TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, September 28, 2011

Problem: Perut gatal

Gatal gila perut nih. Perut nak membesar lagi kot. Perut pun memang dah tegang sangat ni. Tapi, orang pesan jangan garu, nanti tinggal scars pula. Kalau dapat garu ni, boleh berair mulut kot. Uffff...layan sehh.. hehe. Ish, sabar sabar. Kang tinggal parut, kulit dah tak cantik dah. Tapi, alhamdulillah la. Setakat ni, belum ada kesan rekahan lagi kat perut saya ni. Tak pasti la sebab still awal ke, atau masa kandungan 8-9 bulan baru rekahan tu akan timbul. Kadang-kadang, tengok jenis kulit juga. Kalau kulit seseorang tu jenis yang kurang elastik, senang la rekahan tu akan timbul. Macam saya ni, kurang elastik kot. Ye la, baru 6 bulan, dah tegang semacam je kulit ni. Bersinar-sinar lagi.  (-_-")

Masa awal-awal pregnant dulu, my friends dah pesan, kena pakai lotion/cream/baby oil supaya kulit sentiasa lembut untuk mengelakkan rekahan timbul. Tapi, kandungan 4-5 bulan baru saya start pakai. Tak tau lah dah terlambat  atau tak. Tapi, alhamdulillah la, rekahan tu masih belum kelihatan. Hopefully, jangan timbul sampai ke sudah la kan. Setiap hari after mandi pagi, saya akan lumur kat perut. Lepas mandi petang balik kerja pun saya akan lumur lagi. 2 kali setiap hari. Memang kena rajin la kalau nak kulit cantik kennn. :P


Ramai yang suggest untuk pakai product Palmer's ni. Ternyata, memang bagus lah!

Asalnya saya pakai yang ni. Masa nak beli tu, ada dua jenis. 
1) fragrance free (gambar bawah) & ; 
2) ada bau

So, konon konon nak yang wangi, saya ambil la yang ada bau punya. Tapi, masa tu, tak boleh nak test bau pun, sebab semuanya dibalut dengan plastik. Angkat je la. Balik balik rumah, perghhh! Tak lalu nak pakai. Bau satu macam je. Tapi, sebab dah beli mahal mahal dan konon konon nak bermanja, mintak Abam lumurkan kat perut. Erm, kesian kot sampai terkemut-kemut muka menahan bau lotion tu. Hehe..so, sekali tu je la pakai. Sayang gak, banyak lagi. Tak habis pakai. Korang nak?




Actually, yang ni Kak Jed punya. Dia pun tak habis pakai masa mengandungkan Ammar kot. Yang ni best lah, takde bau apa pun. Baru la selesa nak pakai. Tapi, baru-baru ni, gatal gila kat perut. Tak cukup lembutkan kulitku yang semakin menegang ni. 



So, saya try pula yang ni. Oil ni pun, Kak Jed punya. Haha! Semua rembat barang kak Jed. Tapi, oil ni best lah. Bau best. Kulit jadi lagi lembut berbanding pakai lotion tu. Kalau pakai lotion tu, cepat sangat keringnya. Gatal kat perut pun semakin kurang rasanya. Lepas ni, tak tau lah nak try yang mana lagi. Harapnya, selesa sampai ke sudah la hendaknya. :)



Tuesday, September 27, 2011

Bertuah sungguihh!


Alhamdulillah..
Harini ada jamuan raya di office.
Tak habis-habis jamuan raya..hehe..



Erm..tak sangka dapat jugak hadiah cabutan bertuah harini..
Rezeki baby ni..:">

Saturday, September 24, 2011

Cerita hari Sabtu


Harini hari untuk rehat. 
Dari pagi sampailah ke petang, memanjang je tengok tv..

Hai..kenapa entah sehari dua ni tak berapa selera nak makan. 
Tak selera macam selalu. 
Haritu, main telan je semua, tolak batu ngan kayu kot. 
Semua nampak sedap je..
Nak masak pun takde mood.
Berat pon dah turun sikit ni.
Tapi, takde lah turun banyak sangat, setakat sekilo je lah.. 
Badan jadi tak larat je ni.
Nak duduk tak kena, nak baring tak kena.. 
Tak tahu nak decribe macam mana dah..normalkah begitu?

Taman tempat saya tinggal ni ada open house besar besaran. 
Pun malas je nak turun. 

Perut dah lama tak diisi ni.
Last makan pagi tadi je.
Lunch tadi tak keluar beli nasi pun, syok tengok hindustan. hehe..

Dalam peti ada apa ek?
Jom tengok!

-


-


-


-


-


-


-



Hah! Ada aiskrim chocolate. Layan lah~~~~~mai secawennn..
Lagi layan kalau kepit dengan roti..yummy kan?

Thursday, September 22, 2011

Apam Polkadot VS Macaroons


Pagi pagi dah survey MyResipi.
Tiba tiba teringat dengan apam polkadot.
Macam mana ek rasanya?
Dah la comel gila kuttttt..
Ce tengok ni..





Tanya officemate, katanya, senang aje nak buatnya..
Erm..kebetulan kat rumah ramai budak-budak, boleh la nak try buat.
Ramai pun, dua ketul tu je lah..hehe
Budak budak suka la kot colourful macam tu.
Nak nak kalau yang lady bugs macam kat gambar atas tu.



Yang ni pun satu..si macaroon ni.
Nak tau gak macam mana rasanya.
Tak pernah makan.
Ada sapa-sapa willing nak bagi tak? hehe..
Ibu mengandung ni terasa nak makan..sebiji pun jadilah.
Nak buat, mintak mangap ler.
Pasal officemate bagitau, rasanya tak best sangat.
Saya kalau dah dengar rasa tak berapa ni, malas la nak buat.
Nanti, buat penat eden je dok membancuh benda alah ni, sampai sembap segala, last-last takde yang nak makan. ekekeke...ken?


Wednesday, September 21, 2011

Layan perasaan..jom!



Okay..
Takde kerja..
Boring gila..
Ade je kerja sebenarnya..tapi, 
ye lah, bila kedua-dua bos besaq takde,
macam ni la gaya kami kat office ni.
Masing-masing buat hal sendiri..
hehhehe....


Info untuk para suami

Ehem..ehem..

Abang...


Saje nak share share... :P

Tuesday, September 20, 2011

Cinta hati kami..


Last weekend balik kampung lagi. Oh ya, tak lambat kot nak wish Happy Besday Malaysia. Bagus sangat sebab cuti. Bagus sangat sebab boleh balik kampung lagi. Bagus sangat sebab boleh jumpa family dannnnn bagus sangat sebab boleh jumpa Suami sekali. Kehkeh! (tu je yang dipikirkan)..Papa cakap, rasanya, balik raya haritu, tak seboyot ini. Haha! Saya makin gemuk dan tembam. Dah nak masuk 27 weeks dah pun. Syukur. Haih, banyak kali sangat kot saya travel jauh-jauh time mengandung kali ni (eh, macam dah banyak kali mengandung pula). Patutnya, tak boleh ni. Tapi takpe, moga my baby dapat belajar berdikari dan cekal macam Mamanya. Cekal sangat ke saya ni? hehe..

Semua orang dah mula tanya dan cuba meneka jantina my baby dalam perut ni. Ramai yang teka baby girl sebab perut saya bulat la, lebar la, sembap la, badan naik la.. Memang saya tak sempat nak pergi scan sebab tak tahu klinik mana yang buat scan 3D di area Pantai Dalam. Macam best je scan 3D. Bila lagi kan? Lagi satu, Suami jauh di sisi. Macam tak best pula pergi scan sorang sorang kan? So, tunggu Suami datang sini je la. So, last Thursday Suami datang sini dan kami pergi Putra Medical Centre. Kakak ipar yang recommend kat situ sebab katanya murah. Rata-rata, saya tanya dalam RM1++. Ada sampai RM200 pun ada. Saya scan 3D kat PMC only for RM60. Okay la kan? Rupa-rupanya, klinik lain yang mahal tu sebab dapat cd and print kaler skali. Kat PMC memang tak dapat ler. Just black and white printed.


Excited gila dapat tengok my baby.. Dah lama tak scan. Last scan, kecik aje. Sekarang dah penuh screen. Mulut plak moncong aje..hehehe..Yang tak tahan, bagi posing maut lagi kat Mama ngan Abah ye..Nampak tak tangan dia tu..?hihihi.. Jantina? Ce teka..ce teka... Doktor cakap, "kalau dah nampak 'burger' ni, confirm la ni..". Paham paham sendiri la ye. Hahha! Betul naluri seorang ibu.. :) Alah, tak kisah gegirl ke boboy ke, janji, baby sihat walafiat.

Sekarang, baru rasa seronok nak shopping. Dah alang-alang Suami ada kat sini, Suami ajak shopping baju baby. Beli sikit sikit. Erm, macam terawal beli pula baju baby. Tapi, kami shopping sebelum pergi scan. So, ada yang color biru, putih. Pink takde lagi. :). Topi plak tiba tiba ada renda. Kami main ambik je. Tak banyak brand yang ada newborn size. Mahal juga baju baby ni kan. Mahal dari baju Mama dia kot. hehe.. So, kami bawa balik ke kampung baju-baju yang dah dibeli . Tanpa disangka, banyak baju yang kami beli tu, direject baik punya oleh Mama. Haha!



Kenapa beli baju takde butang ni? Macam mana nak sarung kat budak kalo macam ni? Kepala baby dah la lembut. Nak pegang tangan dia lagi..REJECT!

Baju macam ni lagi la, susah nak pakai masa kecik..REJECT!

Kenapa tak beli yang warna putih je? bla..bla..REJECT!

Yang ni size untuk umur setahun ni. Besar ni kalau nak pakai..REJECT!

Boleh je nak Mama belikan, tapi, Mama nak suruh korang belajar la. Baju ni mahal sebab apa, yang mana bagus, mana yang tak bagus..bla bla..



Hmm..banyak kot yang Mama reject. Haha! Kena shopping lagi la ni. Takpe takpe, first time. Biasala kan?

Monday, September 5, 2011

Tragedi di pagi hari Isnin...


Apa perasaan anda....

  ....apabila turun saja dari bas, dan nak naik teksi untuk pulang ke rumah, dan handphone anda tertinggal dalam teksi tersebut?


Arghhhhh! Ujian Allah....


Tapi, ....


  ...alhamdulillah, apabila saya call nombor saya, ada seorang gadis menjawab. Katanya dia adalah passenger kepada teksi tersebut juga, dan dia dah tolong simpankan. Syukur sangat. Saya dah imagine nak kena pergi Midvalley petang ni. Haipp! Nak matikan simcard je lah, bukan cari handphone lain. Heheh..

Tak sangka masih panjang lagi umur handphone saya tu. Malam ni nak pergi jumpa beliau. Masih ada lagi insan yang baik seperti itu kan... :)


Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Masih tak terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun dah masuk raya ke-6? Hehe. Selamat Hari Raya untuk kawan-kawan bloggers! Tiada kesempatan masa nak update blog time raya-raya ni. Busy makan je memanjang. Kehkeh! Malam ni saya akan pulang ke KL. NAIK BAS LAGI!. Jalan jem merata-rata tempat di Kelantan ni. Nak balik ni malam ni, tak tahu la sempat ke tak nak pergi kerja esok pagi. Macam ramai je yang bertolak harini untuk balik ke KL. Tak tahu la. Tak sempat nak buat macam mana, redah jugak lah. Cuma, kalau naik bas, takde lah letih sangat berbanding kereta kan? Rileks la sikit kot. Ye ke? Hmm..

This year, saya beraya di Kedah then, baru balik Kota Bharu. First time beraya di kampung Suami. Besttt. Sebab ada suasana kampung. :) Saya sampai KB ni pun hari Jumaat lepas je. Raya dah basi baru balik. hehe..tak kisah la, asal dapat balik kampung, jenguk ayahanda dan bonda. 

Minggu ni dah masuk 6 bulan usia kandunganku. Alhamdulillah, setakat ni, semua ok je. InsyaAllah. Cuma sekarang ni, saya semakin cepat penat. Gelak sikit dah semput, tidur dah makin tak berapa selesa, makan sikit dah rasa perut penuh/ketat je (sebab tu memanjang je lapar sebab tak boleh makan banyak..grrr). Normalkah begitu? Sebab my sis cakap, biasanya, hujung hujung nak beranak baru rasa semput macam tu. Sampaikan sekarang ni, bila sujud, terasa berat gila kat kepala dan perut. Baru 6 bulan kot. Risau juga sebab semua simptom2 yang ada sekarang ni, saya dapat rasa lebih awal. Hopefully, semua selamat lah hendaknya.

Oklah, jom tengok gambar raya pula lah. Nak? jom..jom..

Okay..okay..saya tahu, gemuk gila saya sekarang kan?

Konfius, mana satu yang pregnant. Macam sama bulan je ngan Abam ni. Cuma Abam takde due.. hehhe..mohon ampun bang...! :p

Boley tak nak selit biskut raya yang saya buat ni? Haritu, tak sempat nak upload. Biskut ni je yang habis dulu tau!. :P

Raya Pertama bersama Red Warriors. Anak-anak buah belah Abam..Yang kat tepi tiang tu, sampai ke sudah taknak masuk gambar..




Last-last kena paksa, itupun masih tak nampak muka. Fatin..Fatin..ehhe..

Gelak sampai tak nampak mata dah. Sembap gila muka...hehe..(guna word sembap ok sikit berbanding gemuk..hehehe)