TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Wednesday, August 17, 2011

Beads!


Saya ni suka juga menjahit manik. Time belajar kat UiTM dulu, suka juga dok menjahit sebab ada geng. Tapi, HANYA UNTUK BAJU SENDIRI SAHAJA. Kalau baju orang lain, mintak mangaplah. Tak larat den nak jahitkan. Sakit pinggang tau. Dah kawin ni, lagilah bertambah malas. Alah, saya menjahit pun, bukan yang macam kat kedai kedai punya tu. Corak yang biasa-biasa saja. . Ikut mood juga kalau nak menjahit nih.

Kebetulan, my officemate tengah mencari tempat nak tempah jahit manik untuk baju raya beliau. Saya dengan tanpa segan silu dan berfikir panjang, terus menawarkan diri untuk menjahit. Niat nak tolong je. Kawan-kawan :P Lagipun, tiba-tiba terasa nak menjahit pula. :)

Kalau manik, saya suka brand Apple Beads. Manik dia cantik, berkilau dan yang penting sama saiz. Harga pun, memang CANTIKLAH sikit. Kalau manik yang murah murah tu, ada panjang, pendek, pecah pun ada. So, since saya dok Pantai Dalam sekarang ni, amatlah susah saya nak mencari manik di area sini. Last weekend, satu midvalley saya berjalan mencari manik. Dulu, ada kat Jusco. Sekarang dah tak jual dah. Penat gila kowt SATU MIDVALLEY SAYA BERJALAN. Sampai tumit sakit. Akhirnya, di Nilai 3 juga saya jumpa manik ni. Jauh gila cari manik kan? Hehhe..


Simple aje kan? Sebab baju dah bercorak. Nanti nampak penuh dan sarat pula. Not nice la...


Done! Pheww! 
2 hari saya ambik masa nak menjahit ni.
Itupun, masa sambil tunggu nak berbuka dan lepas semayang trawih.

Mau tempah? Sila hubungi saya di..999
Heheh..takdelah, tempahan sudah ditutup. hihi..(belum apa-apa, tempahan tutup dah)





3 comments:

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!