TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, October 24, 2011

Set Bersalin

Hai mommies out there!
Saya tengah buntu sekarang ni.
Malas dah nak survey-survey pasal set bersalin ni.
Benda ni perlu ke tak eh?
Perlu tu memang la perlu.
Tapi, kalau yang jenis pantang sendiri ni macam mana ek?
Macam macam jenis jenama set bersalin yang ada kat pasaran sekarang ni.
Nak beli pon, boleh tahan jugak harganya.
So, nak kena survey betul betul jenama apa yang okay.
Ada yang cakap, ada jenama yang tak serasi dengan kita.
Kang beli, tak leh nak pakai, membazir pula.
Tak reti la!
Mana la saya nak tahu jenama tu sesuai dengan kita ke tak.
Arghhh! buntu lah..

Boleh bagi tips tak?
Ke nak share pengalaman ke..
Respon anda amatlah dialu-alukan....

Friday, October 21, 2011

2D scan

Semalam teman my sister pergi checkup di Pusat Perubatan Damansara Damai. Dah alang-alang dia nak pergi scan, saya pun gatal nak scan juge. Saje nak check kandunganku sihat ke tak. Kami ditemukan dengan Dr. Kamal. Dr. Kamal ni memang best lah! Berbanding yang saya pergi scan di Putra Medical Centre last month, Dr. Kamal ni lagi best. Sebab dia baik dan suka bercerita kot. Padanlah my sister selalu checkup situ.


Semua keadaan baby dia tunjuk dan nampak dengan jelas even scan 2D je. And sekali lagi, doktor mengesahkan baby kami adalah gegel. Hehhe.. Memang jelas sekali nampak tuttttt dia semalam. :"> . Sebelum scan, doktor ada bagitau, kalau untuk 31 weeks, sepatutnya berat baby dalam 1.5kg. Bila scan, 1.76 kg. Mak ai, terlebih sikit. Hehhe..Tapi, doktor cakap, berat baby masih lagi dalam graf yang normal. Kali ni mahal sikit lah. RM85 per scan. Haritu punya RM60 untuk 3D scan. Tapi, tak kisah lah, janji saya puas hati kennn....


Alhamdulillah, doktor bagitau, baby saya sihat. Semua pembesaran seimbang dari segi saiz kepala, panjang kaki & tangan. Air ketuban pun cukup dan uri saya pon dok kat atas. Kedudukan baby pon okay (kepala di bawah). Tapi, doktor cakap, sekarang ni, baby masih lagi boleh berpusing. Hopefully, by the time saya nak bersalin, baby dalam keadaan okay juga macam sekarang. Amin..Sangat lega tahu baby sihat. Alhamdulillah syukur..


Siap bagi frame lagi. Comel betul :')

Thursday, October 20, 2011

[No Tiltle] Boring Gila Fikir Nak Letak Tajuk Ape...

Ho..ho..ho..penat seh..
Dah 3 hari dok berulang alik dari KL ke Port Dickson, Seremban dan semalam ke Kuala Pilah.
Ada hands-on SOP yang perlu saya attend sebab saya adalah URUSETIA.
Nak cerita banyak banyak pasal program ni pun, kang korang tak paham pula.
Saya ni pun, agak agak paham je. ehhehe..
Adeh, memang penat la.
2,3 harini pinggang saya semakin sakit.
Nak berjalan sakit.
I don't know why..
Maybe berat kandunganku dah semakin bertambah.
Nasib baik semalam dah habis.
Kalau bersambung lagi harini, memang tak daya la saya nak ikut lagi.
Kaki dah sembap dah sebab duduk lama dalam kereta.
Macam telaga buruk dah kat buku lali sebab bila sembap, saya suka main tekan tekan kat bahagian buku lali.
Kulit tenggelam macam telaga. hehhe..


Macam biasa, mak buyong ni selalu nak interprem.. :')

Wednesday, October 19, 2011

Music therapy for my baby..



Abam ada bagi this earphone aritu. 
Konon-kononnya, suruh letak kat perut la kenn..
Saje nak tengok reaction my baby..

So, saya nak try la letak semalam.
Cuba mencari lagu dalam laptop ni.
Orang kata elok perdengarkan ayat ayat Al-Quran kan.
Cari punya cari, alamak, tiada pula mp3 Al-Quran punya.
CD tu ada dalam kereta.

Dalam laptop ade lagu ni je:
Saloma tajuk Apa Guna Berjanji
(klasik gila lagu..)

Nampak senyap je ni, tengah tidur kot.
Letak je earphone tu kat my belly, terus bergerak...
Ternyata memang my baby bagi respon yang baik lah. kehkeh.!
Kicking sana sini..bergelombang je perut ni.
Saya tergelak sendirian melihat responnya..
Sorry Sayang, Mama terkacau kamu tidur pula...
OOoooo...suka sangat lagu Saloma yeeee...hewhewhew!
(˘ڡ˘)


Aishhh...geram betul dengan anak aku sorang ni.
Mama tak sabar nak tengok kamu tau! :')



CC: Abahnya.. 
       (rugi tau Abang tak tengok...hehhe!)

Monday, October 17, 2011

[Entry bergambar] Outstation ke Cameron Highlands

Seronok.
Sejuk je sepanjang berada di sana sebab hujan memanjang.



 Tak sah la kenn, kalau pergi Cameron takde gambar strawberry ni. Hehehe...


Cehhh!

Inilah manusia yang paling ceria..Hahha! Thanks En Ishak bawak kami jalan-jalan serata Cameron...

Ramai cakap muka kami nak sama. Even bos kami pun kadang-kadang tertukar nama. Hehe..

Gile lenguh tau dok macam ni. Semua urat-urat peha rasa macam nak putus. 
Takpelah, nak posing punya pasal. Hewhew!



Melawat cerun runtuh di Gunung Pass, Simpang Pulai.
Gambar cerun runtuh, tak pula saya snap. oppss, sorry! :p

Family Unit Senggara Tengah/Timur

I am 7 months pregnancy! Peace yo! 

Dalam banyak-banyak gambar saya snap, ini gambar fevret saya.
Cantik gila kan view ni?
Oh, saya memang suka ambik gambar.

Ini pun.
Nampak sangat fresh dan yummy kan? Bawak balik je, terus masam..
huhu..


Erm, actually, kami pergi C. Highlands ni untuk bermesyuarat. 
Tapiiii, takde pula gambar yang mesyuarat kan? 
Okay..okay..okay..meh saya upload la sekeping takut nampak sangat kami pergi berlibur je. huh! (-_-")
Nah!

Ok..ok..ok..saya tahu.
Saya nampak macam GERGASI je kan?
Besar gila.
Hopefully, dapat ke bentuk yang asal la lepas bersalin nanti.huhu..


Okay la, dah 12.30 a.m dah.
Esok kerja.
Pagi-pagi ada meeting.
Kat office JKR Port Dickson pula tu.
Haih, berjalan lagi la saya esok.

ZZZzzzzzz....


Putih gebu la Ammar nanti..

Tadi pergi hantar Suami pergi stesen bas Putra. Bas pukul 10.00 malam. Adeh, menyepi lagi la 2 minggu ni. Baru je anta dah rindu.. :'(. Alaaa..esok kena drive sendiri dah (eh, macam la sebelum ni orang lain je yang drive). 


Balik je rumah, saya disambut baik oleh kedua-dua anak buah. Rindu kot 2 hari tak jumpa. Ok, perasan sendiri. Kahkah! Tiba-tiba terasa nak kemas bilik. Serabut tengok rambut banyak bergelimpangan atas lantai. On vakum. Habis satu bilik, kututup vakum. Pelik juga Ammar tak datang kacau saya masa memvakum tadi sebab budak kecik tu pantang sangat kalau dengar vakum, mesti nak main. Tak lama lepas tu, saya terdengar kakaknya, Ameera mengekek-ngekek dalam bilik mummy dia. Mummynya pula sedang rancak menonton drama Anugerah Skrin lakonan 'Ustaz Shauki' kat TV3. Oh. Geli tiba-tiba teringat Ustaz Shauki tu. Kahkah! Sape yang tengok Tahajjud Cinta, tau la kot kenapa saya geli. 


Terasa nak pantau budak-budak ni dok buat apa dalam bilik tu. Mesti ada something ni, pasal happy sangat dok mengekek-ngekek ni. Tengok-tengok, masyaAllahhhh!!!! Ameera!!!!! Ammar!!!!!!






Amboi..seronok betul si kakak menyental seluruh rambut dan muka adiknya dengan CREAM SAFI RANIA GOLD!!!!! 

Dah macam trojan dah saya tengok..Nak marah pun tak jadi sebab nak tergelak tengok Ammar dok menyengih je keja dia.

Adoiiii..sabor je lah....

(-_-")



Wednesday, October 12, 2011

Cerita weekend lepas...


Last Sunday, saya, Kak Jed bersama anak-anaknya pergi 'jogging' di taman KLCC. Memandangkan rumah kami hanya 15 minit je nak pergi sana, agak selalu juga lah pergi picnic kat sana. Saje lah nak bawak budak-budak mandi manda dan main playground. Oppss, tercakap pula picnic. Kata tadi jogging. Takde maknanya nak jogging boyot-boyot macam ni. Tak boyot pon malas, inikan pula ...em...


Actually, bersama family kawan-kawan kak jed skali. Disebabkan ada acara makan-makan, mak buyung ni memang suka la nak ikut sekali. kehkeh. So, macam biasa la, time to snap snap snap! Jom layan gambar...zassssssssssss!

Anak buah, Ammar cuba untuk interprem. Dah la tak pakai baju..

So, sekarang Ammar telah dibuang..

Acara merendam kaki and seperti biasa, Ammar cuba interprem lagi..


"Pak! Pak! Pak!" Ammar menepuk2 air..Sonok betul dia boleh main air..

Artis baru posing untuk majalah Mangga. hehe..

Kak Jed

So, itu saje. Gambar saya? Oh, takde. Saya jadi camerawoman je haritu. Malas nak masuk gambar. Hmm, saya baru balik dari outstation di Cameron Highlands harini.. Nanti nanti lah saya cerita and update gambar. Dah lemau dah ni. Nak tidur. Bye!




Thursday, October 6, 2011

Carta Pergerakan Bayi

Nak tanya la, bila masa kita kena start check carta pergerakan bayi ni? Ada yang kata start 7 bulan, ada yang kata 8 bulan. Saya dah masuk 7 bulan ni, tapi, nurse tak cakap apa-apa pun masa chekup kelmarin dulu. Nurse lupa ke atau memang tak perlu start lagi? Takut kena marah je nanti sebab tak buat. Masa tu, nak salahkan siapa? Salah saya?

Jadi, untuk tidak menyalahkan sesiapa, saya buat je lah sendiri. Tak berani nak tick dalam buku pink tu lagi, takut kena marah. Nanti, kecoh satu klinik dengar nurse membebel. hihi..



Gigih tak taip benda ni sendiri? heheh..harini baru start. Biasanya, kol 10 pagi, kerap gak baby bergerak. Bergelombang rasa perut ni. Bahagia rasa.. :'). Tapi, tapi, tapi, kalau Abah dia datang sini, mesti baby tak gerak sangat. Sian Abah, tak dapat nak tengok tendangan agresif si bayi lagi. Mungkin belom serasi lagi..hahha! Tu la, sape suruh tinggal Mama sorang-sorang kat sini? Opps...! (@_@)




Wednesday, October 5, 2011

Kisah minum air gula-yang-sangat-sedap-sehingga-boleh-mengalirkan-air-mata (sambil angkat kedua-dua belah tangan ke dada)


Alhamdulillah, selesai sudah sesi minum air gula pagi tadi dan 2 kali kena cucuk lengan kena ambik darah yang setiap botol berisi 10ml. Dah la dapat nurse yang kasar sedikit. Sudah naik lebam lengan ni. Tak kisah la, apa jua kuturutkan asalkan kandunganku sihat sentiasa. :)

Bercerita pasal minum air gula pagi tadi, erghhhhhh! Saya rasa dah trauma dengar air gula. Time minum tu okay je lagi. Lepas minum tu, arghh! tak tahan. Rasa nak muntah je. Tapi, kutahan jua. Nak kata tak manis, memang la manis. Tapi, tak semanis dan sepekat yang digembar gemburkan. Rasa pun, bukan la tak sedap. Takde rasa pun sebenarnya. Rasa gula semata-mata. Boleh je telan.  Cuma, kan kena puasa dari kol 10 mlm semalam. Pastu, kena pulak telan air manis. Angin dalam perut dah tolak naik ke atas. Memang terasa sangat teruk okay. Tapi, kesian juga tengok ibu ibu yang lain. Sampai muntah-muntah kat klinik tu. Ada yang nak mengelat pon ade, siap cari tempat nak buang air gula tu. Alhamdulillah, saya dapat bertahan sampai kol 10.10 pagi. Then, ambik darah, pastu terus balik rumah. Balik aje rumah, bluwekkkk! Habis semua keluar. Oww..rasa sangat best tau sebab angin pon keluar skali. Baru boleh makan nasi kerabu bersama ayam goreng dengan jayanya.


Lepas ni nak kena maintain berat badan la. Takut kena minum lagi. Serik. Tapi, mampukah aku untuk nak maintain berat badan? Haihh..

Cup air gula setinggi ni la. Banyakkan? Kalau air milo sekalipun, kembung gak perut nak habiskan. Ini kan pula air gula yang takde rasa tu..erghhhh!







Tuesday, October 4, 2011

28 weeks checkup

Assalamualaikum..


Pagi tadi checkup lagi. Syukur alhamdulillah, my HB dah kembali normal. Dah tak merah macam haritu. Dari 10.6 to 11.7. Okay la kan? Saya rasa sebab saya makan vitamin yang nurse bagi tu dengan air jus kot. Cepat serap sikit. Bila dapat result tadi, rasa nak menjerit dalam klinik tu, nak bagitau semua orang yang HB saya dah ok. Untungnya orang yang HB dia takde masalah kan? Skip makan ubat pun, tak terjejas sangat. Saya ni, nak kena sentiasa berjaga-jaga je.

Dah semua okay, ada lagi satu masalah yang timbul. Masalah BERAT BADAN NAIK MENDADAK!!! 2.8kg in 1 month. Ala, nurse pun, itu pon nak berkira. Kasi la can sikit. Sudahnya, esok saya kena minum air gula. Masuk office lambat lagi la esok. Ye la, nak kena ambik darah, minum air gula, then rehat kat situ 2 jam, pastu ambik darah lagi. Lama gak tu nak kena rehat (duduk atas kerusi je kot) 2 jam macam tu. Tak dapat bayang kelenguhan pinggang yang akan dialami. Hmm, tengok lah esok macam mana. Hopefully, semua okay. 

Disebabkan dah tak boleh kunyah kunyah sekarang, mau tidur lah. Lapangkan diri.