TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mama!!!

Rasa happy dapat menggembirakan Mama harini. Kami adik beradik berpakat bagi surprise untuk Mama di sekolahnya. Disebabkan kebanyakkan anak-anaknya jauh di perantauan, (takde la jauh sangat pon, KL je) terpaksa kami menggunakan khidmat adik kecik yang tinggal bersama Mama di rumah untuk menempah sejambak bunga untuk Mama. Kami sendiri pun tak dapat nak tengok pon macam mana gubahan bunga tu. Mama cakap, riuh satu sekolah yang PK Hem (Mama ni cikgu hal ehwal murid) dapat bunga besar. Agak-agak dua kaki tingginya. Hahhah! Suke la tu! :) Siap tak nak bawak balik rumah, nak letak kat office je supaya boleh dinikmati oleh ibu-ibu yang lain. tehee...! Suka tengok Mama happy.. :)





Ini Mama saya. Sedang kusyuk mendengar gosip di petang hari..hehhe..
(sama dengan anaknya.. =P)



Engkaulah ratu hati kami..
Engkaulah segala-galanya dalam hidup kami..
Tanpamu, hidup kami tak beerti..
Tanpamu, kami tidak dapat melihat bintang dan matahari..
Kami amat menyayangimu dan menyanjungimu Mama..
Terima kasih Mama..
SELAMAT HARI IBU..MAMA!
Kakpah sayang Mama.. muahh muah..muah..


Friday, May 6, 2011

Cuti-cuti Malaysia..


Tamatlah sudah babymoon time kami di Langkawi last weekend. Oh, dah lama tak rasa cuti-cuti Malaysia macam tu. Best sebab tak perlu nak fikir pasal kerja. :)

Actually, before this dah pernah pergi masa time belajar dulu. Biasalah, site visit budak budak jurutera awam. Padahal nak berjalan je lebih. Boleh tangkap-tangkap gambar bersama classmates, housemates,  kapel (not me okay..takde boipren lagi masa tu..sebab baru clashed..ekek..) pastu upload dalam Friendster. Masa tu mana ada Facebook lagi kan. Hehe..Lawak plak teringat pasal Friendster. Entah apa-apa. 

Kat Langkawi, saya menginap di Aseania Resort. Asalnya, booked hotel Besta di Pantai Chenang. Bila nak bertolak haritu, saje lah nak confirm balik, tengok tengok hotel tu dah penuh and diorang dah transfer siap siap ke hotel Asenia tanpa memberitahu kami. Sangat tidak bermoral ye adik adik. Ye la, kalau kitorang tak call, kitorang tak tau yang hotel dah tukar. Tapi, tak sangka hotel yang kiotrang dok tu, best! Besar biliknya. Katil queen sampai dua buah. Pool dia, panjang dan besar. Kalau bawak family besar, boleh la menginap kat situ. Cuma, harganya tak pasti la. Rasanya mahal sikit kot. Kami ni pon nasib baik dia transfer tak perlu tambah duit sebab Abam dah bayar hotel tu. Kalau tak, habis la bajet nak beli coklat kat sana. Heheh..

Layan gambar dulu jom!

Jalan-jalan tengok sunset..

Terima kasih kepada kakak..em, lupa plak tanya nama sebab tolong ambik gambar. hehhe


Gelak apa tu bang oi!

Kemain la dok sengih-sengih depan kamera, gambar makcik ni plak yang Abam fokus..adeii..takpelah, kasik can la makcik oi..

Ok la, sambung cerita lain kali ye. Mau sambung buat kerja. Selebihnya, akan diupload kemudian. :)

Friday, April 29, 2011

Happy Birthday si Maira tecik!


Last weekend ada jemputan birthday party anak sepupu ipar, eh, ye ke? Em, lebih kurang gitu la hubungannya. Heheh..Konfius plak. Kiranya, anak kepada sepupu Abam. Namanya Maira. So, layan gambar jom!

Maira asyik nangis je sepanjang haritu. Nak demam.. Tengok la wajahnya, kesian kan?


Maira with her mummy

Kek Hello Kitty! Cute kan?
Woww! she got a big car as a birthday present from her grandmother.

Potong..jangan tak potong maira!


Comel kan?


Olololo..tomeynya!


Dah habis..so,
HAPPY BIRTHDAY DEAR MAIRA!!!

Makcu cayam Maira..
:)

Tuesday, April 26, 2011

Puasa oh puasa..

Haihh....

(-_-")


Tengah memikiorkan macam mana den nak ganti puasa nih. 5 days more to go. Adeh..dah la asyik lapar je sekarang. Dulu, boleh je tahan  breakfast dengan oat+susu or wholemeal bread+serunding sampai lunch (jarang-jarang la..hey, at least saya pernah try ok! heheh). Sekarang, tak sampai tengahari dah menggigil tak tahan lapar =P. Mama cakap, ada orang yang tengah berebut zat dengan mama dia ni. hehe. Macam mana nak puasa nih. 

Haritu dah puasa sehari, i mean, before pregnant and masa masih cergas migas, tapi sampai demam-demam jadinya. Saya ni tak boleh, angin kalau lambat makan. Mulalah naik ke kepala. Sengsara la kalau sakit kepala. Rasa nak marah kat semua orang. Hmm, nak kena sahur dengan apa ek baru boleh tahan nih? Nak makan nasi, memang tak lalu lah..sebab sorang-sorang kot. wuuu! Walau macam mana pun, kena jugak puasa. Chayuk Chepah! Khamis ni start. hehhe..


Monday, April 25, 2011

Terima kasih Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah kepada Allah yang maha pemurah lagi Maha mengasihani.


Syukur...syukur...syukur....



Yup, I am pregnant. =)



Setelah 10 bulan++ usia perkahwinan, saya disahkan hamil 5 minggu. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dan Abam di pagi itu. Alhamdulillah.. akhirnya doa kami dan keluarga dimakbulkan olehNya.

Saya berharap saya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah sehingga saya selamat melahirkan zuriat sulung ini. Amin..



Actually, dah checked last monday, tapi, pagi semalam baru pergi jumpa doktor nak confirm. Alhamdulillah...



Ingat entry saya sebelum ini? Tak sangka masa saya tulis entry tu, saya memang dah pregnant :)