TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, February 28, 2012

Baby sitter


Sememangnya pengasuh adalah menjadi satu perkara yang merunsingkan si ibu apabila selesai berpantang dan akan kembali bekerja. Ok ke kat situ?Ramai tak budak yang dia jaga? Kalau baby nangis, dia angkat ke tak atau biar je nangis macam tu? Pertanyaan yang sering menjadi tanda tanya bagi si ibu. Tambahan pula sekarang makin meningkat kes kematian bayi di nursery dengan macam macam kes. Sudah semestinya si ibu akan mencari apa sahaja yang terbaik untuk anak mereka.

Begitu juga dengan saya. Saya akan mula bekerja pada 1 Mac nanti. Tapi, baru semalam mula mencari pengasuh. Sebab banyak sangat fikir benda benda negetive. Rasa gerun mahu menghantar Ayesha ke nursery. Kat Youtube, boleh tengok macam-macam cara diorang nak suruh budak budak tidur. Bagi puting, then salotape mulut lah,  bedung sampai ketat gila la..haih, menangis tengok :'(. Tapi, dah nak buat macam mana, terpaksa kuharungi jua. Oh ya, untuk pengetahuan kalian, alhamdulillah my application untuk bertukar ke JKR Kelantan telah diluluskan. Dapat dekat dengan Suami dan anak. Syukur alhamdulillah. Rezeki Ayesha ni. So, mulai sekarang, saya akan menetap di Kota Bharu. Tidak lagi di Nilai.

Actually, tak banyak nursery yang berdaftar kat sini sebab kampung kan. Bukan macam di KL. Kebanyakkan orang di sini just hantar kat jiran dan saudara mara je. So, semalam baru start rasa cemas pasal kat mana nak letak si bam bam Mama ni. Khamis ni dah nak start kerja dah. Nak hantar kat mak sedara, macam susah je nak explain bagaimana nak handle susu ibu ni. Ye la, kat kampung ni bukannya meluas sangat lagi pasal EBM ni. Nak nak orang lama. hehe.. Kang bagi pisang lenyek la, bagi minum air masak la. Saya mahu breastfeed Ayesha secara exclusive! Selagi tak sampai 6 bulan, kalau diizinkan olehNya, saya mahu Ayesha minum susu ibu sahaja. InsyaAllah.

Teringat jiran saya betul-betul depan rumah ni, takde buat apa rasanya. Surirumah sepenuh masa. Anak-anak dia pun dah besar. Boleh la nak try tanya. Lagipun, beliau masih muda. Late 30's macam tu. Dah lama jugak kami berjiran. And alhamdulillah, jawapannya adalah YES! Beliau mahu menjaga Ayesha. Rezeki Ayesha lagi :'). Mana nak cari pengasuh yang berada di depan mata kan?hehe..Sangat lega. Hopefully, Ayesha serasi dengannya dan pengasuh pun serasi dengan Ayesha. Ayesha kan good girl. :)

Sembang apa tu Ayesha? Banyaknye cerita dia.. :)

Tengok tu, buat muka comel macam tu! Haih..macam mana Mama nak kerja ni Sayang? 



4 comments:

  1. hee insyaAllah Aleesya akan serasi dgn babysitter tu :)

    comel nya aleesya ni geram tgk! hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulllah dah jumpa babysitter... moga2 ayesha akan membesar dengan sempurna di bawah jagaan bbsitter tu, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Sentiasa doakan kesejahteraan babysitter tu, sekali sekala kalau macam pergi pasar malam or supermarket belikan lah something yang ringan2 like apam balik or biskut-biskut ke.
    Ambil hati dia, ambil hati anak-anak dia juga.
    Kalau boleh feeding bottles tu bagilah lebih (kita bagi 4 botol) supaya babysitter tu tak perlu nak basuh botol anak kita setiap kali nak bagi susu.
    Bottom line is, jangan berkira langsung dengan babysitter.
    Masa hantar tu baca ayat ke-4 surah Al-Fatihah tu, sebab kita tak mampu nak tengok anak kita so kita berserah pada Allah untuk tengokkan anak kita.

    Sentiasa bersangka baik. InshaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.

    Good luck! =)

    ReplyDelete
  4. Ijah:
    Amin..tenkiu Ijah. Btw, nama Aleesya tu anak Kak Yanie la. Hahha! Ape la Auntie Ijah ni. Nama nak dekat sama ek?

    Cindellyna Aja:
    Aah. syukur sangat. amin..insyaAllah. :)

    Una:
    4 botol? oo, saya tak terfikir pasal tu. betul jugak ek. Leceh juga kalau ade 1 botol ja.

    Aah, tu la, Mama pun pesan jangan berkira sangat dengan pengasuh. Sebab dia yang jaga makan minum anak kita kan? Thanks for the info.

    Perlu bersangka baik. Betul tu. :)

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!