TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, September 25, 2010

Nasi goreng budu???


Suamiku bekerja lagi hari cuti begini... Tengah tunggu beliau balik rumah (ececee..). Dan juga tengah menunggu daging siap direbus. Baru nak masak tengahari. Tengahari lagi ke waktu begini? Heh. Masak  untuk petang kot. My mother-in-law (MIL) pon sedang tidur, sakit pinggang katanya. So, itulah sebab baru nak start masak. Masak awal-awal pun bukannye ada orang nak makan..

Lagipun, masih terasa kenyang makan breakfast pagi tadi. Saya buat nasi goreng budu  dan burger. Hahaha! Makan burger pagi2. Bukan ape, haritu beli daging burger dan roti burger. Tapi, tak sempat2 lagi nak buat, so, kena buat lah pagi ni sebab roti expired harini.. Heheh... Alhamdulillah, tak sakit perut pon lagi ni. Ok kot lagi roti tu. Nasib baik abam and Mak boleh makan nasi goreng budu yang saya buat tu. Ingatkan takde orang lalu nak makan dah. Saya gantikan belacan sebagai budu untuk goreng nasi. Abam dan MIL kata sedap! Heh. Korang pernah makan tak? Saya takde gambar nak tunjuk. Emmm, segan lah nak tergedik-gedik ambik gambar bagai. Nanti  MIL saya kata apa pula. Kalau just both of us ada kat rumah, mesti ada entry resipi dari chepah, 'NASI GORENG BUDU SEDAPPPP ALA CHEPAH'. Hehe... So, pasni tak banyak lah entry resipi dari saya. haipp! Saya memang tetap masak ye. *bagitau awal-awal sebelum korang mengata..heheh..*


Sebenarnya, ada kenduri kahwin that should I've attend harini. My officemate, Azura. Tapi, disebabkan sekarang ini, kami hanya ada sebuah kereta, sedikit sebanyak pergerakkanku terbatas. Sorry ya Azura.. dan harini juga, sepatutnya ada request photoshoot seorang model baju kat Putrajaya. Tapi, disebabkan takde kereta juga, tak boleh la saya nak memenuhi permintaan En Azwan..


Yesterday, saya berjaya buat facial treatment dengan jayanya. After kahwin haritu *macam baru kahwin minggu lepas je* belom sempat lagi saya nak buat. Ada 3 kali lagi.  Lepas kahwin pon tak habis2 lagi pakej yang saya ambik. Heh. Tak kisah la. Lepas kahwin pon, nak kena jaga kulit untuk suami juga kan? Tapi, semalam, timbullah pulak jerawat batu kat pipi. Memang kalau buat facial, mana-mana jerawat yang tumbuh, akan dipicit untuk mengeluarkan kuman la kononnya. Dia pi picit jerawat kembar kat pipi saya tu. Ya, Allah, sakit sangat. Memang buruk gila muka tahan sakit sampai berair mata ni. Apepon, sangat best rasa. :P


Tengok la tu...macam kena demam campak aje..tiba-tiba tumbuh kat situ..
*pleaseeee la abaikan muka hodoh ini*


Ok lah, nanti lah sambung cerita. Mahu sambung masak.




6 comments:

  1. Eh.. saya bukan kena demam campak.. :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha~~~~~~chepah2.....kan dh de org silap paham!

    ReplyDelete
  3. Soti nor nashokun:
    Hahaha tu la pasal..tak tau mcm mn org blh silap paham nih.. Baca tak habis ni..

    ReplyDelete
  4. Jerawat pemanis wajah tu hehe...

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!