Baru saja blog walking di blog Cik Elyse kita. Adeh, kena tag masuk contest pula. Namun, saya suka contest ni. Sebab pasal photo. Heheh.. Ok Cik Elyse, SAYA JOIN! :). Terima kasih kerana tag saya yep.
Black and White Contest ini telah dikelolakan oleh cik abang hensem kita (dan dan je hensem..). Masa yang diberikan adalah dari 26/7/2010 hingga 6/9/2010. Mak aiii, lama gak. Tapi, bagus jugak. Kalau tak, tak sempat la eden nak masuk juge.
Godek-godek komputer, takde plak gambar ambik sendiri. So, saya pertaruhkan gambar ni la. Gambar masa saya kahwin. Of course la masa kahwin kan, kalau tak, apa jadah pakai bagai nak rak macam tu di hari biasa. Sememangnya, this photo is captured by my photographer , cuma, proses editing, totally done by me. Boley kan? Gambar yang berdebar gila menunggu saat saya diijabkabulkan. Berdebar tapi pantang nampak orang fokus, sengih aje. Heheh..
Ok, ini syarat-syarat pertandingan:
1) Anda hendaklah meng-Upload gmba hitam dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit... - DONE!
2) Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya... - DONE!
3) Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu... - DONE!
4) Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag.. - DONE!
5) PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak.. - DONE!