TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, June 9, 2010

Outdoor photoshoot


Lepas majlis akad nikah pagi Jumaat haritu, ada wedding outdoor photoshoot pada sebelah petangnya. Sekali lagi kena mekap. Mekap yang pagi punye belom hilang sepenuhnya. Even nampak natural, tetapi sangat tebal tau..Macam2 die calit kat muka saya. Hahah.. Kol 2 petang saya start mekap di kedai dan habis kol 3.30 petang. Kali ni mak kaklong plak yang mekap. Orang panggil Kak La.. Saya lebih suka mekap mak dia kot. Sebab saya nampak lebih garang. Heheh..Petang tu, saya mengenakan baju nikah saya jugak. My abam plak pakai  kot. Saya malas la nak sewa gaun2 bagai dan macam2 jenis baju untuk bergambar. Letih tau. Sesi outdoor photoshoot ni kami buat di PCB resort. Kat mana? Pantai Cahaya Bulan le.. Dulu, pantai ni namanya Pantai Cinta Berahi. Maybe nama tu sangat kurang sesuai, tu yang dah bertukar nama skarang ni (macam mana orang boleh letak nama macam tu dulu..ish3..).

Hasil calitan Kak La..nampak garang tak? :p 
(promote2!!)

Dengan ihsan adik saya, Ajam, beliau sudi menghantar saya and my abam ke PCB dan menunggu kami sehingga kami selesai. Start kol 4 petang, kol 6.30 petang baru siap. Perghhh! sangat keletihan okay. Penat pagi tadi pon belom hilang. Macam2 gaya si Asyruff, OP ni soh buat. Yang paling penat, dia mintak kami berlari2 anak ke arah dia di gigi2 air laut sambil berpegang tangan dan melihat muka sesama sendiri. Malu okay. Sebab petang tu, orang awam sangat ramai, ada yang dok mandi manda la, main pasir la, wau la, macam2. Saya dan Abam macam dok buat show plak kat tepi pantai tu. hihi. Dah penat lari, Asyruff kata tak real plak sebab lari tak bersungguh2, so, apalagi, kami kena lari sekali lagi..Tak kesah la, asalkan gambar nampak cantik, ku tahan jua biarpon kaki dah melecet pakai high heel. Ada jugak scene yang my abam kena dukung saya dalam dakapan beliau. Lepas Abam angkat saya, dia cakap, "Nape abang tak larat nak angkat ni? Oooo..sayang tipu berat sayang kat abang ye..". Cett.. :P



4 comments:

  1. hahaha...ayat last tu da edit...abam ckp len la..heheh

    ReplyDelete
  2. Abam:
    Bukan abg cakap macam tu ke kat sayang? tak ingat la tu... hahahhah!

    ReplyDelete
  3. x sabar nk tgk gmbar pah berlari2 ngn nazir..lalalalala..

    ReplyDelete
  4. Syer:

    Hahah! Tunggu ya! Saya pon tak sabau..hihihi

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!