I was blessed that I've been given chance to fully breastfed my daughter with the most perfectly design food on earth, breast milk. Even at first, my breast milk belum keluar for 3 days after deliver Ayesha dan saya dengan sedihnya terpaksa bagi dia formula milk sebab kesian tengok dia menangis siang malam sampai merah padam muka kerana kebuluran (T_T). Namun, walaupun tak keluar, saya selalu paksa dia to suck my nenen and always think POSITIF bahawa SUSU AKAN KELUAR! Alhamdulillah, kolustrum yang dinantikan telah tiba pada hari yang ke-4 and until now, saya masih menyusukan dia, FULLY. InsyaAllah, will be continue till 2 years old. Amin.. :)
Sekarang ni, kalau saya terpaksa tinggalkan dia dengan Mama or pengasuh, alhamdulillah dia boleh minum dengan botol tanpa rasa confuse pon (so far la). Macam-macam jenis botol saya beli. First Year, Tommee Tippee, Pureen. Beli atas sebab kecomelan botol-botol tersebut. Hehe..ataupun memang kebetulan Ayesha ni jenis tak banyak songeh. Semua dia ngap je. (O.o). Tapi, memang betullah orang kata baby girl ni tak banyak sangat minum susu berbanding baby boy. Memang sempat bengkak susu. That's why la saya dah start buat stok susu masa 20 hari pantang. Kalau tak, belum lagi nak start buat stoknya. Tapi, production takdelah banyak mana pun. Awal awal ni, milk supply pun developes based on child's needs kan. Kalau Ayesha minum sebelah, sebelah lagi saya pam. Sekarang ahamdulillah, susu makin bertambah. Rezeki Ayesha. :)
Sedang saya cuti sebelum bersalin haritu, saya pernah apply untuk berpindah ke JKR Kelantan memandangkan Suami bekerja di Kelantan. Takkan la saya dan Ayesha nak pergi kerja di KL tanpa Suami kan. Tak sanggup rasanya nak tanggung sorang sorang. Memang saya dah fikir, kalau application saya tu ditolak, memang saya akan RESIGN!. Lagipun, my contract tamat end of this year. Tanpa disangka sebelum start kerja, dapat berita my application approved! Alhamdulillah rezeki Ayesha nak bersama ngan Mama dan Abah dia. :). So, sekarang ni, tengah pulun mengepam nak kumpul stok susu.
So, semalam saya dah mula bekerja. Kerja sekarang macam makin busy je berbanding masa dok KL dulu. Hari pertama pun dah rasa stress. Lagi menyedihkan, macam takde peluang je nak mengepam di office. Meja sebelah, lelaki, belakang pun lelaki. Terpaksa naik surau. Surau pula takde power supply. Aduh!!!! Nasib baik 2 hari lepas beli pam manual. So, lambat lah sikit. Tapi, macam tak best je hilang lama sikit. Takut bos cari. Takpelah, akan cuba cekalkan hati untuk mengepam. Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini untuk terus mengepam demi anakku.
Walaupun tak sebanyak mommies lain, rasa syukur sangat. Ada juga rezeki untuk Ayesha. Takpelah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? Sampai berapa lama entah boleh tahan untuk stok sebanyak ni.
Nasib baik lah rumah Mama ni ada deep freezer yang besar. Barang sediada dalam tu pun tak banyak. So, boleh la buat stok banyak banyak. (Banyak ke?). Aishh, kan dah cakap, kena sentiasa POSITIF! Semangat nak breastfeeding. Breastfeeding is beautiful, right?
c'pah pasti boleh..
ReplyDeletemesti semangat & yakin boleh..