Semalam dah start kisah putus jari. Oke, pasni, akan berlarutan lah kisah putus-putus ni sampai ke raya. Duh, malas gila nak dengar cerita ni.. Dah tak jadi kesian dah bila dengar berita-berita macam ni. Bertambah geram ada la. Bukan ape, geram sangat ngan budak-budak main mercun ni. Memang la, korang akan cakap, "alaa...budak-budak mana nak tahu ape-ape". Tapi, nak geram jugak boley??
Entah sape la yang jual mercun-mercun ni. Rasa nak bakar je kedai dia. Dah tau bahaya tu, janganla mainnnnn adik-adik oi! Ape yang seronok sangat ngan mercun tuh? Sekarang pon, area rumah saya dah start dah bunyi bum bang bum bang mercun. Bising gila! Korang pon mesti sama kan? Saya ok lah lagi takde anak kecik. Kalau yang ade anak kecik, tak ke kesian? Asik terkejut je, sian... Huh, toksah kata budak kecik, orang tua ni pon boleh terkejut dengar mercun.
Kadang-kadang, ade jugak si ayah yang lebih excited berbanding anak-anak. Siap borong mercun. Macam pak sedara saya. Nasib baik dia takde blog, kalau tak, perang satu family la nih..heheh.. sebab memang dia sorang je yang selalu beli untuk anak-anak dia. Mercun katak la, gasing la, ketupat la, rendang la, haish! Kalau ade pengawasan dari ibubapa tu oke la. Ni kalau mak ayah takde kat umah, diorang main sendirian? macam mana? Putus ape plak?
Sekarang ni pon, boleh tengok si penjual mercun ni siap menjual secara terbuka di bazaar-bazaar. Mana budak-budak tak beli..? Haih...memang tak boleh nak sekat daa..kecuali haramkan penjualan mercun ni. Tapi, memang dah haramkan pon kan?
Toksah kata budak-budak lain, adik-adik lelaki saya pon ade dok beli jugak. Siap kirim ngan kawan suruh beli kat Rantau Panjang. Kat situ memang port mercun yang murah-murah la. Eh, korang jangan pergi cari plak. Tapi, itu dulu la, sekarang dah tak beli dah. Tapi, taktau la..kang saya balik raya nanti, setimbun kat rumah!
Kalau ada, siap la korang! Nanti kak Pah main semua. Takde sape sempat! Hahahah!
ala tak cool la tak main bunga api and mercun di malam raya :D
ReplyDeleteokay2 siyes. sesetengah mercun memang bahaya, especially for budak2. kalau nak main memang kena ada close supervision by the olders.
kita satu family memang main bunga api and mercun every Raya Eve tau! macam dah jadi acara wajib yang ditunggu semua heh heh.
Una:
ReplyDeleteHeheh..samalah. Kami pon memang main bunga api or mercun yang tak berbahaya kalau malam raya. Heheh...
Ini ada yang adjust mercun sendiri la, buat meriam la, takde orang yang lebih tua plak tu...