Gatal gila perut nih. Perut nak membesar lagi kot. Perut pun memang dah tegang sangat ni. Tapi, orang pesan jangan garu, nanti tinggal scars pula. Kalau dapat garu ni, boleh berair mulut kot. Uffff...layan sehh.. hehe. Ish, sabar sabar. Kang tinggal parut, kulit dah tak cantik dah. Tapi, alhamdulillah la. Setakat ni, belum ada kesan rekahan lagi kat perut saya ni. Tak pasti la sebab still awal ke, atau masa kandungan 8-9 bulan baru rekahan tu akan timbul. Kadang-kadang, tengok jenis kulit juga. Kalau kulit seseorang tu jenis yang kurang elastik, senang la rekahan tu akan timbul. Macam saya ni, kurang elastik kot. Ye la, baru 6 bulan, dah tegang semacam je kulit ni. Bersinar-sinar lagi. (-_-")
Masa awal-awal pregnant dulu, my friends dah pesan, kena pakai lotion/cream/baby oil supaya kulit sentiasa lembut untuk mengelakkan rekahan timbul. Tapi, kandungan 4-5 bulan baru saya start pakai. Tak tau lah dah terlambat atau tak. Tapi, alhamdulillah la, rekahan tu masih belum kelihatan. Hopefully, jangan timbul sampai ke sudah la kan. Setiap hari after mandi pagi, saya akan lumur kat perut. Lepas mandi petang balik kerja pun saya akan lumur lagi. 2 kali setiap hari. Memang kena rajin la kalau nak kulit cantik kennn. :P
Ramai yang suggest untuk pakai product Palmer's ni. Ternyata, memang bagus lah!
Asalnya saya pakai yang ni. Masa nak beli tu, ada dua jenis.
1) fragrance free (gambar bawah) & ;
2) ada bau
So, konon konon nak yang wangi, saya ambil la yang ada bau punya. Tapi, masa tu, tak boleh nak test bau pun, sebab semuanya dibalut dengan plastik. Angkat je la. Balik balik rumah, perghhh! Tak lalu nak pakai. Bau satu macam je. Tapi, sebab dah beli mahal mahal dan konon konon nak bermanja, mintak Abam lumurkan kat perut. Erm, kesian kot sampai terkemut-kemut muka menahan bau lotion tu. Hehe..so, sekali tu je la pakai. Sayang gak, banyak lagi. Tak habis pakai. Korang nak?
Actually, yang ni Kak Jed punya. Dia pun tak habis pakai masa mengandungkan Ammar kot. Yang ni best lah, takde bau apa pun. Baru la selesa nak pakai. Tapi, baru-baru ni, gatal gila kat perut. Tak cukup lembutkan kulitku yang semakin menegang ni.
So, saya try pula yang ni. Oil ni pun, Kak Jed punya. Haha! Semua rembat barang kak Jed. Tapi, oil ni best lah. Bau best. Kulit jadi lagi lembut berbanding pakai lotion tu. Kalau pakai lotion tu, cepat sangat keringnya. Gatal kat perut pun semakin kurang rasanya. Lepas ni, tak tau lah nak try yang mana lagi. Harapnya, selesa sampai ke sudah la hendaknya. :)
0 budak cumil mengomel:
Post a Comment
Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!