TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, October 25, 2010

Dalam hati ada cinta.....


"Kak Pah!!! Ajam!! Bangun-bangun!! Tengahari dah ni" mama mengejutkanku dari tidur.


Hahah! Mama kalau nak kami adik beradik cepat bangun pagi mesti gertak dengan 'tengahari dah'. Walhal masa tu masih pagi lagi. Hehhe. Comel mama. Lantas dengan tergesa-gesa saya bangun dari tidur dan capai tuala dan terus mandi. Lebih kurang 5 minit, saya dah siap mandi, terus capai baju dan tudung sekolah yang tergantung di belakang pintu bilik. Kalau dah lambat-lambat macam ni, memang saya mandi cincai je rambut pon jarang-jarang basah, kalau takde ape, setengah jam jugak bermandi manda. Heh.. Then, kutempek sedikit bedak Johnson ke muka ku. Masa tu budak lagi, bedak Johnson aje jadi pilihan. Sometimes, tanpa tengok cermin pon pakai, alih-alih sampai sekolah kawan tegur bedak bertompok-tompok kat hidung, mata, dahi. Gila comot masa saya kecik dulu. Dah siap mekap, terus saya capai beg meluncur ke pintu rumah untuk memakai kasut. Sebagai info, mama saya seorang guru di sekolah yang sama tempat saya sekolah. Bukan menengah, sekolah rendah aje. Kira anak cikgu la ni. So, pagi-pagi memang kami adik beradik tak breakfast. Mama tak sempat nak sediakan. Mama nak kena punch card awal kot. Hehhe..

Okay, sambung cerita. Buat perenggan lain lah, nanti korang pening nak baca panjang sangat. 

Mama dah hon-hon dah. Oleh itu, kami cepat-cepat sarung kasut sekolah dan terus masuk ke kereta. Adehh, tetiba rasa ketat plak kasut ni. Maybe kaki sembap kot (Eh, kaki saya memang selalu sembap tau. Kalau tidur lambat ke, berdiri lama ke, memang akan sembap. Dari dulu, kini dan selamanya..). So, kubiarkan saja kasutku yang ketat itu.

Mama meluncur laju ke sekolah. Dah tiba ke sekolah, pintu pagar sekolah dah tutup, tapi, nasib baik mama cikgu, pengawas sekolah bagi masuk je. Gila kau tak bagi cikgu sekolah masuk? Kami adik beradik turun dari kereta, masuk ke kelas masing-masing.


Kira-kira sejam dalam kelas, kaki ku terasa berdenyut-denyut. Tak sakit. Kubiarkan saja.


Sejam lagi berlalu. Kaki terasa berdenyut-denyut lagi. Tergerak hati untuk melihat kaki saya itu. Tapi, malas nak buka kasut. Saya menekan-nekan kasut dan cuba menguis-nguis dengan jari masuk ke dalam kasut. Rasa lembik-lembik dan basah-basah. Hati berdebar-debar. Tanpa berlengah, saya membuka kasut walaupun ada cikgu di depan sedang mengajar. Bila kasut dah dibuka, ohmaigod!!!!!! Ada seekor katak! Anak katak. Nasib baik saya dapat kontrol perasaan, tak menjerit. Cuma menggeletar badan menahan geli yang amat. Yang saya dok kuis-kuis ngan jari tadi tu, adalah anak katak???!!!! Gelinyaaaaaaa! hanya Allah yang tahu. Tapi, kesian gila dengan katak ni, berapa jam dok bersempit dalam kasut. Hahha! Padan muka...


Macam tu la cerita dia. Kisah di zaman darjah 4 tak silap. Gelak sorang-sorang  bila teringat kisah ni. Memang akan ingat sampai bila-bila.



6 comments:

  1. waaaaaaaahhhhhhh~~~~~~

    meremang bayangkan. huhu.
    kita penah sekali gak katak masuk dalam kasut, tapi tak sempat pakai dia dah melompat keluar. tu pun dah menjerit-jerit dah macam apa..

    huhu. comelnya main kuis-kuis dengan anak katak hahahaha!

    ReplyDelete
  2. hahahaha dlm hati ada cinta,dlm kasut ada katak.x sngka plak ade jgk org yg pnah xprience bnd ni.slalu bace dlm Ujang ngan Apo? je hahahaha

    ReplyDelete
  3. Una:
    Hahahahh! best tau main kuis2 dengan anak katak.kahkah!

    Anon:
    Nak letak tajuk mcm tu la, tapi, nnt tak suspen plak dalam kasut ade katak..heheh..

    ReplyDelete
  4. Abam:
    Err..bukan syg dah cerita ke? Heheh..

    ReplyDelete
  5. mcm pnh dgr je cite ni last 2 yrs...

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!