TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Monday, April 30, 2012

Ayesha dah 4 bulan laaa...

Yey! Ayesha dah 4 bulan 2 hari! Semalam pergi timbang 6.5 kg dan panjang 60cm. Ukur lilit kepala tak bertambah. Still 40cm. Kepala Ayesha tak besar??!!Hehe..Patut la boleh pakai reben yang sama je.

Semalam saya cirit birit. Rasa lembik gila badan. Tak tahu salah makan apa sampai jadi macam tu. Cirit birit tu tak sangat cuma badan jadi lemah. Nasib baik masih larat nak bawak Ayesha pergi chekup semalam. 

Since last two weeks, Ayesha dah makin aktif meniarap. Ho yeah hoyeah! Oh, sekarang saya dah tak boleh bagi dia tidur sendirian atas katil. My katil. Sebab bila dia dah meniarap, dia dah boleh bergerak ke depan sambil menolak kakinya. So, memang sekejap je tinggal, dia boleh sampai ke hujung katil. Kena letak dalam baby cot juga. Tapi, kadang kadang tu, letak dalam baby cot pun, alignment boleh lari juga. Buas sungguh anakku tidur. Hehe..


Nak bawak dia jalan jalan pun senang je. Dia tak meragam macam dulu lagi dah. Dah makin besar anak Mama ni. Nak NIP pun takde masalah. Saya pun dah makin serasi dan selesa untuk NIP. Kalau dulu, rasa cuak je bila Ayesha ngamuk ngamuk nak susu, terpikir pikir macam mana nak selak baju, rasa macam orang dok tengok je, sangat panik okay! HAHAH! Walaupun begitu, aurat wajib dijaga juga. :)

Esok kami anak beranak akan pulang ke kampung belah Abam, Jitra Kedah. Dah lama tak balik sejak beranak haritu. Bawak Ayesha jalan jalan ke Kedah pula. Jalan jalan cari makan je ni. Lama betul cuti kali ni. Ambik cuti 2 hari, dapat 6 hari cuti. kahkah!

Oh ya, baru tadi dapat good news from my abang ipar. KAK JED DAH SELAMAT BERSALIN! Ibu dan anak selamat. Alhamdulillah..Excitednya rasa. Syukur Ya Allah!


3.9 kg tuuuu! Tahniah Jed!  Bila boleh tengok baby boy ni.. :)



Monday, April 23, 2012

Kereta dihempap TIANG ELEKTRIK!

Sedang saya mengekek-ngekek bergelak ketawa dengan Ayesha, tiba tiba dapat call dari Papa yang keretanya dihempap TIANG ELEKTRIK! MasyaAllah! Terkejut dengar. Can you imagine how big and beratnya sebatang tiang elektrik tu? Nasib baik Papa dan Mama dalam masjid so, tiada siapa dalam kereta tersebut. Dan Papa bagitau, masa kejadian berlaku, sedang azan Maghrib, semua jemaah turun dari masjid kecuali Papa ngan Mama. Masa tu Papa terkejut dengar berita tentang kematian seorang kawan masjidnya yang meninggal di Mekah pagi tu. So, memang blur je bila dapat berita keretanya pula telah dihempap dengan tiang elektrik.

Dalam kepala saya, kalau dihempap sebesar tiang elektrik, mesti remuk teruk kereta. Tapi, bila adik hantar gambar through Kakao Talk, terkejut gila tengok.

Kemek sikit saje, cermin pon tak pecah? Alhamdulillah syukur tak teruk sangat. Taaapi, yang peliknya, tahan betul kereta Mercedez ni kan? Tiang elektrik hempap pon masih kental lagi!. Kalaulah kereta Abam (pesona jew) yang kena hempap, mesti terbelah dua dan sebelah kereta tercampak masuk tong sampah terus. Hahahah! Eh eh eh, tak boleh kutuk, nanti kereta merajuk. Dah la petang ni baru nak ambik kat kedai cat kereta. Pesona Abam dah berimej baru. :)


Ini lah tiang elektrik yang jatuh tu. 10 orang baru boleh angkat nak alihkan dari kereta Papa. Besar kan? ish..

Tiang ni tumbang sebab ada sebuah treller yang bawa backhoe, agak tinggi, tersangkut di cable tepi jalan menyebabkan tiang elektrik tu jatuh. Yang tak tahan, treller tu telah melarikan diri. Nasib baik ramai yang sempat ambik gambar dan no plate. :/

Tiba-tiba terasa nak pakai Merc jugak. kehkeh!





Wednesday, April 18, 2012

Cara Jimat Untuk Simpan Frozen EBM - Jimat Duit Jimat Ruang!

Semak kepala memikirkan macam mana nak stok EBM supaya lebih tersusun, kemas, sistematik, dan tidak menggunakan space yang banyak dalam deep freezer Mama. Almaklumlah, menumpang. Bukan apa, kesian Mama nak letak lauk lauk mentah tak muat nanti. Bajet macam banyak sangat je frozen EBM. :/



Untuk simpanan stok EBM, saya suka pakai storage bag yang ini. Sebab yang ini sangat murah. RM29.90 per 100pcs. Murah kan? Brand You Have A Baby. Tambahan pula, saya tak perlu storage bag yang besar gedabak untuk simpan EBM. Just 4oz per bag. Brand ni boleh muat up to 8oz. Brand lain agak mahal sebab dah ada zip lock tak perlu nak ikat dengan getah macam brand yang saya guna ni. Takpelah, dah nama murah kan?


Ha, nak kena ikat macam ni lah. Cuma apa yang tak bestnya, lambat cair la. Dah letak dalam peti bawah semalaman pun masih beku lagi. Susah la pengasuh nak panaskan. Nak kena tunggu cair sepenuhnya baru boleh panaskan. Lagipun, bila ikat macam ni, makan space yang banyak dalam deep freezer tu. Pastu pulak, tak boleh nak susun ikut tarikh. So, bila nak guna, terpaksa tertonggeng tonggeng cari frozen EBM yang tarikh paling lama untuk digunakan. Banyak sangat la kelemahan guna storage bag yang ni.



Bila dah banyak, jadi macam ni lah. Tak tersusun kan? Makan space. Susah nak ambik. Nak kena cek satu satu tarikh yang paling lama. So, apa yang saya buat, saya try seal guna salotape. Sebab nak try simpan secara leper-leper. Mungkin cepat sikit cairnya. Dulu, pernah tanya Suami, katanya, kalau seal guna salotape, takut bocor. So, memang tak try. Tak pernah tengok pulak orang seal guna salotape. Haritu, try buat jugak.

Haa, jadi leper macam ni la. Alhamdulillah, tak bocor, susu tak terkeluar pon dari plastic dan mudah cair. :). Sangat suka! Tapi, kena seal betul betul la supaya takde lubang pon yang ade. Yey! Kalau tak try, memang tak tahu kan. Cuma, kerja sealing dengan salotape ni leceh la sikit. Takpelah, asalkan jimat duit dan ruang. Hehe.

Oh ye, kalau nak bekukan, bekukan secara menidur macam ni lah. Bila dah beku, baru boleh susun macam gambar di bawah.



Bila dah beku, jadi macam ni lah. Tersusun je. Nak ambik pon senang dan tak guna space yang banyak. Storage bag yang tinggi tu saya beli yang brand Cherub punya. Mahal. RM38.90 per 25pcs. Mahalkan? Dah tu pulak, besar sampai boleh muat 12oz. Saya tak perlu besar besar macam tu. Rugi je. Setiap storage bag saya hanya letak 4oz saje. Everyday pon memang guna 4oz frozen EBM untuk bagi pada pengasuh.



Saya bekerja dari hari Ahad sehingga Khamis. So, start hari Ahad, saya akan kumpul chilled EBM sebanyak yang mungkin. Bila dah habis kerja setiap hari Khamis, saya akan start menyimpan lebihan chilled EBM untuk dibekukan. Sebenarnya lagi bagus kalau baby minum chilled EBM sepenuhnya. Cuma, takut stok tak bergerak, so, better campur. 

Macam ni je saya label botol-botol untuk diberi kepada pengasuh everyday. Mula-mula dulu rajin jugak tagging by number. Means guna botol no.1,2,3..dan seterusnya. Tapi, sekarang dah malas nak tagging by number. Letak tarikh aje. Lagipun, pengasuh pon dah pandai dah yang mana perlu nak habiskan dulu. :).



Monday, April 2, 2012

List-to-do


Sedang menghadiri kursus Pemantapan Pentadbiran Kontrak. Wooo! Bunyi tajuk kursus pon dah tahu boring-ngantuk-tahap-gaban. Minda bukan di dalam seminar ini tapi di meja office. Berduyun duyun kerja datang sekarang ni. Banyak list kerja tengah queue nak masuk dalam otak ni. Berebut-rebut untuk dilaksanakan dulu. So, apa yang kita perlu buat is...make a list-to-do supaya kerja kita tersusun dan sistematik sikit.

Sah! Memang dah tahap boring rasa nak hantuk kepala sampai boleh tulis blog. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 1, 2012

Apam Polkadot Edisi ke-2



Phew! Weekend yang sangat puas hati! Puas hati sebab dapat buat apam polkadot yang menjadi, comel dan lebih sedap berbanding haritu. Biasalah kan, nama lagi proses belajar kan. 

Okay, asalnya, saya nak buat apam merekah, tapi, tak merekah pun. Tak pasti kenapa. Maybe cup yang saya guna tu, besar sangat. Lama nak masaknya. Tak sempat nak merekah. Naik kembang gitu je. Tapi, kembang gebu sangat sedap! Rupa-rupanya, resipi apam merekah ni sama je dengan apam polkadot. Apa yang membezakannya ialah, masa mengukus adunan tu, api kena besar menggelegak untuk apam merekah dan untuk apam polkadot, just pakai kukus dengan api sederhana sahaja. Rasa sama saja. hehe..



Lady bird ni kena penyakit kuning. Tengok mata dia..hehe..

Bahan-bahan:

3 biji telur sejuk - dari peti ais
250 gm Gula halus
300 gm Tepung Superfine (saya guna tepung pau..memang sangat gebu guna tepung ni berbanding tepung gandum biasa)
2 ½ sudu teh Baking Powder
½ cawan aiskrim soda
1 sudu besar Ovalette
160 ml Santan Pekat (saya pakai Ayam Brand punya yang kotak tu)
1 sudu teh esen vanila
Filling (blueberry/ strawberry/suka hati) - saya tak pakai pon, RENYAH!

Cara-cara: 


1. Pukul kesemua bahan2 sekali gus. Dengan kuasa tinggi sehingga pekat dan kembang (saya pukul anggaran 5 minit guna mixer).

2. Paipkan adunan separuh penuh ke dalam cup.

3. Letakkan di tengah2 nya ½ sudu teh filling ( saya tak pakai inti pon sebab saya dah tambahkan sikit manis dalam adunan. So, tak perlu nak letak filling).

4. Tutup dengan adunan sehingga hampir penuh.

5. Kukus 15 minit dengan api sederhana. Jangan guna api besar takut apam merekah (saya balut penutup kukus dengan kain bersih, agar air tidak menitik atas apam).



Awal-awal tu, try kukus, tak pulak dia merekah. Bila dah decide nak buat apam polkadot, merekah pulak dia. Geram betul. Pastu, slowkan api, dah jadi comel pon. :). So, macam ni lah kalau guna api besar. Merekah. Merekah pon comel. Haha!


Okay, sudah habis. Lain kali nak buat apa lagi ekkk??!!! :D