Oh. Sungguh lama..
Weekend ini, hanya duduk diam-diam di rumah. Tak berkesempatan untuk ke mana-mana pon. My husband was soooo busy with his BB. Haipp! bukan BlackBerry ya, Bakawali Berkat okay. Nama company dia tu lah. Hehhe.. Kesian tengok beliau, ke hulu ke hilir. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Saya risau bila tengok dia risau. Takpe lah, biasala tu, adat berbisnes.
Makanya, sempat lah saya update blog harini walaupun, kain baju yang bergunung-ganang sedang menunggu untuk dilipat. Heheh..Hujan-hujan ni jadi malas pula. Tambahan pula, suhu badan ni macam meningkat, seluruh badan ni sakit-sakit angkara kerabu nangka semalam. Adehhh, lemah aje badan ni. Nak demam kot. Demam ke, tak demam ke, saya harus pergi kerja esok. Banyak hal yang perlu disetelkan. Semua benda nak kena hantar 31hb. Cet! Banyak gak kerja sekarang. Sampai takde mood nak update blog. Apatah lagi nak makan. Hehhe..Boleh percaya ke tak lalu nak makan? Poooodah la Chepah!
Okay, tadi ada edit sedikit gambar untuk tatapan kamu semua. Saje..boring-boring.. Gambar ni disnap hujung tahun lepas. Aktiviti "Mengira duit tabung Geng Ronggeng". Setiap orang dibekalkan tabung lipstik ini dan perlu menabung. So, biasalah hujung-hujung tahun, kena tutup akaun kan. Heheh... Layankan....
Gaya macam bini along..hehe
TAMMAT!!
:)