TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, June 25, 2010

Our honeymoon..trip to Bali - Day 1


Weehee! Ok, kali ni saya nak cerita pasal our honeymoon di Bali.. Baru part 1 la.. Bali ni memang best untuk pergi honeymoon dan tak sesuai untuk bershopping.. Kalau nak shopping, saya rasa, better anda pergi Bandung. Sebab saya kira, barang2 di Bali agak mahal la.. Lebih kurang harga Malaysia je. Or memang kitorang tak pandai nak cari tempat yang murah2 di sana. Hihi.. Sebab tu la kami tak shopping sangat. Shopping souvenir untuk family yang terdekat saja.

Flight kami kol 11.00 pagi dan 2 jam before dah kena ada kat sana. So, kami breakfast kat sana je trus. Perjalanan ambik masa 3 jam dari KL ke Airport Ngurah Rai (Bali). Lama gila! Sakit pinggang dok lam flight lama2..Ye la, sebab seat 90 darjah. Arghhh! Macam mana la yang pergi oversea 13,14 jam dalam flight. Takleh imagine...ngeri.. ok, dah dah.. Sambung2..

Untuk pengetahuan anda semua, saya tak ambik pakej ape2pon kat sana. memang berjalan sendiri je..Tengok kat flyers banyak2 kat airport di sana tu, tapi, ntah lah. Bek jalan sendiri2 je.. Saya ni mana minat nak diving2 ke or aktiviti lasak macam tu..Saya suka jalan2, suka ambik gambar view2 yang cantik2..hihih.. Kat sana, saya dok Hotel Rama Candidasa Resort. 2 jam gak dari airport..Memang lama gak la..Terlentok2 dalam mobil.. Kuta adalah pekan di Bali.. Kawasannya, sangat padat berbanding di Candidasa... Kat tempat saya dok tu, tenang je..aman damai.. Pemandangan pon cantik2...superb! Tak terkata betapa indahnya.. Seb baik dok situ..hihi..

So, our first day dok sana, kami tak pergi mana2 pon..dok hotel aje.. Dah penat. Sebab dah petang sampai bilik.. So, kami rehat2 je la..Sambil melihat2 view from our room sambil makan maggi & mee sedap! hahhaahh...


Our bags....ikat dengan blue ribbon..nanti senang nak cam...wah, sedondon gitu.. :P
Sempat lagi nak siram2 pokok2 mak sebelum bertolak..kang kering, kantoi tak siram selama mak kat kampung..hihihi...

Our breakfast di foodcourt LCCT..pagi2 dah pekena nasik! Rosak betol! hahhah!
Mana la tau, kang susah nak cari nasik kat sana..bek makan siap2..
Sila2...
Want some??
Facebooking..
Excited dah sampai Bali
 Rama Candidasa Resort
Bilik kami di ground floor
 
Our stock for 4 days and 3 nights..hahha!
Ada roti, tuna, maggi, biskut, nescafe (paling penting).. nasib baik bawak banyak2 macam ni..
Sebab susah nak cari makanan halal kat sana..kat hotel pon tak leh makan..so, kami makan ni je 4 hari kat sana..
 
Ha, yang ni 'ubat' abam..memang takleh tido kalau takde nescafe ni..Ye la, kan antioksidan.. :P
 
Minum dulu...

Maka, tamatlah sudah cerita honeymoon kami...Eh, sikit je kan? Ok2, gurau je..tunggu for the next entry okay..



1 comment:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!