TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, August 18, 2010

Nasi Kerabu Tumis dan Kuih Butir Nangka ala chepah. Ah, lantaklah, ni resipi saya... :P
























Last Monday, saya MC. I was attacked by migrain once again. Tak larat nak pergi office. Bila rasa dah sihat sikit waktu tegahari tu, rasa macam nak masak plak untuk berbuka. So, bergegas call mama sebab nak tanya resipi tumis nasi kerabu dan kuih butir nangka. Penah dengar kuih butir nangka? Heheh..maybe kat Kelantan je yang ada kot pasal abam saya tak pernah makan. :). Dah dapat resipi, terus masuk dapur.


Ok, nasi kerabu ni ada dua jenis. Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Tumis. Apa yang berbeza antara kedua-dua jenis ni ialah, nasi kerabu hitam ni, nasinya berwarna biru dan yang jenis tumis plak, guna nasi putih biasa je. Ada yang takut nak makan nasi kerabu hitam ni sebab kaler dia warna biru. Jangan takut, warna biru tu pon dari bunga kantan. Kantan ke? Eh, bunga ape ntah nama. Tapi, bukan guna nila yang orang buat rendam baju sekolah budak-budak tu. Ngeh3.. So, let's layan...jom!













Ini solok ikan. Solok ikan ni jarang la orang jual kat kedai, sebab yang biasa orang buat guna lada, solok lada. So, sebab haritu, saya tak jumpa cili hijau, so, buat ikan la sebagai solok.


Bahan-bahan solok ikan (gambar di atas):
- 3 ulas bawang merah*
- 5 biji lada hitam*
- 1 ekor ikan kembung (keluarkan isi ikan)
- Parut kelapa
- Gula dan garam secukup rasa*

Cara Penyediaan:
Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *. Then, campurkan isi ikan yang telah disiat (siat? hahha..word itu je yang datang buat masa sekarang) dan parut kelapa ke dalam bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Pastu, masukkan gula dan garam. Then, goreng!


Bahan-bahan sambal kerisik ikan:
- 3 ulas bawang merah
- 5 biji lada hitam
- 2 genggam kelapa parut (telah digoreng)
- Gula dan garam secukup rasa.
- 2 ekor isi ikan selayang/ikan sardin yang direbus dengan garam dan asam keping.

Cara penyediaan:
Ikan direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang merah dan lada hitam ditumbuk...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh gula dan garam secukup rasa...


Bahan-bahan untuk buat tumis nasi kerabu:
- 3 ulas bawang merah*
- 1 biji kelapa parut
- 2 kuntum serai (diketuk)
- 5 biji cili kering*
- Halia (1 inchi)*
-2 sudu besar budu.
- Gula kerek/gula melaka secukup rasa


Cara penyediaan:

Dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair. Blendkan bahan-bahan bertanda *. Panaskan santan pekat dalam periuk. Kacau dan tunggu sampai pecah minyak. Tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi. Masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk. Masukkan juga 2 sudu besar budu. Kalau takde budu, boleh guna belacan. Sebesar kacang aje. Then, kacau dan tunggu pecah minyak lagi. Masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki. Bubuh la garam dan gula kerek/gula melaka/gula pasir mengikut citarasa anda.






















Untuk ulaman, potong  daun kesum, kacang panjang, timun batang, kacang botol or ape-ape aje lah yang anda suka makan. :) Siap untuk dihidang!



Ok. Jom buat kuih butir nangka plak.



Bahan-bahan
7-8 helai daun pandan (di blend dan ambik airnya)
2 hiris halia (diracik-racik halus)
Sejemput biji halba
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan sederhana cair

Cara Penyediaan
Gaulkan tepung pulut bersama air pandan sehingga sebati. Jangan terlalu keras atau terlalu lembut. Then, buat adunan dlm bentuk bulat kecil2 dan tekan ditengah2nya. Macam dalam gambar kat bawah tu. Then masukkan dalam air yang telah direbus. Dah terapung, angkat, then letakkan dalam kuah santan yang telah dipanaskan bersama halia dan halba tadi. Bubuh garam gula sedikit dalam kuah tu.


Taraaaaaaaa!!!


Siap untuk dihidang!

12 comments:

  1. wow!solok ikan?1st time dengar tau akak!hehehe
    mesti sedap..:)

    ReplyDelete
  2. Wanie:
    Hehhe..kan? Solok ikan lagi sedap berbanding solok lada. Sebab solok ikan goreng. Hehe

    ReplyDelete
  3. Nadirah:
    Hahhah! meh datang umah akak makan nasi kerabu. :)

    ReplyDelete
  4. Idina:
    Uuuuu~~~ memang yummy.... :)

    -penggemar nasi kerabu dan budu-

    ReplyDelete
  5. wahh first time tgk solok ikan..hehe..selalu tgk solok lada ;) nmpk sedap nasi kerabu ngan kuih tu T__T

    ReplyDelete
  6. untung en suami...(^_^)

    ReplyDelete
  7. ala..dulu xmas0k p0n mcm ni..uhu..

    *rindu nk mkn nasi kerabu kt tmn pauh tu..yg sedap tu..name ape tah.lupe da..ehe..

    ReplyDelete
  8. sedapnya...terliur plak...lm dh mengidam nk mkn kerabu kelate...(ain)

    ReplyDelete
  9. Faihash:
    Haaa, skrg da tau, boleh la masak kat rumah.. :P

    Farah:
    Hihi..untung ke? :)

    Mas:
    Hehhe...baru belajar la mas..ni pon first time buat ni..hahha.. mas tak request pon dulu..kalo tak, syg dah buat daaa.. hehhehe..

    Ain:
    hehhe, meh umah makan nasi kerabu.. :)

    ReplyDelete
  10. wahh..giler r pah..rajin masak skang..jadi bilenyer nak jamu rakan2 ronggeng ng masakan pon pah...yummy2~~

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!