TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, July 12, 2012

Amalan 5s

19 Julai ni ada audit 5s. Eh, korang tahu ke 5s tu ape? 5s ni adalah singkatan daripada Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amalkan. Datangnya dari Jepun dan ia berdasarkan prinsip "Tempat untuk semua dan semuanya di tempatnya". Seluruh organisasi sedang amalkan 5S. I'm not sure swasta amalkan ke tak. Ada jugak kot.

So, last Thursday, kami gotong royong satu unit untuk audit 5S. Best! Best sebab masa ni la boleh makan sedap sedap dan it's FREE. Kahkahkah! Bab makan, laju je kau kan Chepah! Ye la, takde makan, macam mana nak bergotong royong kan? hehe.. 

Dimulakan dengan mengemas tempat sendiri. Kami, young engineers ada 2 orang kat sini. Kedua-dua kami adalah perempuan. Tapi.....meja masyaAllah! Macam kapal dah karam je. Dah nama pun engineer kan. Memang busy gila. So, fail pon memang bertaburan lah! Lupa nak snap gambar meja yang macam kapal karam tu. Takdelah bukti nak tunjuk. *Tepuk dahi*



Setiap laci kena tag 'PERIBADI', 'ALAT TULIS', 'PELBAGAI' dan dalam laci pon akan di audit tau. Haaa, korang tau tak ape kegunaannya board ni?



Jeng jeng jeng! Untuk diletak di dalam laci untuk letak alat tulis. Cantik dan kemas tak? Buat sendiri tau ni. Phew! Every single thing kena tekap kat board ni untuk dipotong. Dalam aturan 5S, pen pon tak boleh guna berlebihan tau. Just perlu ada pen merah sebatang, hitam sebatang, pensel sebatang. Not more than that. Saya ni tak boleh kalau ade satu je pen. Memanjanggggg je hilang.



Sebab itu lah, saya terpaksa tag pula nama kat setiap barang. Sini Arifah sana Arifah. Macam zaman sekolah je kan? Kalau time sekolah rendah dulu, ada nama je kat setiap barang. Even meja kerusi pon tulis nama tau. Siap tulis, "Alif, lam lam ha, ALLAH, sape curik,berdosa". Kahkah! Bodoh gila time tu. Ellehhh..gelak sekali nampak! Korang pon mesti buat jugak kan? hihi..

My table. Ala..takyah la puji lebih-lebih. Saya tahu meja saya sangat kemas. Kehkeh! :">. Macam takde kerja pulak aku ni kalau meja kemas sangat macam ni kan? Berapa saat je boleh bertahan kemas macam ni (T__T). Actually, fail-fail yang kat belah kanan tu pon tak boleh ada atas meja. Kena jugak simpan. Apatah lagi kalau nak letak notepad ke, flowers ke, magnet kat cpu tu ke, tupperware berisi kekacang-untuk-mengunyah-waktu-petang ke, memang langsung tak boleh ada sebarang selain komputer. 


Antik tau meja ni. Zaman 80-an lagi ni. Haa..mana nak carik?Laci pon takde roller lagi tau, just laci kayu gitu je. Tapi, memang susah gila kalau time nak buka and tutup laci. Perlu guna tenaga lebih sedikit. heh

Ini sistem filing di office kitorang. Kemas kan?Tergamam juga when first time kena transfer kat JKR Kelantan ni dulu. Filing diorang memang superb! Memang betul-betul diorang praktikkan 5S nih. Rupa-rupanya JKR Kelantan adalah johan untuk first Anugerah 5S dulu. Tahun bila entah. No wonder la........ :).

Itu saja dapat diupdate. So, sama-samalah kita membudayakan 5S supaya operasi kerja kita lebih tersusun sempurna.





4 comments:

  1. aiyorkk..gile lah che pah, siap tekap2 tu tak tahan.. kalo saye sehari je kot bende2 tu kat tempat masing2, lama2 main campak jer.. haha

    ReplyDelete
  2. BSFJ ni 5S nye dah ke laut daaa.. hehe..
    tp ni mmg lagi dasat la dr opis kita ni..hebat!

    ReplyDelete
  3. Wah! First time tahu boleh tak? Hehehe, kemas sangat tu!! ;)

    ReplyDelete
  4. Chepoh..ejas setting bilik kawe..haha.naty kawe upoh pulok buoh jeruk

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!