Just got a new invitation card from Dida and Amie. Eh, takde lah baru dapat, dah 2,3 minggu sebenarnya. Ngeh3..Cantik betul kad perkahwinan mereka kan? Mungkin sebab gambar-gambar di atas adalah hasil saya kot. Okey, FULLSTOP. Itu je nak cakap. Hahahha! (nak mention juga gambar-gambar ni saya yang ambik. Boley tak?). Tapi, kad memang cantik. Lain dari yang lain. Masa saya kahwin dulu, takde pula design yang macam ni. (Wuu! macam dah bertahun-tahun kahwin.). Takpelah, kad saya pun cantik jugak lah! o.O
Haihh, rasanya sudah lama tidak mengasah bakat ni. My job wedding dah nak dekat dah. 5 Feb 2011 ni. Memang dah lama gila tinggalkan dunia fotografi. Dah lama tidak membelai-belai my camera. Tak sempat la. Asyik busy je memanjang. Hari minggu busy dengan kerja rumah pula. Ha, nak bagitau, semalam ada aktiviti best di rumah kami. Aktiviti berkebun di tengahari. Heheh.. Nasib baik semalam mendung aje, takde lah panas. Kami- saya, Abam dan Mak (MIL) berkebun bersama. Entah mengapa, rasa seronok moment tu, walaupun kerja saya hanyalah mengutip daun-daun yang berguguran ke dalam plastik sampah dan juga mengarah Abam untuk cangkul tanah jadi batas, buang semak samun, alih pasu-pasu bunga. Hahahah! :). Batas tu untuk Mak nak tanam serai dan pandan (eh, kenapa Mak pula? Saya? Hehhe...). So, lepas ni, dah boleh ambik sesuka hati je la. Ini tak, nak pakai 1 je, tapi, nak kena beli seikat. Last-last, buang begitu saja.
Okay lah. Abam dah nak sampai. mari kita pulang!
0 budak cumil mengomel:
Post a Comment
Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!