TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, October 30, 2010

First time okeyh....

Walaupun saya tak pernah tau seorang pon pemain Kelantan,
Walaupun saya tak pernah menonton bola even World Cup sekalipun,
Walaupun saya tak pernah tau bila masa kena tambahan masa, bila break, berapa lama main, macam mana offsite, bila kena kad kuning,

Tapi, saya rasa nak menangis bila Kelantan menang...
Alhamdulillah... :)



Tahniah kepada pemain, kami bangga dengan anda semua..

Yeay!!! Esok cuti!!! (Lohhh..memang esok cuti pun...)




First time published using my android..testing..testing..
Hah, jadi jugak. ;-)

Friday, October 29, 2010

Hasil pelajaran semalam

Yeah!
I've got 2 more techniques for editing by using Adobe Photoshop.
Learned from Youtube je. Heheh!

1) Ray of Light

 Sebelum


 Selepas

Dah banyak kali saya try yang ni, memang susah.. Rupanya, ade cara yang lebih senang.. :)



2) Water Reflection


Sebelum


Gambar ni masa bercanda di persisiran pantai. Pantai Cahaya Bulan. 
This is photo is SOOC (staright out of camera)

Selepas



Hehehh...


Ok Bye!

Thursday, October 28, 2010

Sejuk, boring, lenguh.....akhirnya..?

After kerja semalam, terus shoot ke Sunway..
Sampai awal gila. Lebih kurang kol 6 petang kot.
Tak tau nk buat apa, jalan-jalan, lepak-lepak, cari casing henpon baru, cari seluar slack Abam nak tambah koleksi sebab yang dok ada ni makin mengecil katanya. Seluar boleh mengecil? Hehe..
Pastu solat maghrib..

Kendian, pergi makan.
Kami makan besar semalam... McDonald tuu. McD pon kecoh! :P
My favourite, quarter pounder. Sebab daging tebal. syiokkk habis.
Dah makan, terus shoot ke panggung.
Excited ni nak tengok movie sebab orang cakap best.
Julia Roberts pulak tu.

Masuk panggung, terkejut,


"Wah, couple seat nih" kataku sambil meleret-leret senyum.

"Ye la, romantik sikit" jawab Abam.


:">

Tapi, panggung tak berapa best la. Tak selesa.
Sebab kepala tak boleh bersandar, jarak seat antara depan belakang sempit dan tangga seat cerun gila.
Sampaikan kepala lutut Abam pon boleh terkena kepala orang depan. Apa kes?
Salah sebab kaki Abam panjang kee? (buat tempat panggung sendiri la chepah oiii, banyak gila komen)
Ok fine.
Tak kisah la semua tu, sebab nak tengok movie best kan.


"Ok, bermula la cerita pengembaraan seorang perempuan...."


Dah sejam berlalu, mula rasa tak selesa.
Lupa pula nak bawa shawl ke apa, sebab sejukkkk sangat, dah la berbaju kurung.
Angkat kedua-dua kaki rapat ke dada pon masih sejuk lagi.
Macam-macam gaya dah duduk, taktau nak letak mana.
Saya tak boleh fokus dah masa tu.. Tiba-tiba,

"Sayang...sayang tidur?" bisik Abam ke telingaku sambil memegang bahuku.

Alahai, terlelap la pulak.
Kemain la excited nya tadi nak tengok movie.

Cepat-cepat menggeleng kepala,

"Eh, taklah...."

Sempat lagi taknak mengaku.
Tapi, lepas tu, memang tak tahan dah, memang saya tidur je. hahah!
Pastu, terbangun, tengok-tengok, Abam pon terlelap sama...
Sweetnya laki bini tidur dalam panggung!!!
Then, saya kejut Abam pasal Abam dah ke arah nak berdengkur.
Nyenyak betul tidur. hehe
Abam bangun dan katanya mahu ke toilet.

Lepas beberapa minit berlalu, Abam masuk panggung balik.
Then, tak sampai 10 minit,


"Sayang, abang dah tak larat nak tengok dah. Kita keluar nak?"

"Boleh gak, sayang pon ngantuk gila ni.. Boring la citer ni"


Finally, kami blah awal even movie tak habis lagi.

Memang boring pun movie tu. Pelik. Orang cakap best.
Orang sebelah kami pon blah awal jugak.
Memang confirm la boring cerita tu. :)

Wednesday, October 27, 2010

Eat. Pray.Love

Geram sangat eh.
Kali ni, YM pon dah kena block.
Apepun tak boleh nak masuk.
Nape tak block je semua terus??(eh..jangan la..naya juga kalau block semua..hehe)
FB tu toksah cakap la kenn.
Nasib baik jugak lah blog boleh bukak lagi.
Kalau kena block juga, sunyi la hidup hari-hari..
Ooo.. that's why la permintaan berukband dah makin meningkat sekarang ni..
Saya tengok masing-masing kat meja semua dah ada broadband except bos-bos. :P
Huh!

Kat JKR ada Groupwise Messenger, GM.
So, melalui ini sajalah yang halal untuk kami berchatting..
Tapi, hanya antara staff-staff JKR sajalah.
Yang penting, ngan Abam pon boleh.. :)


Tiba-tiba ada buzz dari beliau...


 



Hoh, balik lambat pulok la harini. 
No need to cook. Hehehe.. (eh macam lah masak hari-hari).
Harini kan hari Rabu, so tengok wayang lagi la harini.
Besh2... :)

Begitulah kehidupan kami sekarang..
Sementara berdua ni, tengok lah wayang puas-puas.
Kalau dah beranak pinak nanti,
Banyak tahun tak boleh nak tengok wayang tau!
Takkan nak menyusu dalam wayang kot!!

Prewedding Amie & Dida


Yeahh! Finally..
Dapat gak saya siapkan editing..
Sorry dear Dida, lambat sikit.
Apepun, jom layanz...




Panas gila waktu nih..

Oleh itu, ambik gambar bawah pokok saja...

Bwah pokok lagi..

dan lagi...

Bear jadi perantaraan.. takmo sentuh sentuh.. :P



Okay, kat sini plak photoshoot kat rumah client Abam tuh. Sambil tunggu Abam mengecat, kami photoshoot. Nampak macam cantik je background putih ni kan

Suka gambar ni.. :)








last but not least,



*

*

*

*

*








Okay, meet my assistant. Comei dok?? hahha..
Terima kasih kerana membantu membawa props ni semua.
Eh, mana satu Abam ni?hehhe..sori2, gurau ja.. (tau takut... uuuuuuu...)


Thanks to Amie dan Dida. Korang sangat enjoy! Sorry la, first time buat ni. So, saya tak banyak idea nak buat gaya macam mana. hahah! Main hantam je. 

Tuesday, October 26, 2010

Cara menadah tangan/berdoa dengan betul

Got an email pasal ni. Kini baru saya tau.. sharing is caring kan... :)


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.

Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan. 






*Kenapa saya tengok ramai lelaki yang tadah tangan secara membuka? Eh, paham tak? Maksud saya dengan tangan terbuka luasssss gitu. Especially di kalangan pakcik-pakcik. Ustaz pun pernah saya tengok.  Kadang-kadang Abam pun tadah tangan macam tu juga. Tapi, Abam dah noted pasal ni. Harap korang pon sama. Sebar-sebarkan lah ye. :)


Perihal seluar yang.....malas nak cerita lanjut. Boley?


Hish..penat la berperang dengan baju pagi ni. Semalam sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.. Masa tu dah mengantuk tahan Ben10 dah (Ben10 la pulak, asyik gaban je kena kan?). Lepas solat Isyak, terpaksa gagahkan juga gosok baju saya dan Abam. Saya ni lebih suka gosok baju setiap hari berbanding nak gosok sekaligus untuk dipakai untuk seminggu. Penat weh nak gosok semua baju sekaligus. Tak larat nak menanggung kesembapan kaki. heheh... Lagipun, saya pilih baju kerja ikut mood hari-hari. So, tak boleh nak pilih baju mana nak dipakai untuk seminggu tu, tak tau mood macam mana pasal nak kena sesuaikan ngan tudung segala. Kalau baju Abam tu senang la, baju kemeja je. Apepun baju yang saya gosok, dia mesti pakai punya. :)


Untuk pagi ni, mood saya untuk pakai kemeja pink. Dah bersengkang mata menggosok semalam bersama seluar slack hitam. Bila nak pakai pagi ni, alamak, seluar ketat! Tak leh nak masuk. Eh, boleh masuk cuma macam... korang paham-paham je la. Malas nak cerita lanjut. Dan-dan je bab ni malas nak cerita lanjut. hik!

*diam sejenak.*

Adakah peha semakin membesar? 

*diam lagi*

Oh. tidak. Saya dah kompem. Faktor disebabkan seluar ni baru basuh dan bila kering, kain mengecut. Fabrik seluar ni memang jenis macam tu. Itu yang tak muat tu, kan? :">. Ingat nak tukar pakai skirt labuh pasal seluar dah sendat semacam je ni. Tak boleh nak pakai dah kot seluar ni. Tambahan pula, kemeja yang saya pakai tu singkat sikit. Kalau pakai gak, takut officemates lari nanti sebab tengok saya macam pembalut nangka. Tercari-cari juga skirt hitam saya tu tapi tak jumpa. Masa berjalan begitu pantas, lama-lama dah fedup nak cari, cekalkan hati malas nak tukar lain, pakai jugak.  Sementara itu Abam keluar dari toilet, dah siap mandi kukira. Tiba-tiba,


"Wow!!! Peewitt!" 


Kalau dia dah berpiwit sambil tengok atas bawah macam tu, maknanya saya perlu tukar la pakaian saya tu. heheh.. Saya senang dengan cara dia menegur. Tak kisah pasal apa-apa pun. Sangat berhemah dan berhati-hati. Bukan apa, dia tahu yang saya ni sangat sangat sangat sensitif. Pantang ditegur, mesti merajuk dan diam membisu. Mula-mula tu memang la hati tu sentap sikit kan. Lama-lama ok je. hehhe.. Eh,  okay-okay saya sambung cerita lagi. 

Saya dah takde mood masa tu, ye la, geram la jugak pasal tak boleh nak pakai baju yang saya penat-penat gosok semalam. Geram sebab peha makin besar! Perasan gak, kalau dulu, kalau berjalan, peha tak berselisih pun, sekarang, 'kelepak, kelepuk' bunyi perselisihan. Hahahh! :">. (Eh, tadi punyalah cakap sebab fabrik mengecut bagai).  Lagi pulak, pagi ni memang dah target nak pergi kerja awal sikit. Abam cuba tolong saya carikan skirt hitam tu, tapi, tak jumpa jugak. Nak tak nak, saya perlu pakai baju lain. Cari punya cari, nasib baik ada kemeja yang tak perlu digosok. Great! 


Fikirku, bagus juga buat stok baju yang tak perlu gosok ni banyak-banyak sebab keadaan genting macam ni lah baju-baju sebegini sangat diperlukan. Adakah saya sedang memberi hint kepada dia untuk bershopping? Semalam dah gaji kan? Errrr....


Okay bye!



Eh, jap.

Nak tempek gambar semalam sikit boleh? korang kn suka tengok gambar. Heheh.. Saje nak testing kamera hp Samsung Galaxy S. hik ! hasilnya, boleh la... Cuma gambar tak secantik kamera hp sony C902.




Ehh...sweetnya laki bini sama-sama tembam!






Monday, October 25, 2010

Dalam hati ada cinta.....


"Kak Pah!!! Ajam!! Bangun-bangun!! Tengahari dah ni" mama mengejutkanku dari tidur.


Hahah! Mama kalau nak kami adik beradik cepat bangun pagi mesti gertak dengan 'tengahari dah'. Walhal masa tu masih pagi lagi. Hehhe. Comel mama. Lantas dengan tergesa-gesa saya bangun dari tidur dan capai tuala dan terus mandi. Lebih kurang 5 minit, saya dah siap mandi, terus capai baju dan tudung sekolah yang tergantung di belakang pintu bilik. Kalau dah lambat-lambat macam ni, memang saya mandi cincai je rambut pon jarang-jarang basah, kalau takde ape, setengah jam jugak bermandi manda. Heh.. Then, kutempek sedikit bedak Johnson ke muka ku. Masa tu budak lagi, bedak Johnson aje jadi pilihan. Sometimes, tanpa tengok cermin pon pakai, alih-alih sampai sekolah kawan tegur bedak bertompok-tompok kat hidung, mata, dahi. Gila comot masa saya kecik dulu. Dah siap mekap, terus saya capai beg meluncur ke pintu rumah untuk memakai kasut. Sebagai info, mama saya seorang guru di sekolah yang sama tempat saya sekolah. Bukan menengah, sekolah rendah aje. Kira anak cikgu la ni. So, pagi-pagi memang kami adik beradik tak breakfast. Mama tak sempat nak sediakan. Mama nak kena punch card awal kot. Hehhe..

Okay, sambung cerita. Buat perenggan lain lah, nanti korang pening nak baca panjang sangat. 

Mama dah hon-hon dah. Oleh itu, kami cepat-cepat sarung kasut sekolah dan terus masuk ke kereta. Adehh, tetiba rasa ketat plak kasut ni. Maybe kaki sembap kot (Eh, kaki saya memang selalu sembap tau. Kalau tidur lambat ke, berdiri lama ke, memang akan sembap. Dari dulu, kini dan selamanya..). So, kubiarkan saja kasutku yang ketat itu.

Mama meluncur laju ke sekolah. Dah tiba ke sekolah, pintu pagar sekolah dah tutup, tapi, nasib baik mama cikgu, pengawas sekolah bagi masuk je. Gila kau tak bagi cikgu sekolah masuk? Kami adik beradik turun dari kereta, masuk ke kelas masing-masing.


Kira-kira sejam dalam kelas, kaki ku terasa berdenyut-denyut. Tak sakit. Kubiarkan saja.


Sejam lagi berlalu. Kaki terasa berdenyut-denyut lagi. Tergerak hati untuk melihat kaki saya itu. Tapi, malas nak buka kasut. Saya menekan-nekan kasut dan cuba menguis-nguis dengan jari masuk ke dalam kasut. Rasa lembik-lembik dan basah-basah. Hati berdebar-debar. Tanpa berlengah, saya membuka kasut walaupun ada cikgu di depan sedang mengajar. Bila kasut dah dibuka, ohmaigod!!!!!! Ada seekor katak! Anak katak. Nasib baik saya dapat kontrol perasaan, tak menjerit. Cuma menggeletar badan menahan geli yang amat. Yang saya dok kuis-kuis ngan jari tadi tu, adalah anak katak???!!!! Gelinyaaaaaaa! hanya Allah yang tahu. Tapi, kesian gila dengan katak ni, berapa jam dok bersempit dalam kasut. Hahha! Padan muka...


Macam tu la cerita dia. Kisah di zaman darjah 4 tak silap. Gelak sorang-sorang  bila teringat kisah ni. Memang akan ingat sampai bila-bila.



Friday, October 22, 2010

Kerutuk Daging





Have you ever heard masakan Kerutuk Daging? Ini adalah salah satu masakan Kelantan. Sama je macam gulai daging biasa, cuma beza kuah pekat dan hitam sedikit. Rempah pun takde kot kat sini sebab special sikit remph yang diguna. Hanya kat Kelantan boleh dicari. Ke memang ada kat sini? Saya pon tak berapa pasti. Mama selalu buat kalau nak travel jauh sebab ia tahan lama. Ish, kalau korang rasa kerutuk mama saya, pergh!! Pengsan kot. Sedap sangat. Sape-sape tak boleh lawan Kerutuk Daging mama tau. Memang favourite kami adik beradik. Kalau mama datang KL, selalu pesan kat mama, pastu makan ramai-ramai. Demn! I really miss that moment..


So, harini saya nak bagi resipi Kerutuk Daging ni.  Wahh, dah lama tak buat entry masakan nih. Walaupun, mama selalu buat, tapi saya tak pernah buat sendiri. Rumit katanya nak buat. Tapi, semalam dengan berjayanya saya mencuba resipi mama bagi, ternyata sedap. Tapi, tak sesedap mama buat la. Mama lagi kick rasa dia. Ala, first time cuba, kira ok la kan. Yang penting Abam tambah 2-3 pinggan kot. Tak mau cakap apa lah kan. Lalala...Heheh.. Ok, jom masuk dapur!

Bahan-bahan:

1 kg  daging (hiris nipis-nipis)
1 1/2 sb rempah kerutuk (campur dengan sedikit air)
5 ulas bawang merah (mayam)*
2 ulas bawang putih (mayam) *
1/2 inci halia (mayam)*
1/2 batang serai (mayam) *
Air asam jawa
Ubi kentang (rebus dahulu)
Gula kerek/gula pasir dan garam
RM2 santan (saya taktau banyak mana yang mama cakap, tapi saya hantam saja. Kalau nak kuah banyak, banyak la sikit santannya)


Cara-cara:

1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan rempah, kacau sehingga naik minyak dan naik bau.
3. Masukkan daging, kecilkan api. Bila dah mendidih, campak garam, gula kerek/gula pasir dan air asam jawa. Rasa sendiri.
4. Bila daging dah empuk, masukkan santan. Biarkan mendidih dan naik minyak.
5. Bila kuah pekat, angkat. Siap untuk dihidang!


Okay, ini adalah bahan-bahan untuk menumis..


Daging ni, saya tak buat sampai sekilo pun. Em, taktau berapa banyak, macam segenggam tangan je la..heheh


Inilah rempah yang saya cakap tadi tu. Murah je, RM2.50 je sepeket. Boleh cari kat Kelantan je kot. Satu peket ni pun dah banyak sebab nak guna sikit je. Oh ya, saya nak balik Kelantan Deepavali ni, sape nak kirim boleh la...hahhah!


Ini pula gula kerek. Kalau Kelantan panggil 'nissan'. Saya, kalau masak apa-apa pun, especially yang berkuah, suka guna pakai gula ni, bukan gula pasir tu. Heheh.. rasa lebih sedap kot. Tapi, boleh je nak guna gula pasir. Terpulang.


Taraaaa! Dah siap pun...


Selamat mencuba...

Wednesday, October 20, 2010

Jom cari kerja..

Lagi setengah jam nak balik..
Weehuu!
Just got a sms from my husband.
Katanya, beliau masih lagi busy handling his course.. 
(banyakkan bersabar abam ye..hanya sayang yang tahu bagaimana perasaan abam masa ni)

hurmm...
Kat office takde orang pun, semua pergi kursus. 
Boring lor. Take 5 jap!
Tengah kemas-kemas folder dalam hardisk tadi, terjumpa gambar-gambar di bawah.
 Eh, rupa-rupanya boleh upload la gambar. 
Ingatkan tak boleh tadi. 
So, takde kerja...cari kerja lah. 

Hehe..layanzzzzzzzz


My make-up yang saya selalu guna..
"Mungkinnya Maybelline" (eh betul ke ayat tuh? versi lagu dalam iklan tu..)

Sangat poyos ok! Namun, saya suka lighting masa ni..


Ok, dah habis!
 Sempat edit dua keping je...

Bye!
 


Macam-macam perangai orang Malaysia nih..


"Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th."



Okay, disebabkan tak boleh nak upload gambar, harini kita bincang pasal isu semasa la ye. Pasal apa eh? Dah banyak hari tak tengok berita, tak baca paper, ada hati nak cakap pasal isu semasa. (T____________T). Kita cerita pasal lain la ye. Aduh, gagah jugak nak buat entry hari-hari ni. Takde masalah kan?


Ha, okay, baru teringat. Tiba tiba rasa nak marah bila teringat kes ni. Dah 2 kali saya terjumpa kes yang lebih kurang sama. Saya pelik betul dengan sesetengah sikap manusia yang takde daya sensitiviti langsung terhadap persekitaran dan orang sekeliling. Ceritanya begini, ada satu kali tu, saya pergi mall ...ala, lupa plak mall mana (banyak sangat berjalan sampai lupa kat mana). Okay lupakan pasal mall tu. Saya pergi surau untuk solat Asar. Dah siap-siap saya ambik wuduk, sedang saya menyarungkan kain sembahyang ke muka, tiba tiba datang seorang wanita bersama 2 orang anak kecilnya (sorang laki sorang pompuan) yang lebih kurang berumur 4-6 tahun gitu memasuki surau dengan tergesa-gesa.


"Mummy..mummy, Fatimah nak kemcim"

"Ala, nak kemcim pulak, Timah kemcim kat situ je la.."

(Fatimah = adalah rekaan semata-mata. Takde kaitan dengan korang ye ataupun dengan sape-sape lah)

Makanya, budak perempuan itu kemcim dengan jayanya tanpa pengawasan ibunya.  Ibunya pula tengah kalut-kalut nak solat. Great! Bagus betol perangai ibunya itu. Selamba gila suruh anak dia buang air kat tempat ambik wuduk? Tempat yang sepatutnya suci, bersih dah jadi kotor. Macam mana sangatlah budak kecik macam tu nak basuh kan, dah la main-main air pula kat situ dengan abang dia. Ya, Allah, meluap-luap dalam hati ni nak sound mak dia. Ibu mereka tak endah langsung dengan kelakuan anak-anak dia even dia dah nampak. Dah la tu, budak-budak tu masuk pula tempat orang solat, main kejar-kejar, bising-bising. Lagi saya nak marah bila abang budak pompuan tu, ambik spender adik dia dan main baling-baling dalam kawasan orang solat? OMG!!!!!!!! Geramnya saya! Tapi, tak boleh nak buat apa. Nak pergi sound, bukan jenis saya boleh sound-sound orang macam tu, nak nak orang yang lebih tua (nak sound budak kecik pon tak berani, inikan pula orang dewasa macam tu).

Sudahnya, saya solat dan blah dari situ secepat mungkin. Tak tahan nak tatap muka mak budak tu lama-lama. Takut saya pula yang pengsan sebab terlampau geram.

Tuesday, October 19, 2010

Handphone Terbaik 2010..hehe


"Ada 600 unit Iphone 4 dalam waiting list kami"


Tuuu dia. Begitu hebat penangan Iphone 4 di kala abad ini. Itu yang dah booking, kalau yang baru nak beli? Peh! Apa yang best sangat dengan Iphone 4 tu? Sampai kan gaduh gaduh tarik tarik rambut segala dok merebut nak beli henpon tuh. Haha! Eh, alamak, users Iphone, mintak ampunnn. Bukannya apa, kalut sangat semua nak henpon tu. Best ke nanti semua orang pakai henpon sama je..? Hahah! Ok, terpulang pada individu la kan. Abam pakai Iphone, best katanya. User friendly la katakan. Saya ni pun sebab tak boleh nak beli la boleh cakap macam ni neh. Kalau tak melambung gak dok puji henpon yang menjadi pujaan malaya tuh. Ini sampaikan nak kena tunggu berminggu minggu baru boleh dapat, apa cer?


Ahh!! Tak jadiklah nak beli Iphone 4. Tangan ni dah gatal-gatal  nak beli henpon baru.  Bukan apa, dah 3 tahun saya pakai hp saya tu. Lagi pulak button nombor satu handset sekarang tu tiba-tiba plak rosak bila dengar owner dia nak beli Iphone 4. Dah la tiba tiba buat hal haritu masa saya kunun-kunun nak trade in dengan Blackberry kat satu kedai mana entah. Saya hulur la handset C902 tu kat taukeh kedai, nak tanya berapa boleh ambik. Dia kata, 


Aiyaaa, manyak calar you punya henpon


Hish, apek ni. Check je la, tak yah la nak sound sound gitu depan orang. Dah la ada ramai orang kat kedai kau. Malu I.


Kalau talak losak apa-apa, saya ambik 3 latus


Mak aiii..murah gilew dia nak ambik. Mahal I beli dulu tu taw! Tapi, kira ok la tu kan? Eh, apesal plak tiba tiba berbahasa gedik begini? Okay okay. Then, taukeh tu, checking my handphone dengan menekan segala button yang ada. Dia kembali menyambung,


You punya button nombor satu sulah losak ma. Tengok ni. Kalau ini macam, kita ambik murah lagi la..

Haiyaaaaaa! Awat henpon ni gatai sangat buat hal saat-saat macam ni? Adeyy.. So, we decided to blah dari situ. Hahah! Dari dia ambik murah-murah, baik lah saya simpan  kan? At least, boleh bagi kucing saya guna.


So, masa tu dah terbantut keinginan untuk memiliki Blackberry. Saya cuba pergi Maxis Centre. Nak tengok pakej hp yang ada. Banyak sampai rambang mata dowh! Dah summary bagai, Iphone 4 and Samsung Galaxy S jadi sasaran. Harga pakej lebih kurang sama. Dah review pasal kedua-dua jenis hp ni. Kebetulan abang saya pakai Samsung S ni. Dia kata best pasal guna OS Android. Jenis OS paling laju diabad ni. Kalau nak emel-emel ke, memang tiptop lah katanya. Then ada banyak la lagi kelebihan hp tersebut. Sila review sendiri la ye. Malas nak cerita. Kalau harga asal, RM2600, tapi bila beli dengan pakej maxis, harga handphone dah jadi RM1099. Ada promotion sampai 7 November ni. Kebetulan la pula Iphone 4 ni takde stock masa tu, saya buat keputusan untuk angkat itu SAMSUNG GALAXY S la. Hehe...




Macam tulah cerita dia. Hp ni sangat menarik. Gambar sangat clear, i mean the screen. Email laju. Sms cantik.  Game best. Memang terbaik la wokkk! So, I recommend to use this phone.

Monday, October 18, 2010

Aktiviti pada hari AHAD

Sekitar kol 11.00 pagi saya sampai di Taman Botani, Putrajaya. Semalam ada photoshoot  Amie dan Dida di sana. Amie ni rakan partner bisnes yang Abam tengah buat sekarang. Eh, bukan haritu dah cerita ke? Berapa kali mau saya ulang, hah? *kenapa aku tiba-tiba garang?*. 


Nak dijadikan cerita, Amie kena demam campak. Duh..kesian dowh tengok beliau menahan kesakitan yang dialami. Pedih-pedih katanya. Walaupun begitu, photoshoot diteruskan jua sebab gambar-gambar yang saya ambil adalah untuk diletakkan di kad kahwin mereka. So, perlu cepat la kan. Amie tak boleh kena panas, so, kenalah shoot bawah pokok sahaja. Semalam dok snap banyak-banyak tu sampai dekat dekat 1G size gambar,  actually, nak guna satu keping je..Hehhe.. Ala, dah alang-alang pakai jangok-jangok, Dida pon dah mekap lawa-lawa, ambik je lah kan. So, memang beraksi sakan la semalam. Photographer aje yang beraksi lebih. Baring, tonggeng, cangkung, meniarap, tidur, semua ada! Tugas Abam, bawak props.


(*jangok = melawa/melaram)


Okay, gambar-gambar mereka tu saya upload later yup. Masih dalam proses editing. Aduh, dah banyak hutang nak kena langsai ni. Haritu janji nak publish gambar makan-makan kat office kan? (Sibuk macam lah kau photographer ala-ala SaifulNang). Petang tu pula kami berempat pula menuju ke rumah client Abam. Ada nak setelkan kerja-kerja binaan sikit. Saya dan Dida hanya membantu apa yang patut.



Akak bukan main masak-masak ye adik-adik.. Tengah bancuh filler nih. Kami juga menyediakan perkhidmatan filler bala..bla..bla... hubungi saya di 019-999..... okay, stop chepah!


Filler tu untuk tempek kat celah-celah tile warna putih tu. Tau kan? Ha, Chepah bukan sebarang chepah tau! Semua benda boleh buat..jadi buruh kasar pon boleh ni. Nampak je pakai baju lawa-lawa macam tuh, tapi, akak kau ni ada skill tau! Kalau ada nak buat kolam ikan dalam rumah ke, buat dinding ke, extend rumah ke, besaqkan dapor ke, habaq mai kat saya. nanti saya hantar orang suruh buat. (eh eh tadi dok bangga promote diri boleh buat macam-macam segala, alih-alih orang lain gak yang buat, adey..bini sapa ni?)




..
..
..
..

eh eh jap!

Sape ni? Sape ambik gambar curik ni? Sweetnya kapel ni.. Buat kerja sama-sama. Sorang mengecat, sorang lagi tertonggeng-tonggeng dok lumur filler. Romantisnya. Hehhe.. Kami sebagai bos-bos besaq sanggup turun padang tau, buat sendiri kerja-kerja ni, nak bagi siap cepat. Dapat duit cepat. Nak kemaskan mana yang tak kemas. Kualiti itu penting kan? Gambar ni, Amie and Dida yang capture. 


Friday, October 15, 2010

I've got this!



Thanks for your support Abam! 
Really appreciate it..
Bertambah lagi accessories my baby.. :)


I have got this from Abam last Friday. Haha! Harini baru nak buat entry sebab lupa nak snap. Okay, semalam dah tak lupa dah. Mesti korang tertanya-tanya apa la fungsinya menatang ni kan? Ini dipanggil Battery Grip. Battery grip ni tak disertakan pada kamera-kamera yang entry level dan semi pro manakala kamera full frame atau professional memang dah provide dengan body yang dah termasuk battery/vertical grip. So, kalau kamera macam saya ni, nak kena beli asing la, kira macam tambah accessories la... :)

Fungsinya pula adalah....

a) Bila kita nak snap gambar dalam keadaan vertical, kalau takde battery grip ni, agak susah nak shutter, nak kena bengkokkan badan. Ha, macam gambar entry sebelum ni. Lebih kurang begitulah keadaan kebengkokkan diri saya.


 Contohnya, ni nk snap gambar keadaan landscape, should be easy la...

 Ha, kalau nak snap secara vertical macam ni, agak susah nak pegang sebab button shutter tu, kat sebelah sinun. So, dah ade battery grip, lagi senang la nak snap kot bawah ke, ke tepi ke, kanan ke, ikut hangpa lah! nak pegang sebelah tangan pun boleh! 
(dalam gambar tu yang dah pasang battry grip)




b) Senang nak ambik gambar sendiri kalau ade battery grip ni. Kalau takde battery grip, kamera tak seimbang kalau kita pegang sebelah tangan saja dan kecenderungan untuk menggelosor jatuh amatlah tinggi ye adik-adik.., so nak kena  topang dengan tangan kiri juga. (lepasni, mesti banyak saya je dalam gambar..heh).

c) Kalau kita travel jauh-jauh or pi hunting ke, ataupun ada event yang spend masa almost whole day, bateri boleh tahan  lama sikit pasal grip ni pakai 2 bateri. Takkan la kita nak tinggalkan momen-momen yang berlangsung masa nak mencari bateri lain tu kan?

d) Pasang battery grip, barulah nampak besar sikit. Nampak macam gempak aje, padahal tak pun.. :P


Ada juga yang cakap, kalau pasang battery grip ni, akan mengurangkan shake masa nak tekan button shutter. Saya tak berapa pasti yang itu. Cuma apa yang saya rasakan pertama kali saat memasang battery grip adalah KAMERA BERTAMBAH BERAT!! Adey.. Beg comelku pun dah tak muat nak letak semua gadget yang ada. Huhuhu.. Adakah saya perlu mencari/membeli beg yang lebih besar? =P


credit to mat indon nih


Wednesday, October 13, 2010

Selamat berangan Chepah!



Recently, I've got a few jobs. Regarding to my hobby yep. Dari kawan-kawan, officemates and sehinggalah dari orang yang saya tidak kenali pun ade. Untuk office ni, ada juga la sekali sekala diberi penghormatan (ambik kau, diberi penghormatan konon) untuk ambik gambar-gambar untuk montaj la, untuk majalah la, seminar la, macam-macam lah. Yang terbaru, wedding event of my friend. Duh, I don't know whether I should accept it or not. Tapi, dengan excitednya, saya dah terima dengan sebaik  mungkin. haha! (dah terima, lagi mau confuse ka wei?). Ada juga sekelumit di hati ni terasa risau..dan takut tidak dapat memenuhi kehendak mereka. Nervous weh. Tapi, kadang-kadang rasa best apabila diberi kepercayaan  begini.


Well, it's new for me. Bidang photography ni yang dulunya hanya sekadar hobi (ceh, macamlah sekarang kau dah jadi OP...please stop berangan Chepah!). Okay, even sekarang pun masih lagi hobi.. hehe. Eh, apa saya dah membebel ni? Okay okay, stop. Saya snap snap gambar hanya untuk suka suka.. Bila melihat panorama pemandangan keindahan ciptaan Allah, saya snap! Bila melihat budak kecil ketawa riang, saya snap! Bila melihat keadaan di satu-satu majlis, dengan pelbagai gelagat orang, saya snap! Bila melihat Abam tengah makan, saya snap! (eh, nak masuk jugak?) Kalau boleh, semua benda saya ingin abadikan dalam gambar. Best tau! Kalau hobi boleh menjana pendapatan, apa salahnya kan? :)


And now, saya kena belajar lebih lebih dan lebih lagi. Memang sekarang pon masih belajar. Sambil menyelam, sambil minum air kan? By the way, ini baru hanya permulaan, belum pasti angan-angan saya ni menjadi ke tak, harapnya, jadi la kan? *Sedang senyum sambil menongkat dagu*. Kan dah cakap sedang berangan-angan tadi..


 
Tuuuu dia..berkerut-kerut ambik gambar. Ada style tak?
Cet, terasa bersikap poyo pula..ampun maaf dipinta.




Tuesday, October 12, 2010

Unplanned shopping

Petang itu mahu main bowling..
Abam perlu ke surau dan sementara menunggu beliau solat, saya terpaksa cuci mata di Jusco..
Abam tinggalkan saya terkontang kanting di situ..
Saya hilang arah tujuan..
[Walaupun mata dah mula scanning melihat segala jenis beg-beg dan kasut-kasut yang cantik di situ]

Boringnya tunggu kat sini sorang-sorang... [getuh hatiku..]

Sedang saya melilau-lilau keseorangan, mata tertumpu kepada satu kasut yang sangat cantik.

Saya jatuh hati..
Tabahkan hati untuk mencuba kasut tersebut.
Ternyata sedap dan selesa...nyum! nyum!
Warnanya sangat memberangsangkan..[eh, betul ke eja macam tuh?]

Tekadkan diri memanggil promoter yang ada tidak jauh dari situ.

Cik, yang ni ade saiz 37 tak?

Ada..

Lega...
Tanpa berfikir panjang, saya ambil dan bayar.



 Wah, sangat padan bila digayakan dengan tracksuit.. (-_-")
 Nampak macam kaki besar pula..sendat semacam je..
 

Kalau setakat pakai nak ke office tu, takperla kot.
Ini buat jalan-jalan sampai merata dah, melecet la jawab dia..
Kawan pesan,
Petua tak nak bagi melecet, gigit kasut tu dulu sebelum ia gigit kaki kita..
[sebelum pakai la wei,..]

Emm, kalau gigit selepas pakai macam mana? Jadi tak? Hehehh...



Monday, October 11, 2010

My collections of LATINA


Bestnya ada kedai kat baju kat office. Kopak lah saya kalau macam ni selalu.. (T_________________T)

Hangpa nak tau, my officemate, Elly ada jual blouse  jenis kain... adey, bajet macam tau jenis kain tu. Ala, macam kain tudung ariani tu la.. Jenis lembik-lembik sejuk tu. Pasal apa saya suka beli tu? Sebab design baju tu cantik dan murah.  Design  yang ada kebanyakkan yang jenis tutup bontot. Selesa pakai sikit dan bebas bergerak. Sekarang kan I am married woman, so, baju kena lah sopan sopan sikit. (Baru sejuk sikit perut Abam tengok. Apehal nak kaitkan perut Abam plak?) The price? Range dari RM20 hingga ke RM40. Murah kan? I just need to browse by using catalog sahaja. Catalog banyak gila. Berpuluh-puluh kot. Mana tak rambang mata I? So, sebab tu sekali beli 2,3 pasang atau kadang-kadang empat (ceh, lambat sikit nak tulis empat sebab takut nampak macam banyak plak). Tapi, yang saya berkenan, jenis yang spesen je designnya. Sama aje.. Hahha! Tak kisah lah, asal boleh pakei..



Tengok, design spesen je ni. Style baju pregnant gitu..Cekik kat atas pinggang, then kembang kat bawah.. Kiranya, boleh pakai dalam apa jua keadaan bentuk badan especially tummy.. Sangat flexible..Suka suka!




Corak baju yang ni saya suka. Tapi, saiznya agak besar dengan saya. Cantik kalau dipakai dengan belt yang besar dan kilat-kilat tuh. Tapi, saya segan nak pakai dengan belt, rasa macam ranggi sangat. So, pakai aje macam tu. Besar pon besar lah. Harapkan ade tali jerut kat both sides of the baju. Takdelah nampak gedabak macam tong sampah hijau yang kat tepi market tuh.




Dah lama gila tak shopping menggila! Kalau dulu, masa zaman belum kahwin, saya suka shopping sorang-sorang kat Jusco Midvalley after kerja. Kan banyak brand Scarlet kat situ (memang la brand tu je pon ade), standard harga  kemeja, seluar,  or blouse  RM49. Kalau dah beli 2, mahu cecah RM100 dah. Agak mahal kukira. Dah dapat source lain ni, save la sikit kan? Sekarang ni dah memang kena fikir jimat je........ hoh, tetiba plak kau nak pikir jimat chepah oi! Lenses, henpon tu ape cer?


So, for now on, tak perlu saya ke mall untuk shopping baju sebab risiko untuk shopping barang barang yang tak perlu juga amat tinggi. Lepas tu, tak perlulah Abam nak tunggu saya shopping sambil berpeluk tubuh sambil usap janggut macho perang beliau dan juga sambil gedik gedik kaki nak tunjuk lama sangat saya dok belek baju yang nak dibeli dan alih alih beli satu je sebab cuak Abam dok perhati dengan mata yang tajam sampai saya berpeluh. heh..


I'm now kinda craving of Baju Punjabi after I saw Kaksu, my officemate wore it last....em bila entah, totally forgot! Mesti nampak saya lebih matured dengan memakai baju baju yang sebegini. Great! Ada sesiapa tau tak kat mana saya nak cuci mata baju jenis ni? Online ker, would be better, lagi senang nak tengok...Pls..


Friday, October 8, 2010

Mesyuarat + makan-makan di office..


Well, jamuan raya dah habis. 
Banyak lagi makanan yang tak habis. 
Ada nasi lemak, lontong, biskut raya, kuih Sentul (pasal beli kat sentul)..
Semua orang kekenyang dan mengantuk. Syok!
Tapi, takpe, biarlah tak habis pun, petang nanti, boleh ulang lagi :P. 

 Malam tadi, kuali dah masakkan sambal tumis ikan bilis untuk nasi lemak.
Pasal ape? Untuk jamuan harini lah.
Saya kena masak sambal tumis ikan bilis.
Nasi, timun, telor dan sebagainya orang lain yang setelkan.
Yang hanya saya tahu, SAYA KENA BUAT SAMBAL.

Malam tadi balik kerja lambat, sampai rumah pun dah pukul 10.30 malam.
Aih, mana nak gosok baju untuk kerja esok lagi yakni harini lah,  nak buat kerja office lagi, nak buat sambal lagi..
 
Penat..

Tapi, kuteruskan juga walaupun Abam dah kroh kroh tidur dengan lenanya dengan konon-kononnya nak baring-baring sambil goyang-goyang kaki tengok sitcom '2 and a Half Man'. Tapi, 10 minit start, PADAM!

Mula masuk dapur pukul 11.30 malam.
Nasib baik ada pembantu kat dapur, Mak.
Mak tolong kelebek ikan bilis, belah dua, buang tahi, buang tulang.. 
Kerja double dah jadi single..
Tenkiu Mak.. ni sayang lebih kat Mak nih..

Saya memang tak biasa masak-masak makan untuk orang ramai macam ni.
Ye la, selama ni, takat nak makan 2,3 orang boleh lah..
Tapi, saya mahu belajar, supaya senang orang nak tempah ngan saya pula..
[Kau ingat kau masak sedap sampai orang nak tempah-tempah bagai?]
Lama juga nak bagi cabai yang dah diblend tu naik minyak..
[Nasib baik saya yang tak naik minyak dulu]
Dapur memang lintang pungkang, sebab bila sambal mula mendidih, sambal mula terpecik ke dinding, lantai, kaki, tangan dengan jayanya. 

Adoi!

Tiba-tiba aku menjerit kesakitan bila sambal terpecik kat kaki..
Betapa ganasnya kepercikkan sambal itu.. Syok!
Akhirnya! My sambal is done!

Bawak ke office..


Sedapnya sambal ni..sapa buat?



*blushing*

 Suka masak-masak bagi orang makan macam ni..nak nak kalau orang suka..
[eleh, suka masak kunun, tapi, open house kau tak buat-buat jugak..]

bak kata bos, masa sekarang la masing-masing nak tunjuk skill masak...

Gambar-gambar akan diupload nanti okay!
Tunggu.. :)


Bye!


Muhasabah diri...

Kadang-kadang..
Benda yang kita rancang, selalunya tak menjadi..

Kadang-kadang..
Benda yang kita tidak rancang, selalunya menjadi pula...


Memang begitu lumrah kehidupan...
Semua benda kita mampu merancang, tapi, Allah hanya menentukannya samada benda yang dirancang itu menjadi atau tidak..


p/s: Happy birthday SITI SHAWANI MOHD NAWI! Happy sebab surprise kami menjadi even tak sempat  plan ape-ape pon..

Thursday, October 7, 2010

Sambil menyelam..minum air..


I love photoshoot!
Ini gambar masa saya balik kampung kat Jitra..
Sambil Abam driving, sambil saya snap snap snap!
Enjoy!



Here is a picture of how i manipulate the picture, tonal contrast! :). I think this photo are really over edited pula. Kahkah...! Tapi, tak kisah lah kan, I think I like it......so much..the tones of the colors, awesom!
(kalau bukan diri sendiri yang nak puji, sape lagi kan? hahahh! bek saya buat dulu)

Subhanallah!


"Pretttttttt!!!" Cermin dah kotor sangat, terpaksa clearkan dengan air kereta, eh air dari wiper, eh, pelik pula bunyi air dari wiper, eh air ape ni orang panggil?


Hai nama saya Cem-pha-ka..!!!!
(gila tradisional nama...siap eja cara zaman dolu dolu lagi)


Wahhh, gambar facebook! Nasib baik tak berlaga pipi bagai. Dah lama tau tak ambik gambar berdua macam ni sejak kahwin.. Pasal dah boleh ngadap hari hari kot sebab sekarang tak perlu nak tatap gambar dalam henpon macam dolu dolu sebab rindu (eh, kenapa pula aku membuka keaiban diri sendiri ni?). Berat seh kamera nih, sebab kena pegang sebelah tangan saja, nak snap lagi. Itu yang tunggang terbalik ni..


Okeh..sekian saja untuk kali ni..


Bye!

Wednesday, October 6, 2010

Atin selamat!


If you have read my previous post, you would already know that now I am really busy with my family matters. For now, we live at KL International Hotel close to the IJN so easy for us to commute to the hospital to visit my little Atin.. Tapi, malam ni, saya akan balik ke Nilai sebab baju kerja dah habis untuk dipakai...


Last Monday, Atin masuk dewan bedah at 1.30 p.m dan operation berlangsung selama lebih kurang 3 setengah jam. At 4.50 p.m, the operation is done! Pukul 11.00 p.m Atin sedar. Alhamdulillah..thank God. Everything was running smoothly.


Hari Selasa haritu, saya sempat melawat beliau di ICU. Ya Allah, saya tak tahan tengok budak kecil terlantar atas katil, belum sedarkan diri, dengan darah masa operate pun belum di cuci, dengan wayar2 bersambungan, cucuk hidung, lengan, dada, kaki. Kelihatan setitis airmata di hujung matanya. Kesiannya. Muka Atin masa tu, ....sedih sangat saya tengok.. Saya tahan diri supaya jangan menangis kat situ,


Alahai...kesiannya, Atin abang...

Takper, kita buat ni supaya nak bagi dia baik.. (berkaca)


So, yesterday, during lunch hour, me and Abam went to IJN to visit my cute little Atin. Atin telah dimasukkan ke wad. Bila sampai kat katilnya, terasa lega dapat melihat dia dah sedar. Muka bersih je. Sebelum sampai wad, saya dan Abam beli sekor bear kat lobby untuk Atin. Dia nampak sedikit happy melihat maksu dan paksu dia datang, tapi, muka masih masam. Menurut mamanya, Atin masih fobia dengan operation tu kot. Abahnya tanya kat Atin,

Atin, kita nak bagi nama apa kat bear ni ek?

Senyap..tiada jawapan darinya.. Dia hanya gerakkan bahu untuk menunjukkan dia takde idea untuk bagi nama.

Ha, sebab Atin dok kat Wad Melor, kita bagi nama bear ni Melor nak?

Kitorang gelak habis dengan cadangan abahnya. Atin pun tergelak sama... Dia setuju..So, sekarang memang lekat la nama Melor. heheh... Comel Atin! Lega tengok dia boleh makan dan gelak2.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah!



"Atinnnn.....senyummmm, Paksu nak ambik gambar nih..."
Maksu dia sebok nak bergambar..