TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Masih tak terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun dah masuk raya ke-6? Hehe. Selamat Hari Raya untuk kawan-kawan bloggers! Tiada kesempatan masa nak update blog time raya-raya ni. Busy makan je memanjang. Kehkeh! Malam ni saya akan pulang ke KL. NAIK BAS LAGI!. Jalan jem merata-rata tempat di Kelantan ni. Nak balik ni malam ni, tak tahu la sempat ke tak nak pergi kerja esok pagi. Macam ramai je yang bertolak harini untuk balik ke KL. Tak tahu la. Tak sempat nak buat macam mana, redah jugak lah. Cuma, kalau naik bas, takde lah letih sangat berbanding kereta kan? Rileks la sikit kot. Ye ke? Hmm..

This year, saya beraya di Kedah then, baru balik Kota Bharu. First time beraya di kampung Suami. Besttt. Sebab ada suasana kampung. :) Saya sampai KB ni pun hari Jumaat lepas je. Raya dah basi baru balik. hehe..tak kisah la, asal dapat balik kampung, jenguk ayahanda dan bonda. 

Minggu ni dah masuk 6 bulan usia kandunganku. Alhamdulillah, setakat ni, semua ok je. InsyaAllah. Cuma sekarang ni, saya semakin cepat penat. Gelak sikit dah semput, tidur dah makin tak berapa selesa, makan sikit dah rasa perut penuh/ketat je (sebab tu memanjang je lapar sebab tak boleh makan banyak..grrr). Normalkah begitu? Sebab my sis cakap, biasanya, hujung hujung nak beranak baru rasa semput macam tu. Sampaikan sekarang ni, bila sujud, terasa berat gila kat kepala dan perut. Baru 6 bulan kot. Risau juga sebab semua simptom2 yang ada sekarang ni, saya dapat rasa lebih awal. Hopefully, semua selamat lah hendaknya.

Oklah, jom tengok gambar raya pula lah. Nak? jom..jom..

Okay..okay..saya tahu, gemuk gila saya sekarang kan?

Konfius, mana satu yang pregnant. Macam sama bulan je ngan Abam ni. Cuma Abam takde due.. hehhe..mohon ampun bang...! :p

Boley tak nak selit biskut raya yang saya buat ni? Haritu, tak sempat nak upload. Biskut ni je yang habis dulu tau!. :P

Raya Pertama bersama Red Warriors. Anak-anak buah belah Abam..Yang kat tepi tiang tu, sampai ke sudah taknak masuk gambar..




Last-last kena paksa, itupun masih tak nampak muka. Fatin..Fatin..ehhe..

Gelak sampai tak nampak mata dah. Sembap gila muka...hehe..(guna word sembap ok sikit berbanding gemuk..hehehe)





1 comment:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!