Alhamdulillah.. semalam berjaya membuat cookies dengan kak Jed walaupun agak kepenatan. Tinggal minggu ni je lagi ada time nak buat cookies. This Friday saya dah nak balik kampung dah. Awal cabut! Hehe.. Lagipun, resipi ni, senang sangat. Blog mana entah my sis jumpa. Bahan-bahan pun simple je dan memang dah ada kat rumah.
Bahan-bahan:
1. 150gm Oat segera
2. 200gm minyak sapi
3. 100gm gula halus
4. 200gm tepung gandum
Bahan pun ade 4 je. Mudah bukan?
Cara-cara:
1. Timbang kesemua bahan-bahan di atas. Then, campur dan gaul je sehingga oat tu sebati dengan minyak sapi dan dengan bahan-bahan yang lain.
2. Lepas tu, apalagi, bakar la. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minutes.
Kan dah cakap. Senang kan? Biskut ni, kalau time panas, ianya agak rapuh sikit. So, biar dia sejuk dulu, baru boleh angkat dan simpan. Kalau nak tahu biskut tu dah betul-betul masak, tengok bawah biskut tu bertukar warna brownish sikit. Biskut ni agak rangup sebab oat tu. Sedappp sebab guna minyak sapi kot. Biskut sihat ni. :)
Taraa! Ini la rupa cookies tu kalau dah masak. Saya sapu kuning telur dan letak kismis untuk hiasan. Konon-konon kretip la sangat nak letak kismis. Tengok-tengok, kuning telur pon nampak hitam dan nampak macam buruk je..Tak kisah la dengan rupa, yang penting sedap. Ehem. Heheheh! Nanti, terpulang la nak letak apa sebagai hiasan.
Selamat mencuba!
Malam ni nak buat cookies Famous Amos pula. Requested from Abam. Kena buat jugak ni. Yah yah!
wah! sng betul buat kuih ni. hihi.
ReplyDelete