TQ!! Saya tak follow bukan bermakna saya tak sayang okay!

Saturday, July 31, 2010

Puding Gula Hangus

Ha, harini, meh kita belajar buat puding gula hangus ni.. Terasa rajin plak harini nak masak2.. Setelah berhempas pulas mengemas rumah, basuh baju2, pergi beli barang2 mentah yang dah habis langsung, masak untuk lunch, rasa nak buat puding plak. Ngeh3..ok, jom kita masak2..


Setelah mensurvey resipi kat tenet, konfius gak sebab banyak sangat jenis resipi yang ada. So, saya hantam saja ikut rasa binasa saya sendiri... :)



Mixer ni saya dapat masa majlis kahwin saya haritu. Kakak ipar yang bagi. So, agak gatai la nak guna walaupon untuk buat puding ni tak perlu guna mixer pon. Just kepuk2 secara manual pon boleh... Alaaa, bila lagi nak guna kan? Nak wat kuih raya, memang tak buat la, sebab dah banyak tempah ngan kawan2..support kennn! =P



Ok, ini bahan-bahannya..

7 biji telur
1 tin susu cair IDEAL
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air
7 sudu besar gula pasir (4 sudu untuk dikepuk bersama telur)


Panaskan 3 sudu besar gula pasir (atau lebih kalau mahu lebih kuah) di dalam loyang sehingga keperangan (as picture below). Gunakan api yang paling minima untuk mengelakkan gula hangus sampai hitam. =P


Taraaa...!!
Tutup api, then, sejukkan..



Sementara itu, blend telur dan gula pasir sehingga kembang/berbuih. Masukkan telur one by one okay! Then, masukkan esen vanilla dan seterusnya air. Dah siap blend, masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam loyang tadi. Then, kukus sehingga 45 minit.



Taraaaaa!!! Siap untuk dihidang! Dan lagi menyengat kalau letak dalam peti ais. Perghh!



Ternipis plak. Takde loyang kecik lor.. (^^,)

Ok, sekian resipi untuk harini.
Selamat mencuba!

:)

7 comments:

  1. wah!!!sedapnye..nak ckit..courier eh..

    ReplyDelete
  2. rasa ape?pahit?manis?hahahaha

    ReplyDelete
  3. byk-nye telur..kalu kurgkn jd ape??

    ReplyDelete
  4. Kak Af:

    cedapppp..boleh2..courier yang basi la eh?hahhha

    Cik elyse:

    (@_@)

    Nash:

    Mesti la manisssssss.. :)

    Mas:

    Memang puding ni pakai banyak telur. Kalo kurang, tkt kurang lembut. Tapi, ada gak orang campur ngan tepung kastard bagai. Saya macam biasa la, maleh nak pakai banyak2 bahan. :P

    ReplyDelete
  5. nanti pah bawak dtg opis sket.

    INZ

    ReplyDelete
  6. hari ni dah sampai dah pudin ni ke opis...jemput2 la rasa...heheh, mcm la abam terlibat sama dlm proses buat pudin ni...lalalalla

    ReplyDelete

Please leave a comment after reading ya! Wanna get to know you better..!