Sememangnya pengasuh adalah menjadi satu perkara yang merunsingkan si ibu apabila selesai berpantang dan akan kembali bekerja. Ok ke kat situ?Ramai tak budak yang dia jaga? Kalau baby nangis, dia angkat ke tak atau biar je nangis macam tu? Pertanyaan yang sering menjadi tanda tanya bagi si ibu. Tambahan pula sekarang makin meningkat kes kematian bayi di nursery dengan macam macam kes. Sudah semestinya si ibu akan mencari apa sahaja yang terbaik untuk anak mereka.
Begitu juga dengan saya. Saya akan mula bekerja pada 1 Mac nanti. Tapi, baru semalam mula mencari pengasuh. Sebab banyak sangat fikir benda benda negetive. Rasa gerun mahu menghantar Ayesha ke nursery. Kat Youtube, boleh tengok macam-macam cara diorang nak suruh budak budak tidur. Bagi puting, then salotape mulut lah, bedung sampai ketat gila la..haih, menangis tengok :'(. Tapi, dah nak buat macam mana, terpaksa kuharungi jua. Oh ya, untuk pengetahuan kalian, alhamdulillah my application untuk bertukar ke JKR Kelantan telah diluluskan. Dapat dekat dengan Suami dan anak. Syukur alhamdulillah. Rezeki Ayesha ni. So, mulai sekarang, saya akan menetap di Kota Bharu. Tidak lagi di Nilai.
Actually, tak banyak nursery yang berdaftar kat sini sebab kampung kan. Bukan macam di KL. Kebanyakkan orang di sini just hantar kat jiran dan saudara mara je. So, semalam baru start rasa cemas pasal kat mana nak letak si bam bam Mama ni. Khamis ni dah nak start kerja dah. Nak hantar kat mak sedara, macam susah je nak explain bagaimana nak handle susu ibu ni. Ye la, kat kampung ni bukannya meluas sangat lagi pasal EBM ni. Nak nak orang lama. hehe.. Kang bagi pisang lenyek la, bagi minum air masak la. Saya mahu breastfeed Ayesha secara exclusive! Selagi tak sampai 6 bulan, kalau diizinkan olehNya, saya mahu Ayesha minum susu ibu sahaja. InsyaAllah.
Teringat jiran saya betul-betul depan rumah ni, takde buat apa rasanya. Surirumah sepenuh masa. Anak-anak dia pun dah besar. Boleh la nak try tanya. Lagipun, beliau masih muda. Late 30's macam tu. Dah lama jugak kami berjiran. And alhamdulillah, jawapannya adalah YES! Beliau mahu menjaga Ayesha. Rezeki Ayesha lagi :'). Mana nak cari pengasuh yang berada di depan mata kan?hehe..Sangat lega. Hopefully, Ayesha serasi dengannya dan pengasuh pun serasi dengan Ayesha. Ayesha kan good girl. :)
Sembang apa tu Ayesha? Banyaknye cerita dia.. :)
Tengok tu, buat muka comel macam tu! Haih..macam mana Mama nak kerja ni Sayang?