TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, May 10, 2011

Saje-saje nak update

 1.   Kenapa semua orang kecoh dengan panas tetapi, tidak saya? Kat office ni, diorang ni siap pasang kipas kuat-kuat, tak rasa aircond katanya. Kenapa saya tak rasa ada perubahan pun?  Malah terasa sejuk. Erk!


2.   Sekarang saya dah mula rasa tak lalu nak makan. Tak boleh nak telan apa pun. Bukan main la bila hujung minggu, fikir nak masak itu, nak masak ini. Tapi, bila masak, letak ni, letak tu supaya berselera nak makan, alih-alih, makan semulut je? Kesian Abam yang terpaksa habiskan. Even if dapat makan sekalipun, tak boleh makan banyak. Kalau makan banyak sikit, "bluwekkk" rasa nak terkeluar balik. :'(


3.   Rasa loya dah semakin menjadi-jadi. Kalau time untuk loya tu fixed je, okay jugaklah. Ini, setiap masa. Tak kira pagi, petang, siang, malam. So, you guys out there, nikmatilah makanan sementara anda boleh nikmati. hehe...


4.  Berat badan turun sedikit sebab kurang makan. Turun 2 kg je pun. Walaupun berat turun, pipi tetap kembang, kenapa ek? tehee..


5.  Badan ni cepat letih je sekarang. Kalau menyapu kat ruang tamu yang seco'et tu pon dah rasa penat gila. Kalau masak pun macam tu. Habis masak, kalau Abam tak siap lagi, saya akan tidur dulu sekejap, then, baru makan. Tak larat betul la. Lagi satu, kain yang tak berlipat pun, macam gunung Everest je kat rumah tu. Tunggu nak runtuh je. Basuh, angkat, campak, basuh, angkat, campak. Heheh.. Taapii.. sekarang Abam dah banyak tolong saya buat kerja rumah. :) Kalau saya kemas rumah, beliau akan tolong sama untuk susun kasut, paper, erm ape lagi ek? hehe.. Ringan sikit rasa. Kesian Abam, terpaksa iron baju sendiri sekarang. Sorry Abam, Sayang tak terdaya. Apepun, thanks Yang!


6.  Kerap juga ke toilet sekarang ni. Biasanya sebelum tidur, saya suka minum air, natijahnya, tengah-tengah malam buta, terpaksa gagahkan diri bangun ke toilet. Kadang-kadang sampai 3 kali! Oh God! Waktu pergi kerja dan balik kerja pon sama. Kami kan travel jauh dari Nilai ke KL.  Setiap kali melalui R & R, memang kami akan singgah. Kesian Abam. Kalau boleh tahan, saya tahan je. Time nak masuk wayang pun seksa nokkk. Nak keluar segan sebab malas nak 'pijak' kaki orang. hehe.. Yelah, sebab suasana gelap dan badan saya BESAR. So, tahan je la. Tapi, kalau yang tak boleh tahan sangat tu, memang terpaksa keluar jugalah. 


7.  I have low blood pressure. Last month, saya check lebih kurang (80/58). That's why la kot saya selalu rasa pening-pening dan cepat letih sangat.


8.  Alhamdulillah, setakat ini, saya masih lagi boleh minum susu. Cuma dulu, boleh minum skali dengan oat, tapi, sekarang tak boleh nak telan dah. Masa breakfast saya boleh makan nasi lemak je. Bihun goreng ke, nasi goreng ke, memang tak lalu. Maybe sebab berminyak kot. Tapi, takkan nak makan nasi lemak hari-hari? Boleh menambah lemak dan kolestrol ni. Tak bagus tak bagus.


So today, saya cuba makan buah-buahan ini. Ok jugalah, memandangkan buah kiwi pun rasa masam-masam kan. Tapi, tak sure lah boleh tahan berapa hari.. :P

9.  Paling ketara seluar saya semua dah KETAT dan sampaikan sukar untuk saya bernafas jika memakainya (hiperbola sangat kot). Saya rasa perlu cari seluar maternity terus la. Lagipun, perut ni akan semakin membesar. Lepas mengandung pun still boleh pakai kan? Kat office, I prefer to wear Baju Kurung but, now I'm no longer fit in most my Baju Kurungs. Sebelum pregnant haritu, beria-ia minta tolong dengan my MIL tambahkan getah untuk semua kain baju kurung. Bila dah pregnant, tak boleh nak pakai jugak. Perlukah saya  menambah lagi getah kain tersebut?? :P


Okay lah, setakat ini saja nak update. Tak larat nak tulis banyak-banyak. Tak sempat nak cukupkan 10. heheh..

3 comments:

  1. Hehe. Sebijik macam kita awal-awal dulu. Cuma tak pernah la turun 2kg, naik banyak kg selalu la :/
    Baju kurung memang dah tak boleh pakai, kalau pakai pun zip separuh saje kain tssskk. Before beli manernity pants hari tu, boleh lagi pakai seluar slack biasa tu tapi zip separuh jugak (memang kena pakai baju labuh jelah hehe).
    Pah jangan pakai jeans dah tau, doktor kata kain jeans keras, and jantung baby biasanya kat bawah pusat kita, kalau seluar ketat sangat nanti baby tak boleh bernafas and boleh mati. Takut betul dengar :(

    ReplyDelete
  2. Hhaha..sama la tang zip baju kurung tu. Pastu, letak pin. Takut zip terbukak, londeh kang, naya la..

    Ooo..maternity pants tu, ada yg takde zip tak? Dah tak larat nak pakai zip2 nih. ketat.

    Oh my God! Taktau plak sampai boleh bawak maut. Sebab skrg mmg sy pakai jeans (sebab seluar tu je yg muat skrg ni.wuuu!). Kena beli seluar cepat2 la nih. Sian baby..Thanks Una! :)

    ReplyDelete
  3. Hehe.
    Maternity pants memang takkan ada zip, semua pakai getah & tali saje. Selesa sangat! Ingat lepas pregnant pun nak terus pakai. Hehehe.
    Pah take care tau..

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!