TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, May 17, 2012

Her First Flight!

Ahad lepas pergi KL. Ada kursus lagi. 1 hari je pun. Kebetulan memang nak pergi KL juga sebab nak bawak balik kereta my BIL yang mahu jual keretanya ke KB. Rasa sayang kalau tak ambil keretanya sebab beliau baru saje beli last year. Kereta masih baruuuu lagi. Lepas ni kami akan pakai 2 kereta lah. Kami ni bukan berduit sangat sampai nak pakai 2 kereta, tapi I have to. Malas nak susahkan Suami pergi hantar dan ambil pergi kerja. Haluan masing-masing memang lain. Tak sejalan. Sedeynya, pasni dah takde teman nak borak-borak gurau gurau manje nak pergi office and balik dari office nanti. Kena drive sendiri. Sobs..Hmm, melalak je lah saya nanti dalam kereta sorang-sorang sambil dengar lagu kuat kuat. Kehkeh!

So, saya pergi KL bawak Suami dan Anak bersama. Pergi naik flight dan balik dengan kereta. Masa tu risau juga sebab belum pernah bawa Ayesha naik aeroplane. Orang kata baby boleh menangis sebab rasa berdengung masa berlepas dan mendarat. Orang kata, kena bagi dia menyusu masa nak berlepas dan masa nak mendarat supaya telinga baby tak berdengung/sakit.


Before naik flight: Belom pape Ayesha dah tidur.

Kalau dah tidur, boleh la snap gambar.
Kalau tak, memang susah nak snap, semua benda nak dicapainya.. hehe :D

Ayesha sekarang suka tersengih kalau orang senyum kat dia. Kadang-kadang, dia tersengih sendiri pon ade :/. Sengih kat sape entah. Masa dalam aeroplane tu pun, makcik yang dok sebelah kitorang suka dok main main ngan Ayesha. Ayesha apa lagi, suka la dia. Ayesha plak pantang kalau ada apa-apa yang lalu kat mulut dia. Asyik nak ngap masuk mulut saje. Sampaikan tangan makcik tu pun dia nak hisap. Gatal gusi ke apa entah. At last, Makcik tu kasi duit singgit kat Ayesha bagi dia gigit. Kahkah! Tak pasti nak bagi kat Ayesha gigit je ke or dia memang nak bagi terus kat Ayesha. Haha! Saya cakap thanks je lah. :D. Makcik tu ada pesan jugak, bila kapal terbang nak berlepas nanti, tutup telinga anak untuk kurangkan rasa berdengung. Oh, tutup telinga pun boleh ek? Okay jugak sebab nak menyusu pun macam sempit gila seat Air Asia. Nak baringkan Ayesha untuk menyusu pun rasa macam sesak sempit je. Kaki atas riba Abah, kepala atas riba makcik sebelah. Punya panjangnya anak aku ni. Haha!

Bila aeroplane start berlepas, merah padam muka dia start nak menangis. Nak menangis tau tengok Ayesha macam tu. Mesti dia tak selesa/sakit. Saya dan makcik tu berusaha menutup telinga Ayesha kiri dan kanan. Tapi, macam berdengung juga kot sebab dia menangis juga. At last, bagi dia nenen jugak. Itupun, dia tak berapa nak. Saya paksa juga dia telan susu supaya telinga dia tak berdengung sangat. Alhamdulillah okay. Cuma, dia tak tidur sepanjang perjalanan. Kita yang tua ni pun terasa berdengung sepanjang perjalanan, inikan pula baby kan. Alahaii..kesian Ayesha. Macam mana Mama nak bawak kamu pergi Bandung ni kalau macam ini gayanya..? hehe..




Ololo..labuhnya pipi Sayam Mama ni...



1 comment:

  1. uikk, Bandung?? haha
    jum p Bandung bulan 12, celebrate Ayesha nye besday...eh, tapi takleh la nak buat besday party...huhu..ke lambat sgt bln 12 tu, any suggestion???...heheh

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!