TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Thursday, May 19, 2011

KKIA


Ini cerita Isnin lepas. Cerita saya yang dah buat BUKU PINK! Yeayyy.. First time pergi Klinik Kesihatan Kuarters KLIA ni. Tak ramai orang dan saya orang yang ke-2 sampai. Tak perlu buat appointment, pergi je terus. Tapi, nampak je takde orang, pukul kol 10 lebih juga baru habis sebab diorang bagi peluang  budak-budak yang demam dulu untuk jumpa doktor. Macam tu ek? Lenguh tau pinggang ni, dok menunggu lama kat kerusi kat luar tu. Sampai je kat sana, diorang suruh buat urine test. Nak makesure mengandung ke tak. Actually, risau tu tetap ada, even dah kali ke-3 check, kot-kot la tiba-tiba negetif, hmm, nauzubillah.. Alhamdulillah, POSITIVE juga. :)


So, next appointment, 27 Jun pula. Doktor bagitau akan scan bila masuk 14 minggu. Oh, tak sabar. hehe.. Masa mula-mula saya dapat tahu saya pregnant dulu, Mama dah pesan siap-siap. Jangan scan awal-awal. Takut effect laser ke ape  ntah. Hehe..Takde kaitan pun (kot kan?). Biasalah, Mama kan..mestilah dia risau. Saya ikutin aja. Anak Mama kan... :">

Sekarang, saya kena makan banyak sayur hijau. Tapi, susah la nak telan sayur. Masak pun, last-last, Abam juga yangkena makan. Tak lalu lah. Sampai nak tengok pun nak muntah kot.. Dulu, saya suka makan sayur. Macam mana ek? Risau la. Usah sayur, nasi pun payah. Adeh.. Harapnya, morning sickness ni sampai 3 bulan je. Kalau tak, kesian kat baby kalau ibu dia asyik makan macam ni. (T____T).

Tuesday, May 10, 2011

Saje-saje nak update

 1.   Kenapa semua orang kecoh dengan panas tetapi, tidak saya? Kat office ni, diorang ni siap pasang kipas kuat-kuat, tak rasa aircond katanya. Kenapa saya tak rasa ada perubahan pun?  Malah terasa sejuk. Erk!


2.   Sekarang saya dah mula rasa tak lalu nak makan. Tak boleh nak telan apa pun. Bukan main la bila hujung minggu, fikir nak masak itu, nak masak ini. Tapi, bila masak, letak ni, letak tu supaya berselera nak makan, alih-alih, makan semulut je? Kesian Abam yang terpaksa habiskan. Even if dapat makan sekalipun, tak boleh makan banyak. Kalau makan banyak sikit, "bluwekkk" rasa nak terkeluar balik. :'(


3.   Rasa loya dah semakin menjadi-jadi. Kalau time untuk loya tu fixed je, okay jugaklah. Ini, setiap masa. Tak kira pagi, petang, siang, malam. So, you guys out there, nikmatilah makanan sementara anda boleh nikmati. hehe...


4.  Berat badan turun sedikit sebab kurang makan. Turun 2 kg je pun. Walaupun berat turun, pipi tetap kembang, kenapa ek? tehee..


5.  Badan ni cepat letih je sekarang. Kalau menyapu kat ruang tamu yang seco'et tu pon dah rasa penat gila. Kalau masak pun macam tu. Habis masak, kalau Abam tak siap lagi, saya akan tidur dulu sekejap, then, baru makan. Tak larat betul la. Lagi satu, kain yang tak berlipat pun, macam gunung Everest je kat rumah tu. Tunggu nak runtuh je. Basuh, angkat, campak, basuh, angkat, campak. Heheh.. Taapii.. sekarang Abam dah banyak tolong saya buat kerja rumah. :) Kalau saya kemas rumah, beliau akan tolong sama untuk susun kasut, paper, erm ape lagi ek? hehe.. Ringan sikit rasa. Kesian Abam, terpaksa iron baju sendiri sekarang. Sorry Abam, Sayang tak terdaya. Apepun, thanks Yang!


6.  Kerap juga ke toilet sekarang ni. Biasanya sebelum tidur, saya suka minum air, natijahnya, tengah-tengah malam buta, terpaksa gagahkan diri bangun ke toilet. Kadang-kadang sampai 3 kali! Oh God! Waktu pergi kerja dan balik kerja pon sama. Kami kan travel jauh dari Nilai ke KL.  Setiap kali melalui R & R, memang kami akan singgah. Kesian Abam. Kalau boleh tahan, saya tahan je. Time nak masuk wayang pun seksa nokkk. Nak keluar segan sebab malas nak 'pijak' kaki orang. hehe.. Yelah, sebab suasana gelap dan badan saya BESAR. So, tahan je la. Tapi, kalau yang tak boleh tahan sangat tu, memang terpaksa keluar jugalah. 


7.  I have low blood pressure. Last month, saya check lebih kurang (80/58). That's why la kot saya selalu rasa pening-pening dan cepat letih sangat.


8.  Alhamdulillah, setakat ini, saya masih lagi boleh minum susu. Cuma dulu, boleh minum skali dengan oat, tapi, sekarang tak boleh nak telan dah. Masa breakfast saya boleh makan nasi lemak je. Bihun goreng ke, nasi goreng ke, memang tak lalu. Maybe sebab berminyak kot. Tapi, takkan nak makan nasi lemak hari-hari? Boleh menambah lemak dan kolestrol ni. Tak bagus tak bagus.


So today, saya cuba makan buah-buahan ini. Ok jugalah, memandangkan buah kiwi pun rasa masam-masam kan. Tapi, tak sure lah boleh tahan berapa hari.. :P

9.  Paling ketara seluar saya semua dah KETAT dan sampaikan sukar untuk saya bernafas jika memakainya (hiperbola sangat kot). Saya rasa perlu cari seluar maternity terus la. Lagipun, perut ni akan semakin membesar. Lepas mengandung pun still boleh pakai kan? Kat office, I prefer to wear Baju Kurung but, now I'm no longer fit in most my Baju Kurungs. Sebelum pregnant haritu, beria-ia minta tolong dengan my MIL tambahkan getah untuk semua kain baju kurung. Bila dah pregnant, tak boleh nak pakai jugak. Perlukah saya  menambah lagi getah kain tersebut?? :P


Okay lah, setakat ini saja nak update. Tak larat nak tulis banyak-banyak. Tak sempat nak cukupkan 10. heheh..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mama!!!

Rasa happy dapat menggembirakan Mama harini. Kami adik beradik berpakat bagi surprise untuk Mama di sekolahnya. Disebabkan kebanyakkan anak-anaknya jauh di perantauan, (takde la jauh sangat pon, KL je) terpaksa kami menggunakan khidmat adik kecik yang tinggal bersama Mama di rumah untuk menempah sejambak bunga untuk Mama. Kami sendiri pun tak dapat nak tengok pon macam mana gubahan bunga tu. Mama cakap, riuh satu sekolah yang PK Hem (Mama ni cikgu hal ehwal murid) dapat bunga besar. Agak-agak dua kaki tingginya. Hahhah! Suke la tu! :) Siap tak nak bawak balik rumah, nak letak kat office je supaya boleh dinikmati oleh ibu-ibu yang lain. tehee...! Suka tengok Mama happy.. :)





Ini Mama saya. Sedang kusyuk mendengar gosip di petang hari..hehhe..
(sama dengan anaknya.. =P)



Engkaulah ratu hati kami..
Engkaulah segala-galanya dalam hidup kami..
Tanpamu, hidup kami tak beerti..
Tanpamu, kami tidak dapat melihat bintang dan matahari..
Kami amat menyayangimu dan menyanjungimu Mama..
Terima kasih Mama..
SELAMAT HARI IBU..MAMA!
Kakpah sayang Mama.. muahh muah..muah..


Friday, May 6, 2011

Cuti-cuti Malaysia..


Tamatlah sudah babymoon time kami di Langkawi last weekend. Oh, dah lama tak rasa cuti-cuti Malaysia macam tu. Best sebab tak perlu nak fikir pasal kerja. :)

Actually, before this dah pernah pergi masa time belajar dulu. Biasalah, site visit budak budak jurutera awam. Padahal nak berjalan je lebih. Boleh tangkap-tangkap gambar bersama classmates, housemates,  kapel (not me okay..takde boipren lagi masa tu..sebab baru clashed..ekek..) pastu upload dalam Friendster. Masa tu mana ada Facebook lagi kan. Hehe..Lawak plak teringat pasal Friendster. Entah apa-apa. 

Kat Langkawi, saya menginap di Aseania Resort. Asalnya, booked hotel Besta di Pantai Chenang. Bila nak bertolak haritu, saje lah nak confirm balik, tengok tengok hotel tu dah penuh and diorang dah transfer siap siap ke hotel Asenia tanpa memberitahu kami. Sangat tidak bermoral ye adik adik. Ye la, kalau kitorang tak call, kitorang tak tau yang hotel dah tukar. Tapi, tak sangka hotel yang kiotrang dok tu, best! Besar biliknya. Katil queen sampai dua buah. Pool dia, panjang dan besar. Kalau bawak family besar, boleh la menginap kat situ. Cuma, harganya tak pasti la. Rasanya mahal sikit kot. Kami ni pon nasib baik dia transfer tak perlu tambah duit sebab Abam dah bayar hotel tu. Kalau tak, habis la bajet nak beli coklat kat sana. Heheh..

Layan gambar dulu jom!

Jalan-jalan tengok sunset..

Terima kasih kepada kakak..em, lupa plak tanya nama sebab tolong ambik gambar. hehhe


Gelak apa tu bang oi!

Kemain la dok sengih-sengih depan kamera, gambar makcik ni plak yang Abam fokus..adeii..takpelah, kasik can la makcik oi..

Ok la, sambung cerita lain kali ye. Mau sambung buat kerja. Selebihnya, akan diupload kemudian. :)