TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, September 25, 2012

Homemade baby rusk for my angel Ayesha :)





Konon-konon nak buat biskut untuk si manja saya tu.. Selagi mampu, buat sajelah. Konon-konon homemade lah kenn.

Dapat info cara buat baby rusk dari Group HSFFYB kat FB, so nak try buat lah. Alahai...senang sangat kot. Bakar saje. Pakai roti Gardenia kosong tu aje. Lagipun yang tu aje lemak manis disukai ramai kan? Okay, first step, buangkan tepi roti tu. Oleh disebabkan saya takde pon cookies cutter-yang-super-duper-cute macam Kak Farah Rahim tu, so, kiter pakai cutter yang dok ada kat dapur tu je la ye..iaitu pisau biasa tu la.. hehe. then potong kecik-kecik macam stick (as picture above). Saya buat panjang panjang macam tu supaya senang nak bagi Ayesha pegang. Lagi best kalau sapu unsalted butter kat roti. Last skali, bakar roti dalam oven 170C selama 30 minit.

Saya hanya ade microwave oven saje kat rumah. So, bila saya bakar, memang takde nampak hitam hitam kesan bakar pon. Macam gambar kat atas tu, macam tu la rupa sebelum dan selepas bakar. Memang roti tu jadi keras dan rapuh. Okay untuk baby.

Petang semalam, tersinggah kedai nak beli periuk untuk buat bingka. Ternampak cookies cutter yang cute-cute.  Dah jumpa pun. So bakar lagi......Taraa...!



 Ni la cookies cutter tu.. Tekap saje. Dapat la 3 bentuk. Lebihan roti tu, boleh cicah kopi. Heheh..

Comelkan???


Tengok la anak dara I ni makan. Berseleranya! Tak pernah beli baby chair, so, memang merata la dia makan.. Atas meja di ruang tamu pun jadilah. Heheh..Memang agak messy sebab roti ni sangat rapuh. Macam roti yang kita  bakar dalam toaster tu la. Actually, first time ajar dia makan sendiri. Maybe tak pandai lagi nak makan macam mana. Mula-mula bagi roti ni, dia genggam sampai pecah. Then, patah patahkan jadi kecil, pastu, baru dia makan. Ingatkan dia nak hisap gitu saje. Hmm..makan la Sayang cara macam mana pun, asalkan Sayang selesa. hehehe..

"Yummy Mama!! Beshhh!"

"Saya takde gigi lagi, nak kena gigit lumat lumat dengan gusi je"



"Mama...tengok ni, dah habish!"

Tuesday, September 18, 2012