TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, June 20, 2011

All in one!

Boringnya. Harini dah nak kena gerak ke Terengganu untuk menghadiri mesyuarat. Sekejap je rasa cuti-cuti di kampung ni. Banyak benda yang berlaku balik kampung kali ni. Tapi, taknak lah cerita semua. Sikit-sikit sudah. hehhe..

Semalam paling best! Dapat makan makanan yang dah diidamkan selama sebulan lebih kot.



Nah, hambik kau Chepoh! sepinggan dapat. Haha! And you know what, sekarang pun masih 10 sen sebatang. Hahah! Apa yang buat saya terharu, adik lelakiku sanggup mengejar pakcik motor yang jual sate ikan ni sampai ke dalam kampung mana entah. Tenkiu so much Ajam! Puas makan. Tapi, nampaknya Abam yang makan lebih dari saya. Tak pasti pula siapa yang mengidam.  :">




Ini pula popia paling sedap di Kota Bharu. Orang panggil popia stadium. Sebab dok kat bawah stadium je kedainya. Rangup dan kuah manis. Perghhh! Puas juga dapat makan. Memang kewajipan kami adik beradik kalau balik kampung, cari popia nih. Terliur la tu...!


Ha, semalam ada surprise untuk papa saya. Ye la, sempena Father's Day kan. Kebetulan pula balik kampung, boleh la sambut. Puas bincang adik beradik. Tak tahu nak beli apa, so,...............


Masa tu Papa dah nak pergi masjid, tak sempat nak letak lilin ke apa..
so, berlakon konon-konon ada lilin je la...hahha...!

Sorry Ma, Kpah terpaksa crop gambar Mama sebab Mama tak pakai tudung masa ni. Heheh...Saya pula siap-siap pakai tudung sebab memang nak masuk gambar pun. 


Happy Father's Day Pa!!!!! Sayang Papa dunia akhirat.


Yang becoming Papa ni? Sambut tahun depan la ye Sayang..
Tunggu baby ada baru boleh sambut. Aci tak gitu? Keh..keh..
Nak jugak?
Okay..okay..Happy Father's Day juga untuk Abang... :P
Opss..'ter'reveal imej baru Abam. 

2 comments:

  1. satay ikan tu memang faveret la..klu balik kb mesti cari punya....hahaha..popia stadium memg terbaeek...

    ReplyDelete
  2. mna la akak dpt 10sen sbtg tu..kat tmpat sy 20sen.bulat2 ikan ada 3 ketul sebtg..huhu~

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!