TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Friday, June 17, 2011

Hobi



Saya nak menjahit.



Okay. Mungkin kedengaran agak poyo. Tapi, memang teringin sangat nak pergi belajar menjahit. Pandai jahit baju kurung pun jadilah. Macam sweet je kalau dapat jahit baju untuk anak-anak sendiri kan? Jahit baju Melayu untuk suami. :"> So, untuk raya, tak payah la nak sibuk-sibuk cari tukang jahit sana-sini nak tempah baju, kan? Ololo..sweetnya. Apatah lagi kalau dapat jahit langsir ke, alas meja ke, sarung bantal ke. Saya memang minat dengan benda-benda macam tu. Cuma tiada masa je. Haritu, ada dengar kawan pergi daftar untuk pergi kelas belajar menjahit baju kurung kat kolej komuniti ke ape ntah. RM20/day je. Murah kan?  Eh, dalam Youtube pun korang boleh belajar tau. Senang aje nak faham. Ehem..beria je cakap kan, tapi diri sendiri pon belum try lagi.



Teringat masa zaman form 3 dulu. Untuk kelas Kemahiran Hidup, saya ambik kelas ERT. Kalau sesiapa yang dah lupa ERT tu apa, singkatan dari Ekonomi Rumah Tangga. Hehehe..itu pun nak describe ek. Dalam kelas tu banyak jenis jahitan saya belajar. Masa tu lah baru saya kenal jahitan sembat, jelujur, kekal, insang pari dan banyak lagi. Pastu, ada gak cikgu suruh semua jahit baju ape ntah orang panggil. Alaa.. yang baju macam makcik-makcik pakai dengan kain sarung kat kampung tu. Dan jahitan saya selalu dapat pujian dari cikgu. Hahahh! Bertambah seronok la saya menjahit. Ngeh..ngeh...


Saya suka sebenarnya nak belajar menjahit, belajar buat kek/cupcake, masak-masak or apa-apa berkaitan dengan hal rumah tangga ni. Maybe disebabkan faktor kerjaya, membantutkan untuk buat semua tu. (Baik punya alasan, padahal, semua orang okay je buat 2 kerja dalam satu masa). Tapi, betullah. Bila dah balik kerja, penat sangat. Larat ke nak buat semua tu? Time weekend pula, masa dipenuhi dengan kerja-kerja rumah yang berlambak tu. Basuh baju pun sampai 2,3 trip. Bayangkanlah masa untuk lipat baju banyak mana. (Even dah lama 'gunung everest' tu tak berlipat. haha..).



Sebenarnya, itu semua perlu ada kerajinan dan tahap kesabaran yang tinggi. Hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih..kan? hehehhehe.. So, jangan banyak alasan. Em, rasa macam tak nak jadi engineer dah. Penat. Saya nak jadi surirumah sepenuh masa. Okay tak? :"> Bertambah debab la ko Chepah kalau dok rumah je.. T_T



2 comments:

  1. Kita dulu pernah pandai buat baju kurung. PERNAH la, sekarang dah tak pandai langsung :/

    Segan dengan adik-adik ipar, rata-rata pandai menjahit, kurung kebaya semua selamba je buat. Siap buat handbag lagi T_T

    ReplyDelete
  2. Una:
    Wah...Una pandai buat baju kurung. Nanti boleh la ajar kita :P

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!