Lengangnya kat office nih.
Sunyi sepi..
Hanya bertemankan alunan lagu suara lunak Siti Nurhaliza..
Semua orang dah keluar pergi lunch.
Saya?
Masih menghadap PC di office..
Kan saya dah cakap harini nak start puasa.
Eh, tak cakap lagi ek? =)
Alhamdulillah, saya masih okey.
Tak berangin pula perut ni. Nasib baik ..
Setakat sekarang okey la, ce tengok petang karang..
Lembik kot.
Dah la kena drive sendiri dan sorang-sorang pula tu.
Takpelah, nasib baik lagu kak Siti buat peneman di kala petang sambil memecah kesunyian yang melampau dalam kereta dan mengharungi lautan kereta. Hehe..
Harini nasib baik tiba-tiba dapat banyak kerja dari bos.
Pagi ni ada 2 meeting yang saya perlu hadir.
Banyak juga benda dalam kepala ni.
Makanya, takdelah fikir sangat pasal nak balik pukul berapa, nak buka puasa dengan apa, malam ni nak buka puasa kat mana, Abang nak tolong masak ke tidak.
Eh, tadi baru cakap takde masa nak fikir (-_-")
Pagi tadi beria saya bangun nak bersahur.
Mula-mula takut juga takde selera nak makan.
Tapi, agak okey la.
Semalam ada lebih lauk sardin and nasi.
Walau bukan sepinggan, dapat makan 2,3 suap pun jadilah.
Ditambah dengan 3 biji kurma dan segelas air milo panas.
Tambah lagi segelas susu.
Last skali, air masak. Kononnya sebagai pencuci tekak.
Tiba-tiba perut bergelodak dan terasa nak sendawa gitew.
Dengan hati-hati cuba mengeluarkan angin............angin ikut mulut lah! haip haip!!
Tiba-tiba.....,
"Bluwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!"
Habis makanan yang saya makan bercucuran keluar dari mulut ke atas lantai.
Adeyyyy, penat makan.
Last-last apa pun tak masuk.
Dengan kurmanya, susunya,air milonya..
Hahahha! Takde rezeki..
Takpelah, gagah gak minum air masak je..
Kalau harini complete, makanya,
3 days to go.... :)
chepah bila due date.?
ReplyDeletehahaha... saye x jadi pose pun semalam.. alasan sbb kne g klinik.. hehe.. alaa pah lg 3 je.. saye 4 lagi lor..
ReplyDeleteAnon:
ReplyDeleteDue 24/12/2011... :P
Syak:
Hahaha..skrg dah berapa hari dah? Saya lagi 1 hari.. (-_-")
3 hari... uwaa...
ReplyDelete