Wahh.. ini lah persoalan yang akan selalu ditanya bagi orang yang baru berkahwin. Betoi tak? Korang balik mana? Emmm, saya.......mesti lah raya di kampung saya dulu... sebab itu syarat yang saya bagi masa kami nak kahwin dulu,
"Kalau nak kahwin dengan sayang, tahun pertama kena balik kampung sayang dulu.."
Hahaha...! Oit!! takdelah macam tu.. Saya tidak sekejam itu okay..! Tahun ni jadi milik saya sebab tahun depan kami kena raya kat Kedah pasal family abam ni memang akan buat family gathering kat sana every 2 years. So, nak tak nak, kena gilir2 jugaklah balik kampung. Eh..memang sepatutnya kena gilir2 pon kan? (sifat pentingkan diri sendiri cuba menguasai diri. =P).
First time saya akan sambut Ramadhan dengan suami tercinta. Berdua aje. Macam mana ye nanti? Kalau before kahwin dulu, masa dok ngan family, kalo time nak sahur, saya lah antara ahli keluarga yang bangun paling lambat sekali. Liat betul. Mana tak liat, suka tidur lambat. Itupon sebab gayut ngan abam sampai jam 1,2 pagi. Maklumlah, kami berjauhan masa tu. Bangun2, dah tersedia makanan atas meja. Bangun suap kat mulut je, then, tidur balik. Suap tu pulak dengan mata tertutup. Even mata tertutup pon, habis gak lah nasi sepinggan dua. Duh, buruk gila perangai anak dara ni. Haihh, naseb baik abam nak, kalau tak, tak kahwin lagi la sekarang, takde orang nak. Sekarang giliran saya pula untuk bangun awal2 pagi, masak apa yang patut. Abang, sila bantu ye.. kang sayang tak kejut sahur, naya..(ugut ke ni?) :D
of cos abg bantuuuuuuuuuu......hehehe...bantu abiskan lauk yg tinggal...lalallalala
ReplyDeletebest la!hehe mcm my uncle..setiap tahun bergilir2 balik raya.tahun ni raya kat trganu tahun depan kedah...hehe
ReplyDeletehehe~ Selamat bersahur dan berbuka bersama! ;)
ReplyDeleteAbam:
ReplyDeleteMemang tiap2 kali makan pon, abg akan bantu habiskan lauk.. dengan nasi skali.. ;)
Wanie:
Yup, memang best!=D
Idina:
You too! ;)