, 2012

Day 17



Suka tengok Ayesha tidur. Kalau dia tidur siang, boleh la nak kacau-kacau macam ni. Pakai topi la, cuit hidung la, nak potong kuku pun boleh. Kalau malam, takde nya boleh kacau macam ni, memang nak suruh tidur pun. Kalau malam, saya gerak sikit dah jaga, gerak sikit dah jaga. Even kalau dia nak menggeliat pun, dia boleh terkejut disebabkan oleh dirinya sendiri. HAHA! Ayesha..Ayesha..


Tuesday, January 10, 2012

Step


Memang suka sangat snap gambar babies. Dah lama teringin nak snap gambar anak sendiri. So, sekarang, memang Ayesha la jadi model Mama. Semoga tabah dan sabar dengan karenah Mamamu ni ye..