TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, November 10, 2011

Nak curik masa skit...


Yey! Dah dapat perlepasan cuti from Dato’. Makanya, saya akan start bercuti pada 1hb Disember ni. Jumpa balik next year lah. Yang tak syioknya, cuti tanpa gaji. Dah la bersalin, tak dapat gaji pula tu. Sengkek gila la saya nanti. Takpelah, saya percaya, rezeki baby ada la tu. Dah alang-alang tak dapat gaji ni, saya nak cuti 3 bulan terus. Cuti puas puas. Settled! (^_~)

Aduipun...tengah pening. Tengah fikir nak bersalin kat mana. Plannya, nak bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Tapi, Mama bagitau, HUSM tengah buat renovation la pulak sekarang. Adeh. Nak bersalin kat Hospital KB, macam scary je. Hospital lama. Kalau private, mahal pula. Dah la gaji takde. Kalau ada masalah ke apa, hospital gomen jugak depa pi hantaq. Bayaq tetap bayaq. Confius kan? Pikir nanti-nanti la. Selalu fikir tak habis macam ni. (-_-")

Sekarang ni, kerap juga saya dok berkongsi cerita pengalaman bersalin dengan akak-akak kat opis. Banyak benda yang diceritakan. Makna kata, tak perlu pergi kelas antenatal lah. Hehe..Cuma ‘push’ tak sempat nak belajar lagi. Hehe..

Kat office ni, mana-mana saya pergi, mesti orang tanya ...

Bila due ni? 

Dah berapa bulan? 

Eh, tak start cuti lagi? 

Ada lagi kat office?

....Hahaha! Lama lagi kot saya nak meletupnya. Baru masuk 34 weeks. Perut saya nampak besar kot. Cara berjalan pon macam peguin dah. Baby girl memang perut besar sikit berbanding baby boy. Orang kata lah bukan saya kata. Hehe..

Lepas kejadian saya jatuh haritu, baby lebih banyak bergerak. Tak tahu lah kenapa. Mungkin dia terasa macam gempa bumi kot masa tu. Ye la, mana taknya, macam nangka kot jatuh atas lantai [nangka=saya]. Risau juga aktif sangat bergerak ni sebab doktor cakap, takut dia terbelit tali pusat. Mintak jauh la dengan semua tu kan. Aminn..

Okay lah..chowww!


8 comments:

  1. che pah

    sila komen entri kedua terbaru :)

    ReplyDelete
  2. che pah
    sila komen entri kedua terbaru :)

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti bersalin chepah..semoga chepah selamat lahirkan baby gegirl..

    ReplyDelete
  4. Pah jatuh ke hari tu? Teruk tak? Lepas tu scan baby tak? Jantung semua okay tak?? Pah kena extra careful la adoi Pah niiii~~

    ReplyDelete
  5. Anon:
    Okay..thanks cik anon. :)

    Una:
    A'a..jatuh gedebuk. tak perasan jalan yang saya lalu tu memang lumut tebal. Sandal plak dah haus. Tapi, nasib baik jatuh atas bontot tepi dan saya sempat tahan dgn tgn skit. Dah scan, doc ckp, xde yang bocor ke apa dan nasib baik baby tengah songsang masa tu. so, kepala baby takdelah kat bawah. syukur sgt. jantung baby pon okay. Dalam hati, masih ade rasa takut. ye lah, jatuh kan. mintak jauh lah dengan benda2 yang tak diingini. hmm...

    ReplyDelete
  6. jaga baik2 kandungan che pah..insya-Allah semuanya selamat....amin.

    ReplyDelete
  7. hati2 yea pah.. ada kwn sepupu org bru je bersalin marin cz jatuh.. dah la dia bru nak msk 7bln.. baby 800g je..

    ReplyDelete
  8. Wan:
    thanks wan..insyaAllah, akan lebih berhati2 lepas ni..hukhuk...

    Nurul:
    laa...ye ke? siannya..sy alhamdulillah, ok lagi setakat ni. kena extra careful la pasni.

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!