Phew! Weekend yang sangat puas hati! Puas hati sebab dapat buat apam polkadot yang menjadi, comel dan lebih sedap berbanding haritu. Biasalah kan, nama lagi proses belajar kan.
Okay, asalnya, saya nak buat apam merekah, tapi, tak merekah pun. Tak pasti kenapa. Maybe cup yang saya guna tu, besar sangat. Lama nak masaknya. Tak sempat nak merekah. Naik kembang gitu je. Tapi, kembang gebu sangat sedap! Rupa-rupanya, resipi apam merekah ni sama je dengan apam polkadot. Apa yang membezakannya ialah, masa mengukus adunan tu, api kena besar menggelegak untuk apam merekah dan untuk apam polkadot, just pakai kukus dengan api sederhana sahaja. Rasa sama saja. hehe..
Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk - dari peti ais
Lady bird ni kena penyakit kuning. Tengok mata dia..hehe..
Bahan-bahan:
250 gm Gula halus
300 gm Tepung Superfine (saya guna tepung pau..memang sangat gebu guna tepung ni berbanding tepung gandum biasa)
2 ½ sudu teh Baking Powder
½ cawan aiskrim soda
1 sudu besar Ovalette
160 ml Santan Pekat (saya pakai Ayam Brand punya yang kotak tu)
1 sudu teh esen vanila
Filling (blueberry/ strawberry/suka hati) - saya tak pakai pon, RENYAH!
Cara-cara:
1. Pukul kesemua bahan2 sekali gus. Dengan kuasa tinggi sehingga pekat dan kembang (saya pukul anggaran 5 minit guna mixer).
2. Paipkan adunan separuh penuh ke dalam cup.
3. Letakkan di tengah2 nya ½ sudu teh filling ( saya tak pakai inti pon sebab saya dah tambahkan sikit manis dalam adunan. So, tak perlu nak letak filling).
4. Tutup dengan adunan sehingga hampir penuh.
5. Kukus 15 minit dengan api sederhana. Jangan guna api besar takut apam merekah (saya balut penutup kukus dengan kain bersih, agar air tidak menitik atas apam).
Awal-awal tu, try kukus, tak pulak dia merekah. Bila dah decide nak buat apam polkadot, merekah pulak dia. Geram betul. Pastu, slowkan api, dah jadi comel pon. :). So, macam ni lah kalau guna api besar. Merekah. Merekah pon comel. Haha!
Okay, sudah habis. Lain kali nak buat apa lagi ekkk??!!! :D
wahh shumilnya !! heheh masih tak gigih nk buat sendiri hehehe
ReplyDeletethanks! try la buat. seronok! :D
Deletecomelnya apam pah.. sdp nampak..
ReplyDeletehehe..thanks nurul. erm, mmg sedap...kehkeh!
Deletecontoh saya pakai steamer elektrik yang x boleh adjustkan api..
ReplyDeletemacam mana yer nk buat?
sebab banyak yg merekah..
tq..