TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, June 27, 2011

My second checkup


Pagi tadi pergi checkup lagi untuk kali kedua. Harini kena marah dengan nurse sebab berat turun 1 kg. Sob..sob..sob.. Nasib 1 kg, kalau 2 kg? Mahu berleter tak habis-habis. Dari nurse, sambung pula ke doktor. Heheh.  Tadi kena ambik darah lagi for 1 tiub. This time nampak agak lebam di lengan, memang terasa sakit sikit. Eh, memang everytime checkup kena ambik darah banyak tu ke? Naya juga kalau tiap-tiap bulan kena ambik darah macam tu. Nak check HB je pon kan? Just cucuk kat jari pon boleh kan? Saya pun tak pasti klinik kesihatan lain macam mana. Hurmm, takpelah, demi kesihatan baby, ambiklah nak ambik banyak mana pun. Segeleng darah pon I sanggup bagi. kehkeh.. Result HB tadi agak menurun sedikit. Last month 12gm%, bulan ni dah turun 11.5gm%. Nurse cakap sebab kurang makan la ni. Aduihh, nak buat macam mana memang tak lalu nak makan.. Saya ni, muntah tak teruk pun. Muntah pagi time gosok gigi je. Itupun jarang-jarang je. Cuma makan masih tak berapa nak lalu lagi. Bila mau berakhir ni...? Tssk.. (-_-')


Bila usia kandungan dah mencecah lebih 14weeks ni, doktor bagi ubat macam-macam jenis. Before this, just bagi acid folic je. Pagi tadi, depa bagi ubat tambah kalsium la, tambah darah la, ntah ape lagi. Semuanya 5 jenis dan vitamin sahaja. :)

Banyak juge..nasib semua kecik-kecik saja..

Tadi pun doktor ada scan juga. Tapi, tak nampak jelas sangat. Baby merajuk sebab Papa tak datang jenguk sekali kot. Tak berapa excited macam haritu. =P

Papa ada kerja la Sayang.....








0 budak cumil mengomel:

Post a Comment

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!