TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, August 14, 2012

Cencaru Sumbat Goreng

Assalamualaikum..


Haa, sempena dengan bulan puasa ni, maka banyaklah resipi resipi yang akan keluar di entry entry blog MyNameIsChepah ini. Hehe. Bukan apa, bila saya nak buat sekali lagi nanti, boleh rujuk balik kan. Tak payah nak google lagi dah. Selain tu, boleh juge nak sharing dengan korang semua ye tak?

Last weekend, Suami beli ikan cencaru. Kalau orang Kedah panggil ikan jaket. Eh, ke negeri lain pon panggil ikan jaket jugak? I'm not sure but, first time lah nak masak ikan cencaru nih. Suami mintak buatkan cencaru sumbat goreng. Actually, masa tinggal dengan mak mertua dulu, my MIL pernah ajarkan. Tapi, dah lupa. So, terpaksa google lagi. Jom tengok resipi.


Bahan-bahan

2 ekor ikan cencaru,disiang dan dibelah dibahagian belakangnya..
15 biji cili kering 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih sedikit belacan 
2 sudu air pati asam jawa sedikit gula dan garam kunyit serbuk 
Sedikit air serbuk perisa minyak untuk menggoreng 

Cara menyediakan: 

1. Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit 


 2. Kisar halus cili kering,bawang merah, bawang putih,belacan dan sedikit air ..

3. Tumis tanpa minyak semua bahan bahan yang telah dikisar tadi dan tambahkan pati air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa.

4. Biarkan bahan bahan kisar tadi tu masak sehingga betul betul kering dengan menggunakan api yang kecil. 


 Bila dah kering, macam ni lah rupa dia.

 5. Bila sudah kering, sejukkan seketika sebelum disumbatkan ke belakang ikan cencaru kita tadi.. 

6. Akhir sekali goreng ikan sehingga betul betul garing.

** Elakkan menggoreng dengan minyak yang terlalu banyak sehingga meneggelamkan bahagian belahan ikan, kerana minyak yang banyak tu boleh menghangitkan sambal kita dibahagian dalam.. 





Inilah ikan cencaru sumbat goreng kita tadi. Yang hitam hitam tu sebab sambal yang disumbat dalam ikan tu terkeluar sikit. Memang akan hitam la sikit. Rasa dia, bukan hangit pon. So, goreng seekor sajalah. Cukup untuk kami berdua makan. Try lah! Recommended!





Monday, August 13, 2012

Genap 27 tahun

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..Harini genap 27 tahun.  Syukur alhamdulillah kerana masih diberi umur yang panjang untuk merasai kehidupan yang penuh bahagia bersama keluarga yang saya cinta dan sayang. Sangat.


*******************************


Sahur pagi tadi, Suami kejutkan. Saya bangun, kucapai handphone kerana berbingit bingit bunyi hp terima notification facebook. Birthday wishes. Suami bertanya siapa yang sms? “Kawan” jawabku semacam tiada perasaan. Sebenarnya sedih Suami tak wish pun semalam even jam 12.00 am. Lupa barangkali. Sebab dah hadiah awal kot. Tak mengapalah. Saya keluar bilik, keluarkan lauk pauk dari peti yang hendak dipanaskan untuk bersahur. Kuletak di atas meja. Terkedu melihat ini….. 






Terus meluru kepada Suami dan memeluknya. "Terima kasihhh abang.............patutlah bising bunyi printer semalam" :')


"Ayesha je yang belum wish kat Mama ni. Nak kena ni. Balik nanti kena gomol!"


Sunday, August 12, 2012

Asam Pedas Melaka



Semalam berbuka puasa dengan asam pedas. Asam pedas Melaka. Sedap jugak asam pedas ni eh. Cara nak masak pun senang saje. Basic menumis macam biasa, cuma perlu tambah jintan manis dan jintan putih dan air asam jawa banyakk sikit sebab dah nama lagi asam pedas kan. Resipi pula, bila saya search goole, kebanyakkan bagi resipi seperti yang di bawah ni. Memang resipi ni terbaik lah. Sedap. Kena dengan tekak kami sekeluarga. 

Bahan-bahan:


4-5 ekor ikan kembung (tak kisah ikan apepun)
1 batang serai, diketuk
4-5 tangkai daun kesum @ bunga kantan (saya letak dua-dua..baru tau bunga kantan ni sedap dimakan. Lembut tau :D)
1½ sudu besar asam jawa (campur 400 ml air) kan dah cakap tadi..memang guna banyak.
4-5 batang kacang bendi – dihiris pangkal
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis (disangai dulu)
½ sudu teh jintan putih (disangai dulu)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
(Blend semua bahan)

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.





Friday, August 10, 2012

Hadiah Ramadhan

Ehem..

Walaupun awal lebih kurang seminggu, dah dapat hadiah. Weehooo! Thanks Abam sayang! Dah lama nak ni. Eh, lupa bagitau, 13th August is my birthday. Please take a note eh. hahha!

Hadiah apa eh??
..

..

..

..

..

..

..

..



Nikon COOLPIX S8200

Warna merah pulak tew!


Walaupun dah ada DSLR, memang saya perlukan compact camera. Sejak dah ada anak ni, memang tak larat ler nak bawak kamera besar besar lagi dah. Cukuplah bawak si bam bam ni. Nak guna handphone, handphone pulak asyik habis battery. Biasalah, dah jadi mak orang ni, asyik lupa je nak charge. Kadang kadang lupa nak tengok hp sampai 1 hari. Baru anak sorang tu.  Lepas ni, senang sikit nak bawak pergi jalan jalan, letak saje dalam handbag, ambil gambar si comel Mama ni. DSLR hanya akan diguna kat rumah saje except ada special event.

Sangat berpuas hati dengan camera ni. Gambar cantik tau. Nantilah saya upload gambar-gambar yang diambil guna camera tu ye. 

Thanks again sayang...Mama sukeeeeeeeeee sangat. :')



Friday, July 27, 2012

Cara penyediaan puree untuk bayi (Broccoli)



Ayesha dah start makan masa awal 6 bulan lagi. Awal-awal dulu, saya introduce rice puree saja sebab orang kata better introduce makanan yang tasteless supaya nanti dia senang nak terima veggies. After 4days, saya campur bubur nasi dengan buah buahan.

Tapi, yang problemnya, dia sembelit. I think sebab nasi la kot. Pastu pulak, dia tak nak minum air  sangat lepas makan. Kesian tau sebab pengasuh cakap, everytime dia nak berak, dia meneran sampai menangis sampai satu kampung dengar kot. Dan najis dia memang keras sampai 'kelepak' bunyinya bila dibuang dalam mangkuk tandas. Masa tu, tak berani lagi nak bagi pisang sebab orang kata pisang tak semestinya boleh hilangkan sembelit, malah boleh bertambah sembelitnya. So, kebetulan kawan pengasuh seorang nurse, dia cakap, try campur brokoli. Brokoli bagus untuk lembutkan najis. Taaaapi, masalahnya brokoli ni boleh menyebabkan baby kembung. Namun, saya try jugak campur, alhamdulillah, so far, Ayesha ok je dengan brokoli. Dah tak sembelit dan tak kembung malah dia lebih suka brokoli sebab ada rasa lemak lemak sikit...kot :)

Okay, jom kita cerita cara-cara nak sediakan puree brokoli ni. :)

1) Brokoli dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Then, letak dalam steamer. Saya guna steamer rice cooker ni aje sebab memang takde metal steamer pon kat rumah. Senang pun senang dik oi cuma pakai eletrik la skit. Saya prefer untuk steam veggies/buah berbanding rebus sebab kalau steam, tak banyak khasiatnya hilang kan? 



 Sebelum steam
Selepas steam

2) Bila brokoli dah lembut elok, blend kan. Sebaiknya tunggu brokoli yang disteam tadi sejuk dahulu sebelum blend sebab takut blender meletup plak kang sebab panas sangat. Mana la tau kan. Kang bertempek tempek dinding rumah dengan puree brokoli nanti. hehe..Ha, before nak blend tu, boleh la tambah air steam skit (sekiranya perlu).





Ambil perhatian..ambil perhatian! Untuk blend makanan bayi, jangan jangan jangan gunakan blender yang sama dengan blender yang kita dok blend cili kering tu tau. Please asingkan. Kalau saya, beli aje bekas blender tu satu lagi. Khas untuk blend makanan Ayesha saje. RM24 je kot tak silap. Murah je kan.

Okay, dah siap. Macam inilah rupa puree brokoli.


Untuk frozen saya simpan dalam bekas-bekas kecil ni. Stok untuk seminggu saja. Saya masukkan half saje. Half ni about 2oz/bekas. Actually, lagi senang guna ice cube tray kot. Jimat ruang. Tapi, saya tak jumpa lagi ice cube tray yang sesuai kat sini. Merata dah cari tapi tak jumpa. So, terpaksa beli bekas bekas kecil Apple Lady yang comel comel ni.


Bolehlah dihidang bersama bubur nasi as lauk. Janganlah bagi bayi anda makan brokoli ni sahaja pasal nampak kejam sangat kot. Mesti terkemut kemut muka dia nak telan takde rasa. Hehe..