TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, July 10, 2011

Takziah

Semalam seharian saya di Tampin.
Pergi ziarah coursemate husband yang meninggal.
Khabarnya meninggal kerana sesak nafas.
Arwah selamat dikebumikan sekitar jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Pekan Baru Tampin.
Walaupun saya tidak pernah mengenali Azaa dan arwah, terasa macam dah kenal lama..


Sungguh hiba dan pilu saya melihat keadaan si isteri yang meratapi pemergian arwah suaminya..
7 tahun berkawan tapi hanya 2 bulan sahaja boleh hidup bersama sebagai suami isteri.
Bertambah pilu, si isteri baru sahaja disahkan mengandung beberapa hari yang lalu.


Ya, Allah..sungguh berat dugaan untuk awak Azaa..
Bersabarlah sahabatku..
Tabahlah menghadapi dugaan hidup.
Perjalananmu masih panjang..
Hidup mesti diteruskan.
Jaga diri dan kandunganmu baik baik.
Moga anakmu menjadi anak yang soleh solehah..
Allah lebih sayangkan arwah.
Amin..

Takziah untuk Azaa dan keluarga..

Al- Fatihah..

0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!