TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, August 13, 2011

I've turned to 26 today..

Today is my birthday. Syukur alhamdulillah saya masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di muka bumiNya sehingga ke hari ini. Syukur juga kerana saya dikelilingi suami baik dan penyayang, ibu bapa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya, mertua yang sangat baik, adik beradik yang happy go lucky, kawan-kawan yang happening-dan-otak-gila-gila. Dan juga tahun ni insyaAllah, saya akan menjadi seorang ibu kepada anak dalam kandungan saya ini.


So, since cik abe tiada di sisi tahun ni untuk celebrate my birthday, sebagai hadiah untuk diri sendiri (walaupun dah dapat ASUS seketul), saya pergi memanjakan muka di Slimming Sanctuary. Actually, pakej yang masa kawin haritu tak habis-habis lagi. Heheh. So, yang tadi tu, yang last punya la. Pasni dah takde dah. Itu sahaja lah yang saya buat harini. Sian besday girl celebrate sorang-sorang kan..? :P


Happy birthday to me!




Abaikan background dalam gambar. Petang tadi pergi repair lampu kereta dengan adik. hehhe..

Thursday, August 11, 2011

I'm 21 weeks pregnant!

Hari ke 11 Ramadhan....



Baby lebih kurang sebesar ni kot sekarang. Pejam celik pejam celik dah 5 bulan dah. Alhamdulillah. Orang cakap, 5 bulan dah boleh cek jantina ek? Saya tak kisah pun boy ke girl, asalkan baby sihat dan selamat je. Betul tak? :). Perut ni pun sejak puasa ni, sekejap nampak kecik, sekejap nampak besar..hehe..Kalau lepas berbuka, memang confirm terik je perut ni. Sampai tahap gatal lah pulak. Hahha! Dah start mem'beri' orang kata. :P


Alhamdulillah. Dah sebelas hari saya berpuasa. Setakat ni, masih larat. Harapnya, akan kekal hingga ke Syawal. Malas nak masak lagi hari ni. Beli nasi kerabu dan 2 keping murtabak-yang-gila-sedap-sangat-kot lepas balik kerja tadi. Tapi, rasa macam tak cukup je murtabak 2 keping. Oleh itu, harini rasa rajin nak buat kuih sampingan. Heheh..


Onde-onde!!! (or panggil buah melaka..kan?)



Actually, ade je jual kat kedai tadi. Tapi, malas nak beli, sebab kalau yang jual tu, diorang letak gula melaka sikit sangat. Kuihnya, besar je...Buat sendiri baru puas makan..ye tak? Okay lah..jom jom bukak puasa.

Daaaa


Wednesday, August 10, 2011

OMG! It's purple!!!


Assalamualaikum.

Ehem-ehem..mentang-mentang cik abe balik, terus senyap je ye? heheh.. Suami dah balik KB balik dah Isnin lalu. Kesian kat baby ni, kena tinggal lagi ye..(sekali lagi baby menjadi mangsa sebagai alasan). Maybe 2,3 hari nak raya la kami akan berjumpa lagi memandangkan tiket balik KB Air Asia punya sangatlah mahal untuk kami beli semasa di bulan puasa ni. Bukanlah tak boleh naik bas or kereta. Tapi, faham-faham sahajalah berapa lama journey nak ulang alik KL-KB tu. Kalau saya tak pregnant, boleh saja  nak naik bas kereta or keretapi sekalipun. Tapi,.....aishh, lenguh pinggang ni tau. 8 jam kot! Tak apalah, kerana kasih dan rindu, kuturutkan jua...wah! :)


Anyway, memandangkan this year Suami tiada di sisi untuk sambut my birthday yang agak-agak nak dekat dah ni, tak disangka ada surprise untuk saya...


Jeng..jeng..jeng....





Dapat laptop kecik. ASUS. Kecik comel je. Thanks so much Sayang! (Oh, dapat laptop, terus Sayang eh?).


Cuba try test keypad sikit...Oh, best best. hehe..


Purple colour pula tu. Sangat comel. Senang dibawa ke mana-mana. Pasni, dah tak perlu nak pinjam laptop adik nak bukak FB or blogging. (Itu je kegunaan laptop ni buat masa sekarang ni. hehe). 

Ha, time pantang nanti, senang la nak online kan? Best! Best!

Thanks so much Sayang..Ni sayang Abang ni. :)


Thursday, August 4, 2011

Bermalasan

Lagi 1 jam setengah nak berbuka.

Awal gila sampai rumah harini. Jalan tak berapa jam lagi masa saya balik tadi. Sampai aje kat rumah, solat asar then terus capai laptop. Malas nak tengok TV sebab anak-anak buah sedang melayan BBTV di Astro. Takkan saya nak layan sekali kot. :P.


Harini rasa malas pula nak masak. Bukan malas, tapi tak tahu nak masak apa. Boring. Semalam pun saya goreng nasi je. Haih..baru 3 hari puasa kot. Dah tak tahu nak makan apa? Jenguk di kedai..hm, jemu la. Menu yang sama je setiap hari. Tapi, kalau tak masak, tak beli, nak makan apa yang oi? So, beli juga lah harini. Hehehe...Banyak betul alasannya. Tapi, best sangat dok kat area Pantai Dalam ni. Banyak makanan Kelantan yang jual kat sini. Nasi kerabu, nasi belauk, nasi dagang dan macam macam lah. Boleh tahan jugalah sedapnya. Boleh la buat hilang rasa teringin tu.


Harini rasa mood happy je. Kenapa ye? Sebabbbb my hubby nak balik. Yey! Dah confius nak sebut 'balik' ke 'datang'. Mana-mana je lah. Rindu sangat... Ala, kasi la can kat kami, kami dah 2 minggu tak jumpa tau. :P Bukan saya saja, yang dalam perut ni pun rindu dengan Abah dia. Kami tak sempat nak berbuka sama-sama pun harini. Malam ni beliau baru naik flight. Sempat sahur je la dengan Abam nanti. :)) Alamak, kena masak nasi la pagi nanti. Abam mana nak layan roti-roti ni. Hehe..Jawabnya, masak sardin la nanti. :) Ish..itu pun dah menyelerakan tau. Nak nak makan pula bersama telur dadar. Perghh! Okay, sudah sudah..mahu lipat kain. Daaaa!


Got 2 cupcakes from my fren. Comel kan? Anak-anak buah memang suka la ni. Looks so yummy! Thanks yang! :)

Monday, August 1, 2011

Ia datang lagi... !!


Dah masuk bulan Ramadhan dah. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun kedua saya sambut puasa sebagai isteri. Cuma, beza tahun ni, kami berjauhan. Alaa, tak boleh la nak masak sahur untuk Abam, tak boleh nak masak untuk berbuka untuk Abam, tak boleh nak kejut Abam bangun sahur dan bla..bla..bla.. Mengada, padahal sebelum ni, beli je. :P Haip! Beli sebab tak sempat tau! (-_-").

Apa yang bestnya tahun ni, saya boleh puasa penuh dan insyAllah saya akan penuhkan. Semalam dah niat sebulan dah. Heheh.. Semalam pun terawikh sorang-sorang je. Hajatnya, nak juga turun ke surau. Tapi, semalam balik lambat sikit. So, tak sempat nak pergi. Lagipun, kakak bagitau, wanita sebenarnya tidak berapa digalakkan ke surau, takut menimbulkan fitnah. Dah la, Suami tiada di sisi ni. So, saya buat sendiri aje kat rumah. Target nak buat penuh tahun ni. Tak mau dah skip macam tahun tahun lepas. InsyaAllah… :)



Pagi ni sahur sorang sorang tanpa teman.. 
Tskk.. :'(. 

Apepun,



Okay lah, jap gi ada meeting. Kembali bekerja..ayuh!