TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, October 26, 2010

Perihal seluar yang.....malas nak cerita lanjut. Boley?


Hish..penat la berperang dengan baju pagi ni. Semalam sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.. Masa tu dah mengantuk tahan Ben10 dah (Ben10 la pulak, asyik gaban je kena kan?). Lepas solat Isyak, terpaksa gagahkan juga gosok baju saya dan Abam. Saya ni lebih suka gosok baju setiap hari berbanding nak gosok sekaligus untuk dipakai untuk seminggu. Penat weh nak gosok semua baju sekaligus. Tak larat nak menanggung kesembapan kaki. heheh... Lagipun, saya pilih baju kerja ikut mood hari-hari. So, tak boleh nak pilih baju mana nak dipakai untuk seminggu tu, tak tau mood macam mana pasal nak kena sesuaikan ngan tudung segala. Kalau baju Abam tu senang la, baju kemeja je. Apepun baju yang saya gosok, dia mesti pakai punya. :)


Untuk pagi ni, mood saya untuk pakai kemeja pink. Dah bersengkang mata menggosok semalam bersama seluar slack hitam. Bila nak pakai pagi ni, alamak, seluar ketat! Tak leh nak masuk. Eh, boleh masuk cuma macam... korang paham-paham je la. Malas nak cerita lanjut. Dan-dan je bab ni malas nak cerita lanjut. hik!

*diam sejenak.*

Adakah peha semakin membesar? 

*diam lagi*

Oh. tidak. Saya dah kompem. Faktor disebabkan seluar ni baru basuh dan bila kering, kain mengecut. Fabrik seluar ni memang jenis macam tu. Itu yang tak muat tu, kan? :">. Ingat nak tukar pakai skirt labuh pasal seluar dah sendat semacam je ni. Tak boleh nak pakai dah kot seluar ni. Tambahan pula, kemeja yang saya pakai tu singkat sikit. Kalau pakai gak, takut officemates lari nanti sebab tengok saya macam pembalut nangka. Tercari-cari juga skirt hitam saya tu tapi tak jumpa. Masa berjalan begitu pantas, lama-lama dah fedup nak cari, cekalkan hati malas nak tukar lain, pakai jugak.  Sementara itu Abam keluar dari toilet, dah siap mandi kukira. Tiba-tiba,


"Wow!!! Peewitt!" 


Kalau dia dah berpiwit sambil tengok atas bawah macam tu, maknanya saya perlu tukar la pakaian saya tu. heheh.. Saya senang dengan cara dia menegur. Tak kisah pasal apa-apa pun. Sangat berhemah dan berhati-hati. Bukan apa, dia tahu yang saya ni sangat sangat sangat sensitif. Pantang ditegur, mesti merajuk dan diam membisu. Mula-mula tu memang la hati tu sentap sikit kan. Lama-lama ok je. hehhe.. Eh,  okay-okay saya sambung cerita lagi. 

Saya dah takde mood masa tu, ye la, geram la jugak pasal tak boleh nak pakai baju yang saya penat-penat gosok semalam. Geram sebab peha makin besar! Perasan gak, kalau dulu, kalau berjalan, peha tak berselisih pun, sekarang, 'kelepak, kelepuk' bunyi perselisihan. Hahahh! :">. (Eh, tadi punyalah cakap sebab fabrik mengecut bagai).  Lagi pulak, pagi ni memang dah target nak pergi kerja awal sikit. Abam cuba tolong saya carikan skirt hitam tu, tapi, tak jumpa jugak. Nak tak nak, saya perlu pakai baju lain. Cari punya cari, nasib baik ada kemeja yang tak perlu digosok. Great! 


Fikirku, bagus juga buat stok baju yang tak perlu gosok ni banyak-banyak sebab keadaan genting macam ni lah baju-baju sebegini sangat diperlukan. Adakah saya sedang memberi hint kepada dia untuk bershopping? Semalam dah gaji kan? Errrr....


Okay bye!



Eh, jap.

Nak tempek gambar semalam sikit boleh? korang kn suka tengok gambar. Heheh.. Saje nak testing kamera hp Samsung Galaxy S. hik ! hasilnya, boleh la... Cuma gambar tak secantik kamera hp sony C902.




Ehh...sweetnya laki bini sama-sama tembam!






2 comments:

  1. no komen..mkn byk mkn byk ati senang...

    ReplyDelete
  2. hurmmm....ehhmmm....mmmmm....

    okeh, jum shoping....heheheh

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!