TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Tuesday, July 20, 2010

Idea doorgift untuk tetamu..

Emmm, tak habis lagi ni pasal majlis kahwin saya. Jangan marah noh.. Saje nak berkongsi idea dengan kamu2 juge. Mana tahu saya boleh membantu dalam pemilihan doorgift untuk tetamu kesayangan anda nanti kan? Ok, saya akui, benda ni la paling menensyenkan saya masa nak kawin aritu (selain baju2, photographer n katerer la. Sebab doorgift ni kan memerlukan kuantiti yang banyak dan memerlukan masa yang lama untuk setel (if DIY la). Tapi, kalau perlu tempah pon, perlu ambik masa yang lama jugak kan? Nak kena booked awal-awal la, etc.


Ok, macam saya, dah last minute jugak baru buat keputusan nak pilih ape untuk doorgift ni. Susah wooo nak cari sumthing yang murah+cantik. Hahah! macam korang2 juge la kan, mesti la nak cari yang betul2 puas hati kan. Memang saya rancak dok survey doorgift ape yang nak dipilih sejurus saya bertunang lagi. Konon2, niat dihati nak DIY. Tapi, memandangkan bunga pahar yang saya DIY lebih kurang beberapa bulan yang tak siap-siap lagi masa tu, telah membantutkan niat saya yang suci murni itu. About less than 2 months before  our wedding pon saya masih terkial-kial dok mencari idea doorgift. 


Weekend bila ntah, saya ikut Kakjed pi kedai Kak Ailin di Sungai Buloh pasal kakjed nak cari baju Ameera and Ammar. Kat sana, kami ternampak paperbag yang Kak Ailin jual. Sangat murah okay dan sangat cantikkkkkk! Kak Ailin ni selalu ulang-alik pi China sebab nak cari stok baju2 baby and kanak2. Tanpa pikir panjang, zuppppp terus tempah sebanyak 700 pcs. Hadiah VIP pon saya tempah dengan beliau jugak. So setel! Ok, baru setel bab paperbag masa tu. Jenuh gak kami dok pikir nak letak apa plak dalam paper bag tu. Arghhhh! Sebulan sebelum majlis baru boleh decide ape benda nak letak dalam tu. 




Ok, ini uncang untuk doorgift VIP. Saya tempah 100 pcs tapi, tak habis gak. Hahhah! Dalam uncang ni, saya letak box buluh dan di atas box tersebut saya letak small white rose. Sangat cumel. Malangnya, gambar tak ambik la. Nanti la, kalau saya terjumpa gambar tu, saya upload okay!. Dan dalam box tersebut, saya letak 6 pieces of chocolate coins. Kawan2 saya sangat suka dengan itu chocolates. Nampak classic gitu. Kunun2 macam harta karun la. =P. Mahu lihat dengan lebih jelas? (see picture below)



Alaaa, tak nampak penuh la plak. Gambar ini je ada. Takpelah, korang boleh imagine kot. :)






Ini la paperbag yang digembar-gemburkan tadi. Dalam ni, saya letak baulu (3 biji dibungkus rapi), gula-gula dalam uncang, dan 1 kotak kismis. Simple je kan? Kos paperbag+isi dalam = RM2.00 sahaja. Murah tak?






















Kasi zoom sikit.. *wink




Ok, tamatlah edisi doorgift saya. Nantikan DIY bunga pahar. 

Tengah cari gambar tapi tak jumpa.. (-_-")

4 comments:

  1. salam..boley bg idea x kat mane nk dapat kan paperbag + isi dalam tu = rm2? yg saye jumpe paperbag je = 1.5o++...huhu..

    ReplyDelete
  2. salam...bleh x sy tau kt mana ye awk bli uncang 2....sy suka...cntik....

    ReplyDelete
  3. anon: sy kirim dgn kwn kakak. dia sll pergi China order brg.

    ReplyDelete
  4. -salam perkenalan dan akak nak tumpang iklan sikit ye TT-

    Salam to blogger sume ^___^

    mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

    //Jazakallah//

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!