Korang dengar tak Hot.fm pagini? Tajuk pagi ini adalah "debaran menanti....". Memang sengal la Hot.fm pasal buat saya menangis di pagi hari! (-_-"). Sebab ada sorang caller lelaki, nama Ari tak silap. Beliau beritahu sekarang ni dia memang ada konflik dengan wife dia dan mereka dah memang takde chemistry dalam perhubungan mereka. Bila ditanya kenapa, dia memberitahu yang mungkin masing2 ada komitmen kerjaya, tak banyak masa yang terluang dan ternyata perkara ini bukan disebabkan ada pihak ketiga.! Memang sekarang ini dia berdebar menunggu keputusan antara dia dan isteri untuk bersama. Katanya, demi anak2, kerana sayangkan anak2, dia akan cuba buang segala ego demi memulihkan kembali perhubungan mereka. Kelihatan Ari begitu menyayangi anak2 sebab bile dia sebut anak2 dia trus je sebak..(sape yang tak sayang anak kan?)
Duhhh! Airmata seorang lelaki memang berbisa jugak kan? Menitis air mata saya bila mendengar cerita beliau. Memang tersentuh betol hati dan jiwa raga saya. Masih ada kasih sayang yang kuat antara mereka... kalau tidak xkan Ari menangis... Saya harap wife dia dengar hotfm tadi... semoga mereka berdua kekal sebagai suami isteri... Cerita ni saya dengar dari orang yang saya tak kenal. Kalau yang saya kenal macam mana? For sure nangis lebih dari orang yang bercerita.. Apepon, we are support you bro! Moga berbahagia selamanya....
Emmmm...... Tapi kan, kenapa saya tengok mata Abam pon berkaca? Hehheheh...
Ya Allah, saya memang sayang dia..
sy dgr..sy dgr..
ReplyDelete