TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, January 30, 2011

Jom menabung!


Oh. Sungguh lama..

Weekend ini, hanya duduk diam-diam di rumah. Tak berkesempatan untuk ke mana-mana pon. My husband was soooo busy with his BB. Haipp! bukan BlackBerry ya, Bakawali Berkat okay. Nama company dia tu lah. Hehhe.. Kesian tengok beliau, ke hulu ke hilir. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Saya risau bila tengok dia risau. Takpe lah, biasala tu, adat berbisnes.

Makanya, sempat lah saya update blog harini walaupun, kain baju yang bergunung-ganang sedang menunggu untuk dilipat. Heheh..Hujan-hujan ni jadi malas pula. Tambahan pula, suhu badan ni macam meningkat, seluruh badan ni sakit-sakit angkara kerabu nangka semalam. Adehhh, lemah aje badan ni. Nak demam kot. Demam ke, tak demam ke, saya harus pergi kerja esok. Banyak hal yang perlu disetelkan. Semua benda nak kena hantar 31hb. Cet! Banyak gak kerja sekarang. Sampai takde mood nak update blog. Apatah lagi nak makan. Hehhe..Boleh percaya ke tak lalu nak makan? Poooodah la Chepah!


Okay, tadi ada edit sedikit gambar untuk tatapan kamu semua. Saje..boring-boring.. Gambar ni disnap hujung tahun lepas. Aktiviti "Mengira duit tabung Geng Ronggeng". Setiap orang dibekalkan tabung lipstik ini dan perlu menabung. So, biasalah hujung-hujung tahun, kena tutup akaun kan. Heheh... Layankan....


Gaya macam bini along..hehe


TAMMAT!! 

:)

Tuesday, January 25, 2011

Kids...


Tengah belek-belek gambar dalam hardisk. Terjumpa 2 budak cumel ini. :)

Syu, geram tengok Dania nih.. :P


Ini anak kepada En. Haizul kita.. sukanya dia bila nampak saya.. hihi..

Sunday, January 23, 2011

I am done!

Lega...! Lega!! lega!!!!!!
Taktau dah nak cakap macam mana betapa leganya rasa.
Alhamdulillah saya dah berjaya melalui sesi interview SPA last Friday.
Sangat pressure okay sebelum hari interview.
Sampai masuk dalam mimpi bagai.
Malam sebelum tarikh interview tu, saya mengigau, saya tersebut "SPA" dalam tidur, then saya tersedar..Hhaha!
Tengok, betapa takutnya.hihi
Sebab first time kot interview dengan SPA.
Kalau diikutkan, this is second time saya menjalani sesi interview untuk sepanjang hidup. hihi
Tak kiralah macam mana interview haritu, asalkan saya dah lepas. :)
Lepas interview, saya berlibur dengan Abam.
Tengok wayang..
Dah lama seh tak menonton movie sejak dapat panggilan temuduga tu.
Ye lah, weekend, kena baca buku.
Sampaikan nak pergi kedai pon bawak nota tau.
Gila tekun.
Kalau tak baca, macam mana nak jawab soalan perlembangaan malaysia lah, nak jawab bilangan ahli parlimen, bilangan ahli dewan negara and whatsoever tu?
OMG, memang tak minat langsung!
Mana saya tak pressure?

Saya pembuka tirai interview untuk berjawatan jurutera awam kali ini.
Sebulan rasanya. Starting from 21/1 to 19/2.
Kawan2 yang tarikhnya interview untuk sebulan lagi, sabarlah menunggu ye..
Mesti lagi pressure..Ye lah, nanti lagi banyak korang dapat soalan bocor.
Sampai taktau nak baca yang mana. hahah! (gelak jahat)
Nak ambik 140 orang, tapi panggil dekat2 1000 org.
Adakah saya tergolong dalam golongan 140 itu?
Hmm, entah lah.
Percaya pada rezeki masing-masing ye.

Kalau tak dapat, terpaksa jual tudung kat online jugaklah! hihihihi..sape nak beli?
Erkkk???!!!


Untuk kawan-kawan seperjuanganku, selamat berjaya menghadapi temuduga anda nanti. InsyaAllah, kalau jawatan tu dah ditetapkan untuk kamu, akan dapat la kamu... :) Banyakkan doa agar dipermudahkan urusan masa interview nanti. :)

Monday, January 17, 2011

Sayang anak tinggal tinggalkan..

Oh. Tajuk di atas hanya lah sekadar hiasan sahaja... Sambil menunggu Abam ambik saya di office nih, mari kita bercerita-cerita dulu ye...Ce cerita..ce cerita.. :))




Just got a new invitation card from Dida and Amie. Eh, takde lah baru dapat, dah 2,3 minggu sebenarnya. Ngeh3..Cantik betul kad perkahwinan mereka kan? Mungkin sebab gambar-gambar di atas adalah hasil saya kot. Okey, FULLSTOP. Itu je nak cakap. Hahahha! (nak mention juga gambar-gambar ni saya yang ambik. Boley tak?). Tapi, kad memang cantik. Lain dari yang lain. Masa saya kahwin dulu, takde pula design yang macam ni. (Wuu! macam dah bertahun-tahun kahwin.). Takpelah, kad saya pun cantik jugak lah! o.O


Haihh, rasanya sudah lama tidak mengasah bakat ni. My job wedding dah nak dekat dah. 5 Feb 2011 ni. Memang dah lama gila tinggalkan dunia fotografi. Dah lama tidak membelai-belai my camera. Tak sempat la. Asyik busy je memanjang. Hari minggu busy dengan kerja rumah pula. Ha, nak bagitau, semalam ada aktiviti best di rumah kami. Aktiviti berkebun di tengahari. Heheh.. Nasib baik semalam mendung aje, takde lah  panas. Kami- saya, Abam dan Mak (MIL) berkebun bersama. Entah mengapa, rasa seronok moment tu, walaupun kerja saya hanyalah mengutip daun-daun yang berguguran ke dalam plastik sampah dan juga mengarah Abam untuk cangkul tanah jadi batas, buang semak samun, alih pasu-pasu bunga. Hahahah! :). Batas tu untuk Mak nak tanam serai dan pandan (eh, kenapa Mak pula? Saya? Hehhe...). So, lepas ni, dah boleh ambik sesuka hati je la. Ini tak, nak pakai 1 je, tapi, nak kena beli seikat. Last-last, buang begitu saja.


Okay lah. Abam dah nak sampai. mari kita pulang!



Friday, January 14, 2011

Masalah selesai!!!!

Tengah melepak di junction mall secara berseorangan. Huhu...Tadi dah pergi JPN buat surat beranak yang dikatakan hilang tempoh hari tu. Alhamdulillah, boleh ambik terus. Siap. Cantik! Hahha..ape hal surat beranak pon cantik. Hehhe.. Ingatkan, sebulan baru boleh siap. Rupanya, nasib baik JPN Kelantan dah update siap. JPN Kelantan memang tangkas. Kata orang JPN tadi, mana mana surat beranak yang zaman rekod manual dulu,mereka tengah update one by one sekarang. Cuma cepat atau lambat la. So, sebab tu saya dah boleh ambik terus. Sekiranya,surat beranak anda hilang, boleh dibuat di mana mana JPN di seluruh Malaysia. Senang kan? Mudah kan? Bagus!

Cerita yang saya dok melepak ni sebab dok tunggu gambar pasport siap cuci. 20 minit katanya. Lama gila. Boring dok sorang sorang. Taktau nak jalan pi mana. Lagipun, susah gak jalan jalan. Nanti duit pon 'berjalan' gak. Hhehee.....


........


........



.....

Okay, time's up! Dah boleh ambik dah gambar ni. Okay, chow dulu..bye!