Sedang menunggu hari. Harini dah masuk 38 weeks 1 day dah. Almaklumlah first time, memang tak dapat bajetlah bila baby nak keluar. Awal ke, on due ke overdue ke. Dah alang-alang surf internet ni, maka tercari cari lah apa tanda tanda bersalin supaya saya boleh sentiasa alert.
1) Perut turun ke bawah
Kebanyakkan orang akan alami tanda seperti ini. Orang tua-tua cakap, kalau perut dah nampak macam turun ke bawah, tak lama la tu. Especially, kalau memang dah nampak turun bawah sangat. Agak agak selebar 5 jari turunnya. Saya punya, mama cakap macam dah nampak turun dari last week lagi. Tapi, memang betullah, nafas pun semakin okay sikit sebab dah ada space sikit kat bahagian atas ni. Nafas tak terganggu. Lagi satu, mama bagitau, perut saya dah nampak terasing dari badan. Dah makin ada shape, kurus dan muka dah tak sembap sangat dah. Wah, nampak kurus! Ada can nak kurus balik ni. hehhe..
Bila baby dah turun, masa tu kita akan rasa;
- Sakit bahagian kelangkang samada bila berjalan atau duduk sebab baby menekan. Tapi, sakit kelangkang ni, saya rasa sejak balik kampung haritu lagi. Especially, time nak bangun dari tidur. Memang Suami kena tolong angkat bangun.
- Selalu terasa nak terkencing. Hmm..rasa selalu nak kencing ni memang dah bermula sejak awal hamil lagi. hehe..
- Perut terasa sakit sebab baby asyik mengeras je. Ada juga setengah orang takkan ada rasa sakit pun. Doktor bagitau, baby mengeras ni sebab dia tengah praktis menolak dirinya untuk engaged ke bawah tu.
- Kerap terkentut. Takde plak selalu. Tapi, perasan jugak 2,3 harini terasa banyak angin dalam perut. Maybe betullah tu.
- Kerap buang air besar. Memang betullah! Kadang-kadang tu, dalam setengah jam boleh 2,3 kali buang air besar. Lega tau! Yelah, makan sikit, buang..makan sikit, buang. Heheh..
2) Keluar lendir pekat atau lendir bercampur darah
Semalam kol 4.30 pagi, saya tersedar dari tidur sebab terasa macam ada sesuatu keluar. Tangan mula meraba-raba atas katil, takut-takut pecah air ketuban ke apa. Tapi, tiada apa pun. Pergi toilet, nampak macam ada lendiran keluar. Tapi, belum bercampur darah. So, saya memang tak berapa pasti. Hati mula cuak juga. Ingat nak kejut Suami, nak bercerita, tapi, kesian pula nak ganggu beliau tidur. So, sambung tidur je lah. Tengok lah harini macam mana. Lagipun, saya memang tak rasa sakit apa pun lagi. Orang cakap, kalau keluar tanda lendir campur darah macam ni, rasa sakit bersalin tu lebih sakit berbanding orang yang pecah ketuban. Gulp!
3) Sakit belakang
Sakit belakang ni dah lama saya rasa. Sejak dari usia kandungan 7 bulan lagi kot. Masa belum start bercuti lagi. Sebab tu lah tak larat nak pergi kerja, nak berjalan pon memang sakit pinggang. Mungkin berat sangat kot baby ni. Badan saya tak boleh tahan sangat. Sekarang ni makin sakit. Especially, kalau duduk lama sangat, bila nak bangun balik, memang sengal gila ah sakitnya. Orang kata, kena banyak berjalan, biar cepat sikit bersalin. So, lepas breakfast tadi, pergi Mydin yang besar kat Kubang Kerian ni. Saja pilih tempat yang luas sikit, supaya boleh jalan banyak. Tapi, tak sampai 15 minit, rasa nak guling-guling atas lantai. Tak larat weh! Penat gila. Sakit segala-galanya! Oh tidak!
4) Pecah air ketuban
Biasanya keluar air yang banyak dari vagina. Air yang tiada bau dan warnanya jernih. Inilah yang dikatakan kembar air.
5) Contraction yang kerap dan berterusan
Mengikut apa yang saya baca dan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan, kalau dah rasa contraction yang kerap dan berterusan macam every 5 minutes, dah kena cepat-cepat pergi hospital. Kalau belum, tak perlu pergi hospital lagi pun takpe. Nanti lama pula kat wad. Jenuh juga nak menunggu je kan. Saya ni pun, takut juga dengar pasal contraction ni. Orang kata, sakit yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Macam mana agaknya sakit tu kan? Saya tak tahu lah saya ni jenis kuat semangat ke tak. Hopefully, semua berjalan dengan lancar. Amin..
"Baby....bila nak keluar ni..?"
hee semoga semuanya dipermudahkan nnt kak pah :)
ReplyDeleteIjah:
ReplyDeleteThanks Ijah..harapnya..amin... :)
chepah: huhu. tak lame lg tu nk kuar dh baby. yeay! tp mmg btol ah yg buang air besar tu, ade satu minggu tu, sehari smpai 3-4 kali pg buang air besar, pastu next week nye dh deliver.. aku dulu show jugak, lendir kaler coklat je, tak darah pun, esoknye dh start contraction yg sakit2. so. all the best la chepah. smoga dipermudahkan.
ReplyDeleteAthie:
ReplyDeleteoo..ye ke? sy ingat, sebab br mkn obimin yg jd sll buang air besar tu. rupanya, memang tanda2 dah la tu ek. mcm2 dh terasa sakit ni. cuma sakit yg boleh tahan lagi ni. confuse mcm mn sakit contraction tu.huuh
management of nonalcoholic fatty liver disease weight control management of nonalcoholic fatty liver disease weight control
ReplyDeletemanagement of nonalcoholic fatty liver disease weight
control
Here is my web blog fatty liver treatment in homeopathy