TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, April 14, 2011

Aelahhh..baru setahun jagung


Ce korang tengok ticker kat atas tu..heheh. Dah 10 bulan usia perkahwinan saya. Eh, kami. Pejam celik pejam celik dekat-dekat setahun dah kan. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dugaan sikit-sikit tu biasalah. Itulah adat resam berumahtangga. Cewah.


Banyak benda dah berubah sekarang. Terutama saiz badan. Hahha! Okay, tak mau la cakap pasal tu, buat sakit hati je. Asal saiz badan je malas nak cakap..ngee.. Tapi, saya sangat berselera makan sekarang. Emmm, selalu kot. Tapi betul tau. Eh, tadi kata tak mau cakap pasal ni, tapi cakap juga. Alahai, sesungguhnya saya insan yang lemah..hehe, okay takde kaitan.
 
Ha, nak ucap tahniah kat salah sorang geng ronggeng kami, Syakirah sempena perkahwinan beliau dan juga, kehadiran orang 'ketiga' dalam perkahwinan mereka. Wahh..seronoknya, nanti geng ronggeng dah ada anak buah baru. Seronok tengok kawan-kawan yang dah berumah tangga, kebanyakkannya dah  pregnant. Saya? Belum lagi..belum rezeki lagi.  Yang taknak anak, dibuang-buang...yang inginkan anak, ditunggu-tunggu. Hmm, tak kisah la. Saya percaya pada ketentuanNya. Ada la sebabnya tu kan? Takpelah, boleh  kami honeymoon2 lagi.. =P

Oh ya, on 1st May nanti kami akan melencong lagi. Nak tau ke mana? LANGKAWI!!! Yeay! Thanks Abam. Tak sabar nak pergi. Kira macam 2nd honeymoon la sebab pergi pun berdua aje. Kahkah! Abam kesian tengok saya kot. Asyik stress aje dengan kerja. Asal balik je, ade je benda yang diomelkan olehku. Bos suruh itu la, bos suruh ini la, bos suruh urut kaki la, buat kopi la. Okay, yang tu tipu. Hehhe. Semua benda nak urgent, tapi bagi last minit. Surat pula, semuanya U.T U.T U.T! Tau ape U.T? UT=Untuk Tindakan. Surat yang sepatutnya masuk fail/makluman pun, UT jugak ke? Adeh. Entah apa-apa la diorang ni. Kalau setakat jadi posmen macam tu, saya pon boleh kot. Alamak, sudah lebih ni. Okay, fullstop. Malas nak tulis panjang-panjang. Nanti kantoi pula. Tak pasal-pasal kena buang kerja. Pastu, bil hp sape nak bayar? tol, minyak..yang penting shopping, duit nak cekau mana? Okay okay macam sudah terlebih lagi. Dah.

Jom layan gambar nak?


Masa diawal 1st honeymoon kami di Bali awal-awal kawin dulu. 
(Saje nak letak gambar kurus je..hhaha!)

Teringat husband pernah cerita. Sebelum kami kahwin dulu, ada seorang kawan dia cakap,

Orang cakap, kalau honeymoon kat Bali, dapat anak lambat. Kawan aku 3 pasangan memang jadi betul.

Hehhe.. oppss! betullah, terjadi kepada diri sendiri pula. So, girls, sape-sape yang planning nak honeymoon kat sana, watchout! Hahha! Takdelah, jangan percayalah. Kawan saya, Yanie, tak pon. Siap bunting pelamin lagi. Dah beranak dah pon. Baby girl named Aleesya.. Comel gila. Anyway, congrats Yanie!

Oh just a quick update je ni. Cerita pon campur campur je. Terima kasih kerana kamu sudi membaca cerita mengarut ini sampai habis. Hahah! Okay la. Mau tidur. Nantok..nantok..nantok...!



2 comments:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!