TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, July 29, 2011

Inai (henna)

Amacam bola semalam? Ada bagus? Saya satu family hanya menyokong dari rumah untuk Harimau. Memang excited gila lah tengok semalam. Kak Jed sampai kan dok berdebar nak tengok. Macam dia pula yang main bola. (T_T). Tapi, tak tengok habis pon. Dah sedih sangat Singapore sumbat 1 gol. Tidur awal pula. Okey, malas dah nak cerita pasal bola, nanti nangis pula. Haha!


Terasa nak pakai inai lagi. Tengok kakak and anak2 buah pun pakai. Nak join sama. Memandangkan dah lama inai di jari jemari ini habis, ingat nak sambung balik. Saje nak mengulit kenangan indah di zaman perkahwinan dulu. Haha! Poyo je..



Sila abaikan kecomotan inai di jari..

Inai merah di jari. Rasa macam baru kahwin pula. Haha! Padahal perut dah boyot kot. Pakai inai yang tiub je ni.

Ha, ada tips tau untuk tahan lebih lama. Em, bukan tips juga lah. Sebenarnya ada instruction kat kotak inai tu. hehe.. Mula-mula lumur inai kat kuku, then biar sampai kering. Seeloknya semalaman lah. Pastu, sapu dengan tisu then letak minyak. Tak cakap lah minyak apa. Minyak masak pon boleh, baby oil pon boleh. Biar lama sikit, then basuh je lah. Lebih kurang gitu penerangannya. Selamat mencuba! Saya ni pun sedang mencuba. Tak tahu lah jadi ke tak. hehhe..


0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!