Semak kepala memikirkan macam mana nak stok EBM supaya lebih tersusun, kemas, sistematik, dan tidak menggunakan space yang banyak dalam deep freezer Mama. Almaklumlah, menumpang. Bukan apa, kesian Mama nak letak lauk lauk mentah tak muat nanti. Bajet macam banyak sangat je frozen EBM. :/
Untuk simpanan stok EBM, saya suka pakai storage bag yang ini.
Sebab yang ini sangat murah. RM29.90 per 100pcs. Murah kan? Brand You
Have A Baby. Tambahan pula, saya tak perlu storage bag yang besar gedabak
untuk simpan EBM. Just 4oz per bag. Brand ni boleh muat up to 8oz. Brand lain agak mahal sebab dah ada zip lock tak perlu nak ikat dengan getah macam brand yang saya guna ni. Takpelah, dah nama murah kan?
Ha, nak kena ikat macam ni lah. Cuma apa yang tak bestnya, lambat cair la. Dah letak dalam peti bawah semalaman pun masih beku lagi. Susah la pengasuh nak panaskan. Nak kena tunggu cair sepenuhnya baru boleh panaskan. Lagipun, bila ikat macam ni, makan space yang banyak dalam deep freezer tu. Pastu pulak, tak boleh nak susun ikut tarikh. So, bila nak guna, terpaksa tertonggeng tonggeng cari frozen EBM yang tarikh paling lama untuk digunakan. Banyak sangat la kelemahan guna storage bag yang ni.
Bila dah banyak, jadi macam ni lah. Tak tersusun kan? Makan space. Susah nak ambik. Nak kena cek satu satu tarikh yang paling lama. So, apa yang saya buat, saya try seal guna salotape. Sebab nak try simpan secara leper-leper. Mungkin cepat sikit cairnya. Dulu, pernah tanya Suami, katanya, kalau seal guna salotape, takut bocor. So, memang tak try. Tak pernah tengok pulak orang seal guna salotape. Haritu, try buat jugak.
Haa, jadi leper macam ni la. Alhamdulillah, tak bocor, susu tak terkeluar pon dari plastic dan mudah cair. :). Sangat suka! Tapi, kena seal betul betul la supaya takde lubang pon yang ade. Yey! Kalau tak try, memang tak tahu kan. Cuma, kerja sealing dengan salotape ni leceh la sikit. Takpelah, asalkan jimat duit dan ruang. Hehe.
Oh ye, kalau nak bekukan, bekukan secara menidur macam ni lah. Bila dah beku, baru boleh susun macam gambar di bawah.
Bila dah beku, jadi macam ni lah. Tersusun je. Nak ambik pon senang dan tak guna space yang banyak. Storage bag yang tinggi tu saya beli yang brand Cherub punya. Mahal. RM38.90 per 25pcs. Mahalkan? Dah tu pulak, besar sampai boleh muat 12oz. Saya tak perlu besar besar macam tu. Rugi je. Setiap storage bag saya hanya letak 4oz saje. Everyday pon memang guna 4oz frozen EBM untuk bagi pada pengasuh.
Saya bekerja dari hari Ahad sehingga Khamis. So, start hari Ahad, saya akan kumpul chilled EBM sebanyak yang mungkin. Bila dah habis kerja setiap hari Khamis, saya akan start menyimpan lebihan chilled EBM untuk dibekukan. Sebenarnya lagi bagus kalau baby minum chilled EBM sepenuhnya. Cuma, takut stok tak bergerak, so, better campur.
Macam ni je saya label botol-botol untuk diberi kepada pengasuh everyday. Mula-mula dulu rajin jugak tagging by number. Means guna botol no.1,2,3..dan seterusnya. Tapi, sekarang dah malas nak tagging by number. Letak tarikh aje. Lagipun, pengasuh pon dah pandai dah yang mana perlu nak habiskan dulu. :).
akak buat tips pasal EBM,, kak una pun buat tips pasal EBM..ini tak adil!!! nor pun nak jugak...eh haiip :p
ReplyDeleteHahah! Nak buat macam mana, ni je keje kami sejak jadi ibu ni. Kalau nak jugak....KAWIN LA CEPAT!!!! Best tau!!!!! :))
Deletewah bestnya tgk susu2 ayesha.. hehe.. insyaallah nati ada anak kedua nak buat cam pah jugak.. hehe
ReplyDeleteHehehhe..inshaAllah..moga Allah permudahkan perjalanan breastfeeding Nurul nanti. Ehhh, bila nak dapat anak kedua tu????:P
Deletesalam...apa kata awak beli sealer..saya seal plastik YHAB tu pakai sealer...berbaloi...dalam rm50+ jer beli sealer tu..leh guna untuk seal benda lain sekali juga..:)
ReplyDeleteSaya dah beli. memang menyenangkan kerja lah.Thanks!!!
DeleteDear... Mana beli YHAB ni... Dah ramai x jual la..
ReplyDeleteBOleh email sy tak... sagitz.md@gmail.com
aaa
Deletemurahnyer storage bag ni...nak cari jugaklaaa... sy pkai autumnz...mahal gaklaa.... sealer mmg dh ada kt umah...so senang laa....sis bli mna storage bag ni? www.mummysayf.blogspot.com
ReplyDeletemurahnyer storage bag ni...nak cari jugaklaaa... sy pkai autumnz...mahal gaklaa.... sealer mmg dh ada kt umah...so senang laa....sis bli mna storage bag ni? www.mummysayf.blogspot.com
ReplyDeletesaya pon cr YHAB nie kat mna ada jual lagi eaaaa... bole email kat saya tak aziana_1410@yahoo.com....
ReplyDeletesaya pon cr YHAB nie..kat mana nak dapatkan nye... email saya aziana_1410@yahoo.com
ReplyDeletesaya pon cr YHAB nie kat mna ada jual lagi eaaaa... bole email kat saya tak aziana_1410@yahoo.com....
ReplyDeletesalam, sy nak tnya sikit
ReplyDeleteagak2 klu guna sealer elektrik mcm seal plastik krepek boleh x?
klu pakai getah gitu mcm xslamat sbb udara dlm susu leh rosakkan susu kn
nak tau gak nk bli bag YHAB ni ktne...tgh surf ni tp yg jual online byk yg abis stock..boleh emel kt sy x... lailaakma83@gmail.com tq
ReplyDeletenak tau gak nk bli bag YHAB ni ktne...tgh surf ni tp yg jual online byk yg abis stock..boleh emel kt sy x... lailaakma83@gmail.com tq
ReplyDeletebeli kat mane Palastik liner tu?
ReplyDeleteMasa mula2 pam saya simpan dalm bekas kecik macam bekas dadih tu..muat la dlam 2.5-3oz..tapi bila tengok freezer makin lame makin penuh, saya decide utk tukar pakai storage bag plastik yang Autumnz tu..jimat ruang sikit..Alhamdulillah..walaupun susu badan saya bukan dalam kategori melimpah ruah, berkat selalu mengepam, freezer kat rumah penuh jugak..ade 2bln lebih lagi mase utk kumpul stok sebelum mula kerja balik..saya ambil cuti bersalin 3 bulan + sebulan cuti tanpa gaji..saya pun tengah survey deep freezer nie..harapnya dapat membantu menjayakan isi penyusuan sus ibu sehingga 2 tahun:)
ReplyDelete