TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, April 29, 2011

Happy Birthday si Maira tecik!


Last weekend ada jemputan birthday party anak sepupu ipar, eh, ye ke? Em, lebih kurang gitu la hubungannya. Heheh..Konfius plak. Kiranya, anak kepada sepupu Abam. Namanya Maira. So, layan gambar jom!

Maira asyik nangis je sepanjang haritu. Nak demam.. Tengok la wajahnya, kesian kan?


Maira with her mummy

Kek Hello Kitty! Cute kan?
Woww! she got a big car as a birthday present from her grandmother.

Potong..jangan tak potong maira!


Comel kan?


Olololo..tomeynya!


Dah habis..so,
HAPPY BIRTHDAY DEAR MAIRA!!!

Makcu cayam Maira..
:)

Tuesday, April 26, 2011

Puasa oh puasa..

Haihh....

(-_-")


Tengah memikiorkan macam mana den nak ganti puasa nih. 5 days more to go. Adeh..dah la asyik lapar je sekarang. Dulu, boleh je tahan  breakfast dengan oat+susu or wholemeal bread+serunding sampai lunch (jarang-jarang la..hey, at least saya pernah try ok! heheh). Sekarang, tak sampai tengahari dah menggigil tak tahan lapar =P. Mama cakap, ada orang yang tengah berebut zat dengan mama dia ni. hehe. Macam mana nak puasa nih. 

Haritu dah puasa sehari, i mean, before pregnant and masa masih cergas migas, tapi sampai demam-demam jadinya. Saya ni tak boleh, angin kalau lambat makan. Mulalah naik ke kepala. Sengsara la kalau sakit kepala. Rasa nak marah kat semua orang. Hmm, nak kena sahur dengan apa ek baru boleh tahan nih? Nak makan nasi, memang tak lalu lah..sebab sorang-sorang kot. wuuu! Walau macam mana pun, kena jugak puasa. Chayuk Chepah! Khamis ni start. hehhe..


Monday, April 25, 2011

Terima kasih Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah kepada Allah yang maha pemurah lagi Maha mengasihani.


Syukur...syukur...syukur....



Yup, I am pregnant. =)



Setelah 10 bulan++ usia perkahwinan, saya disahkan hamil 5 minggu. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya dan Abam di pagi itu. Alhamdulillah.. akhirnya doa kami dan keluarga dimakbulkan olehNya.

Saya berharap saya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah sehingga saya selamat melahirkan zuriat sulung ini. Amin..



Actually, dah checked last monday, tapi, pagi semalam baru pergi jumpa doktor nak confirm. Alhamdulillah...



Ingat entry saya sebelum ini? Tak sangka masa saya tulis entry tu, saya memang dah pregnant :)


Thursday, April 14, 2011

Aelahhh..baru setahun jagung


Ce korang tengok ticker kat atas tu..heheh. Dah 10 bulan usia perkahwinan saya. Eh, kami. Pejam celik pejam celik dekat-dekat setahun dah kan. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dugaan sikit-sikit tu biasalah. Itulah adat resam berumahtangga. Cewah.


Banyak benda dah berubah sekarang. Terutama saiz badan. Hahha! Okay, tak mau la cakap pasal tu, buat sakit hati je. Asal saiz badan je malas nak cakap..ngee.. Tapi, saya sangat berselera makan sekarang. Emmm, selalu kot. Tapi betul tau. Eh, tadi kata tak mau cakap pasal ni, tapi cakap juga. Alahai, sesungguhnya saya insan yang lemah..hehe, okay takde kaitan.
 
Ha, nak ucap tahniah kat salah sorang geng ronggeng kami, Syakirah sempena perkahwinan beliau dan juga, kehadiran orang 'ketiga' dalam perkahwinan mereka. Wahh..seronoknya, nanti geng ronggeng dah ada anak buah baru. Seronok tengok kawan-kawan yang dah berumah tangga, kebanyakkannya dah  pregnant. Saya? Belum lagi..belum rezeki lagi.  Yang taknak anak, dibuang-buang...yang inginkan anak, ditunggu-tunggu. Hmm, tak kisah la. Saya percaya pada ketentuanNya. Ada la sebabnya tu kan? Takpelah, boleh  kami honeymoon2 lagi.. =P

Oh ya, on 1st May nanti kami akan melencong lagi. Nak tau ke mana? LANGKAWI!!! Yeay! Thanks Abam. Tak sabar nak pergi. Kira macam 2nd honeymoon la sebab pergi pun berdua aje. Kahkah! Abam kesian tengok saya kot. Asyik stress aje dengan kerja. Asal balik je, ade je benda yang diomelkan olehku. Bos suruh itu la, bos suruh ini la, bos suruh urut kaki la, buat kopi la. Okay, yang tu tipu. Hehhe. Semua benda nak urgent, tapi bagi last minit. Surat pula, semuanya U.T U.T U.T! Tau ape U.T? UT=Untuk Tindakan. Surat yang sepatutnya masuk fail/makluman pun, UT jugak ke? Adeh. Entah apa-apa la diorang ni. Kalau setakat jadi posmen macam tu, saya pon boleh kot. Alamak, sudah lebih ni. Okay, fullstop. Malas nak tulis panjang-panjang. Nanti kantoi pula. Tak pasal-pasal kena buang kerja. Pastu, bil hp sape nak bayar? tol, minyak..yang penting shopping, duit nak cekau mana? Okay okay macam sudah terlebih lagi. Dah.

Jom layan gambar nak?


Masa diawal 1st honeymoon kami di Bali awal-awal kawin dulu. 
(Saje nak letak gambar kurus je..hhaha!)

Teringat husband pernah cerita. Sebelum kami kahwin dulu, ada seorang kawan dia cakap,

Orang cakap, kalau honeymoon kat Bali, dapat anak lambat. Kawan aku 3 pasangan memang jadi betul.

Hehhe.. oppss! betullah, terjadi kepada diri sendiri pula. So, girls, sape-sape yang planning nak honeymoon kat sana, watchout! Hahha! Takdelah, jangan percayalah. Kawan saya, Yanie, tak pon. Siap bunting pelamin lagi. Dah beranak dah pon. Baby girl named Aleesya.. Comel gila. Anyway, congrats Yanie!

Oh just a quick update je ni. Cerita pon campur campur je. Terima kasih kerana kamu sudi membaca cerita mengarut ini sampai habis. Hahah! Okay la. Mau tidur. Nantok..nantok..nantok...!



Wednesday, April 6, 2011

"Biar awokkk yang mengumumkannye..."



Rindu lah...
Rindu nak berblog macam dulu-dulu..
Rindu nak tulis panjang-panjang..
Rindu nak citer life saya sekarang..
Nak baca blog feveret pon tak sempat.
But, I can't..
Busy gila sekarang..
Nak pegang my baby pon tak sempat tau..
Haip..haipp! my baby tu merujuk kepada my camera ye. 
Takut korang salah sangka, ingatkan my Abam..
( Ish..kecoh la kau Chepah! Padahal, takde pun yang pikir macam tu.)
Nak bukak facebook pon tak sempat time lunch.
Dulu, siap sempat nak tido-tido, guling-guling bawah meja after lunch..hehe.. 
(buruk sungguh perangai)
Sekarang, nak makan pun, adehh, time rehat jugak yang dicarinya..
Sampai bawak balik kerja kat rumah..apakah???
Tension kan?
Siapa cakap kerja government ni goyang kaki je?
Ini pun nasib baik bos-bos semua meeting.
Takde orang nak kacau..
Hip hip horeyy!!
Arghhh!! rinduu..sangat rindu.. :(


Tadi dah sempat shopping sedikit baju di 'kedai' Elly
Oppss..sorry Abang, nanti Sayang explain ek.. (-_-")

Emmm..tajuk entry takde kena mengena ye..
Pasal ayat tu dok terngiang-ngiang je kat telinga nih..
Tau tak mai mana tu?
Mai dari Si Ucop Wilcha tu la..HAHAHA!!
Balik kerja, asyik dok ulang je tengok ABPH Ucop Wilcha tu kat  Youtube..sengal! :))


Sunday, April 3, 2011

Ulangan Maharaja Lawak




Naik kematu dah rasanya sebab dok di rumah je weekend ni. Sebab apa? Sebab dok tunggu ulangan Maharaja Lawak. Mana ni? Tak ulang-ulang pon! Geram dok tengok status mukabuku masing-masing "Maharaja Lawak best..maharaja lawak best..".

Jumaat haritu tak tengok sebab Abam ajak saya tengok wayang cerita Cun.. So, terlepas la maharaja lawak tu. Kami ni punya la minat tengok Raja Lawak ni. Sampaikan Abam dah subscribe Astro Mustika Semangat tak Abam saya? (Padahal request dari bini sendiri) :P

Oh ya, movie Cun yang saya tengok haritu best lah! Walaupun tengok iklan nampak macam cerita entah apa-apa, dengan kerbau bagai, macam cerita lawak bodo je..Tak sangka, jalan cerita best! Kita tengok pon macam happy je. Ada part sedih..ade part lucu... Berapa round gak saya nangis. Pelakon semua best! Nak nak Remy Ishak..romantik..Ohhhh, cair~~..  So, anda kena tengok movie tu.. Nanti ada Nur Kasih The Movie plak. Tak sabar rasanya..

Ok la, mau keluar la.. Tak larat nak tunggu ulangan. Terpaksa tengok dalam youtube gak ni. Babaiiii